Hijab
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Perundangan Islam (Fiqah) |
---|
![]() |
Suatu disiplin kajian Islam |

Dalam Islam, hijab (Arab: حجاب, rumi: ḥijāb merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Berhijab adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya." Sebelum berkembangnya agama Islam, hijab dipakai oleh wanita Parsi, sama ada ahli keluarga diraja mahupun orang awam. Kerana wujudnya jalur perdagangan antara negeri Parsi dan negeri Arab, hijab akhirnya menjadi bahagian daripada budaya Arab selepas berkembangnya agama Islam.
Darjah pemakaian hijab berbeza-beza mengikut tempat.
- Di sesetengah negara Arab, pemakaian hijab (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
- Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, hijab dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
- Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya pemakaian hijab kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai hijab.
- Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai hijab di tempat-tempat tertentu.
Fesyen dan jenis hijab juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
- Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
- Tudung labuh atau mini telekung.
- Tudung bersegi seperti tudung bawal.
- Tudung sarung atau tudung mini.
- Selendang.
- Skarf.
Wanita Kristian yang berhijab
[sunting | sunting sumber]
Banyak para wanita Kristian pada Zaman Pertengahan Eropah memakai hijab serta berpakaian menutup aurat, yang sangat mirip dengan wanita Muslim kini yang memakai jilbab. 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.” [1] Oleh itu, wanita Kristian pada zaman itu berhijab bukan hanya sewaktu sembahyang, tetapi banyak juga berhijab di tempat awam, oleh kerana wanita yang telah berkahwin diwajibkan memakai hijab. Terdapat juga banyak lukisan, patung dan gambar di tingkap menunjukkan [id:Maria] memakai jilbab, bercadangkan cara pemakaian umat Kristian pada zaman pertengahan Eropah. Sehingga zaman 1960an, perempuan Katolik memakai hijab ketika bersembahyang di gereja atau katedral. Sekarang, hanya kebanyakannya para biarawati gereja yang sering berhijab, demi mengkhidmati diri mereka kepada Tuhan. Hijab kepala serta menutupi leher pada Zaman Pertengahan Eropah ini dipanggil wimple dalam bahasa Inggeris. Kini, banyak Orang Barat mengatakan bahawa wanita yang memakai wimple, menindaskan wanita, walaupun tiada bukti yang diberikan dalam Bible yang mengatakan demikian, dan anggapan ini juga kelihatan bertentangan dengan kepercayaan biarawati.
Wanita Yahudi Ortodoks
[sunting | sunting sumber]
Wanita Yahudi Ortodoks masih memakai hijab hingga ke hari ini. hijabnya digelar tichel, dan alasan memakainya adalah berasaskan koda berpakaian menutup aurat yang dikenali sebagai Tzniut.
Isu hijab di Turki
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Januari 2008, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mahu larangan memakai hijab di Turki dihapuskan melalui arahan Parlimen Turki. Larangan ini disokong oleh golongan badan kehakiman, pegawai tentera dan ahli akademik yang berfahaman sekular. Parti Keadilan dan Pembangunan pimpinan Recep Tayyip Erdogan melihat isu peraturan melarang memakai hijab ini melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.[2]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjutan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- "Tudung, hijab dan… — Aisha Adam" (Archive). The Malay Mail. October 16, 2015.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.scrollpublishing.com/store/head-covering-history.html The Christian Woman’s Head Covering Through the Centuries
- ^ [1] Larangan hijab dihapus