Pilihan raya tempatan Palestin 2004–2005

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pilihan raya perbandaran telah diadakan antara Disember 2004 dan Disember 2005, bagi memilih ahli majlis tempatan bagi Wilayah Palestin. Pilihan raya ini diluluskan oleh Presiden Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, Yasser Arafat, sebelum kematiannya pada 11 November 2004. Ia diselenggara oleh Jawatankuasa Tinggi bagi Pilihan Raya Tempatan, sebuah agensi yang ditubuhkan dengan kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan Palestin.

Pilihan raya ini ialah pilihan raya tempatan pertama yang diadakan oleh pihak berkuasa Palestin. Pilihan raya tempatan sebelum ini diadakan pada 1972 dan 1976, diuruskan oleh kuasa penjajahan Israel..[1]

Tatacara[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya ini diadakan dalam lima pusingan, tetapi pusingan kelima tidak dijalankan, disebabkan keadaan dalam Palestin selepas pembentukan kerajaan pimpinan Hamas.[2] Anggaran 25% rakyat Palestin yang menetap dalam daerah-daerah mengundi tiada pilihan raya.

  • Pusingan pertama pilihan raya diadakan dalam dua bahagian, bahagian pertama pada 23 Disember 2004 bagi 22 lokaliti di Tebing Barat, dan bahagian kedua pada 27 Januari 2005 bagi 14 lokaliti di Genting Gaza. Kerusi-kerusi pertandingan dibahagikan mengikut sistem majoriti mudah (daerah mengundi).[3]
  • Pusingan kedua diadakan pada 5 Mei 2005 bagi 76 lokaliti di Tebing Barat dan 6 lokaliti di Genting Gaza. Kerusi-kerusi pertandingan sekali lagi dibahagikan mengikut sistem majoriti mudah (daerah mengundi).[4]
  • Pusingan ketiga pilihan raya tempatan ini diadakan pada 29 September 2005 bagi 104 lokaliti di Tebing Barat sahaja, Dalam pusingan ini, kerusi pertandingan dibahagikan mengikut sistem perwakilan berkadar (senarai perwakilan).[5]
  • Pusingan keempat pilihan raya tempatan ini diadakan pada 15 Disember 2005 bagi 37 lokaliti di Tebing Barat dan 3 di Genting Gaza. Kerusi pertandingan juga dibahagikan mengikut sistem perwakilan berkadar (senarai perwakilan). Pilihan raya di sesetengah daerah undi dibatalkan.[6]

Dalam dua pusingan awal, ahli majlis dipilih mengikut sistem pemilihan undi blok, manakala pusingan ketiga dan keempat mengikut perwakilan berkadar senarai parti.

Kegabenoran Baitulmaqdis[sunting | sunting sumber]

Daerah pengundian Baitulmaqdis dibahagikan kepada dua kawasan:

  • Kawasan Baitulmaqdis Timur yang diilhak Israel dengan, 250 000 orang Palestin, yang memegang kad pengenalan Israel
  • Kawasan Baitulmaqdis Barat dengan 27 lokaiti kediaman orang Palestin, yang diduduki, tetapi tidak diilhak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aude Signoles, Local Government in Palestine. University of Galatasaray, Turkey; October 2010
  2. ^ "قرار مجلس الوزراء (01\90\13\م. و\س.ف) لعام 2011م بشأن تاجيل موعد اجراء انتخابات مجالس الهيئات المحلية". www.elections.ps. Dicapai pada 2023-11-22.
  3. ^ voters results
  4. ^ voters results
  5. ^ voters results
  6. ^ voters results