Pilihan raya Majlis Perlembagaan Tunisia 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pilihan raya Majlis Perlembagaan Tunisia 2011 diadakan di Tunisia pada 23 Oktober 2011, berikutan Revolusi Tunisia 2011 pada 3 Mac 2011. Perhimpunan mempunyai 217 kerusi. Ia adalah pilihan raya bebas yang pertama diadakan di Tunisia sejak Kemerdekaan Tunisiapada tahun 1956, serta pilihan raya pertama diadakan sejak awal Kebangkitan Arab .

Perlembagaan yang baru akan mempunyai kuasa untuk melantik kerajaan baru atau melanjutkan tempoh semasa sehingga pilihan raya umum yang asalnya dijadualkan pada bulan Julai, yang kini akan diadakan kemudian.

Keputusan pilihan raya diumumkan selepas pengiraan bermula pada 25 Oktober 2011. Parti al-Nahda memenangi kebanyakann kerusi yang dipertandingkan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Parti-parti pemerintah iaitu Perhimpunan Demokratik Perlembagaan telah diharamkan daripada menyertai pilihan raya jika terlibat dalam politik dalam tempoh 10 tahun yang lalu. (merangkumi 23 tahun dan bukannya 10).Perkara ini disemak semula selepas bantahan oleh bekas ahli RCD bekas.

Kempen pilihan raya secara rasmi bermula pada 1 Oktober 2011.

Sistem Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Sistem pengundian memperuntukkan kerusi melalui perwakilan berkadar dalam pelbagai daerah .Semua senarai parti dikehendaki untuk silih ganti antara calon-calon lelaki dan perempuan.

Setiap governorate Tunisia seperti Tunis , Sfax , dan Nabeul berpecah kepada dua daerah pilihan raya.Setiap daerah mempunhyai bilangan 4-10 kerusi. Setiap wakil akan mewakili kira-kira 60,000 penduduk di negara sebanyak 10.5 juta itu.

18 daripada 217 kerusi akan mewakili Tunisia di luar negara. Hampir satu juta Tunisia tinggal di luar negara iaitu 500,000 rakyat Tunisia di Perancis .

Mengundi untuk ekspatriat Tunisia telah berlaku di 80 buah negara di seluruh dunia. Perancis sebagai bekas penjajah Tunisia , 10 orang wakil dipilih dari kalangan ekspatriat ; [[Itali 3 ekspatriat ; Jerman 1 ekspatriat ; Amerika Utara dan seluruh Eropah 2; dan negara-negara Arab 2 .

Sekitar 60.000 Tunisia tinggal di Jerman layak untuk mengundi. Di Kanada ada 16.000 Tunisia, mereka mengundi di Kedutaan Tunisia di Ottawa dan konsulat di Montreal.Di Amerika Syarikat, 14.500 warganegara Tunisia mengundi di Washington,New York,Miami , Houston , San Francisco dan Los Angeles . Di United Kingdom , terdapat 4700 rakyat Tunisia mengundi di Birmingham , Edinburgh , London dan Manchester .

Parti bertanding[sunting | sunting sumber]

  1. Parti terbesar dan paling terorganisasi dan sederhana Islam ialah Parti Nahda . Parti ini memperjuangkan liberalisme ekonomi, serta membenarkan kehadiran ciri-ciri Islam dalam kehidupan awam. Pemimpinnya Rachid Ghannouchi tidak bertanding dalam pilihan raya kerana tidak bercita-cita berada dalam kerajaan.Sebaliknya, Ketua Setiausaha Hamadi Jebali bertanding dan menjadi calon Perdana Menteri Tunisia.
  2. Parti Progresif Demokratik (PDP) adalah parti sekular, liberal sosial, dan ekonomi atas pagar, dengan kecenderungan ke arah ekonomi campuran . Seperti Nahda, ia berkempen di seluruh negara. Parti itu mendapat sokongan daripada masyarakat perniagaan.
  3. Ettakatol atau FDTL adalah sebuah parti demokratik sosial sekular. Kebanyakan sokongan datang dari media sosial dan sukarelawan akar umbi.
  4. Kutub modenis Demokratik adalah gabungan parti yang diketuai oleh Pergerakan Ettajdid yang mahukan perubahan politik . Ia amat anti-Islam. Berlaku perbalahan dalaman parti dan peningkatan sokongan kepada parti-parti lain sekular.
  5. Kongres Republik (CPR), mengutamakan [[sekularisme] dan kebebasan intelek.
  6. Parti Komunis Tunisia Pekerja turut bertanding. Sokongan terhad tapi dijangka memenangi beberapa kerusi. Parti-parti kiri memperjuangkan hak asasi manusia dan perubahan globalisasi.
  7. Parti Al-Watan dan Inisiatif (Moubadara) telah dibubarkan dan diharamkan kerana sebahagian daripada Perhimpunan Demokratik Perlembagaan (RCD) dan mewakili tokoh-tokoh utama rejim Ben Ali yang telah digulingkan.

Isu-isu[sunting | sunting sumber]

Islam[sunting | sunting sumber]

Topik utama ialah peranan sekularisme dan Islam dalam kehidupan awam. Semasa rejim Ben Ali, ramai golongan sekular mahu mengharamkan azan.Sejak kejatuhan kerajaan Ben Ali, pengharaman hijab di institusi awam telah ditarik balik. pihak sekularis telah terbentuk selepas pihak Ben Ali dibubarkan. Penindasan terhadap Islam bermula selepas Habib Bourguiba .

Nahda mahu menubuhkan sebuah demokrasi Islam dan menjamin kebebasan sivil dan kesaksamaan.Namun golongan sekular mendakwa Nahda akan membahayakan hak-hak sivil jika ia berkuasa. Golongan sekular bimbang dengan konservatif agama seperti penyiaran filem 'Persepolis'di Nessma TV . Nahda mengutuk keganasan, tetapi menegaskan bahawa filem itu menyentuh kesucian Tunisia.

Kewangan Kempen[sunting | sunting sumber]

PDP mendakwa Nahda menjalankan kempen tidak adil dan menerima dana daripada jutawan Teluk Parsi.Namun Nahda menafikannya .Dasar Nahda lebih sederhana dan disokong oleh golongan Salafist radikal dan Wahabi.PDP dikatakan pro-perniagaan dan UPL kecil (yang diasaskan oleh seorang ahli perniagaan Libya yang dilahirkan di Tunisia).

Bentuk kerajaan[sunting | sunting sumber]

Mereka mahu mengambil sistem di United Kingdom atau Jerman .Tetapi PDP dan CPR menyokong gaya presiden republik Perancis.

Pemerhati pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Lebih 10,000 pemerhati tempatan dan 500 pemerhati antarabangsa untuk pilihan raya .Antaranya dari OSCE , Kesatuan Eropah (EU) dan Carter Center .

Polls[sunting | sunting sumber]

Parti Renaissance Nahda secara konsisten berada di tempat pertama. Ini diikuti oleh Parti Progresif Demokratik , Forum Demokratik Buruh dan Kebebasan dan Kongres Republik .

Tinjauan pendapat oleh Al Jazeera mendapati, 47% menyokong Islamisme, 19% menyokong nasionalisme Arab dan 19% menyokong liberalisme . 6% menyokong komunisme atau sosialisme.Tinjauan oleh Sigma pada 10 September 2011 mendapati 57% menyokong had tempoh mandat ,manakala 18,6 % menentang; 24.3% tidak tahu

Tarikh pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mei 2011, Perdana Menteri sementara Beji Caid el Sebsi bimbang jika pilihan raya terpaksa dilewatkan.Pada 18 Mei 2011 PM mengesahkan tarikh pilihan raya.Pada 22 Mei 2011 , ketua bebas pilihan raya di Tunisia, Kamel Jendoubi mencadangkan 16 Oktober 2011 dilewatkan kerana perlu masa untuk menyediakan senarai pemilih dan memperbaharui lebih 400,000 kad pengenalan lama.