Nawaz Sharif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nawaz Sharif
نواز شریف
PrimeMinisterNawazSharif.jpg

Tempoh jawatan
5 Jun 2013 – 28 Julai 2017
Presiden Asif Ali Zardari
Mamnoon Hussain
Didahului oleh Mir Hazar Khan Khoso
Diganti oleh TBA
Tempoh jawatan
17 Februari 1997 – 12 Oktober 1999
Presiden Farooq Khan Leghari
Wasim Sajjad
Muhammad Rafiq Tarar
Didahului oleh Malik Meraj Khalid
Diganti oleh Pervez Musharraf (sebagai Ketua Eksekutif)
Zafarullah Khan Jamali (sebagai Perdana Menteri)
Tempoh jawatan
6 November 1990 – 18 Julai 1993
Presiden Ghulam Ishaq Khan
Didahului oleh Ghulam Mustafa Jatoi
Diganti oleh Moeenuddin Ahmad Qureshi

Ketua Pembangkang
Tempoh jawatan
19 Oktober 1993 – 5 November 1996
Didahului oleh Benazir Bhutto
Diganti oleh Benazir Bhutto

Ketua Menteri Punjab
Tempoh jawatan
9 April 1985 – 13 Ogos 1990
Gabenor Ghulam Jilani Khan
Sajjad Hussain Qureshi
Tikka Khan
Didahului oleh Sadiq Hussain Qureshi
Diganti oleh Ghulam Haider Wyne

Penyandang
Tempoh jawatan 
27 Julai 2011
Didahului oleh Javed Hashmi
Tempoh jawatan
6 Oktober 1993 – 12 Oktober 1999
Didahului oleh Jawatan diwujudkan
Diganti oleh Kalsoom Nawaz Sharif

Lahir (1949-12-25) 25 Disember 1949 (umur 67)
Lahore, Punjab, Pakistan
Parti politik Liga Muslim Pakistan (1993–kini)
Sekutu politik
yang lain
Islami Jamhoori Ittehad (1988–1993)
Liga Muslim Pakistan (sebelum 1988)
Pasangan Kalsoom Nawaz (m. 1970)
Anak Maryam Nawaz
Hussain Nawaz
Hassan Nawaz
Asma Nawaz
Kediaman Sekretariat Perdana Menteri
Alma mater Kolej Universiti Undang-undang Punjab
Kolej Universiti Kerajaan

Mian Muhammad Nawaz Sharif (Urdu/Punjabi: میاں محمد نواز شریف; lahir 25 Disember 1949) ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik Pakistan. Beliau merupakan Perdana Menteri Pakistan yang telah dipilih sebanyak tiga kali, iaitu dari 1990 hingga 1993, kali kedua, dari 1997 sehingga 1999 dan kali ketiga dari 2013 sehingga 2017.

Kembali ke Pakistan[sunting | sunting sumber]

Keadaan huru-hara di Pakistan sejak Januari 2007 telah mendorong bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif kembali ke Pakistan. Tetapi kerajaan Pakistan pimpinan Presiden Jeneral Pervez Musharraf melarang sebarang rapat umum menyambut kepulangan Nawaz Sharif pada hari Isnin, 10 September 2007. Ratusan penyokong Nawaz Sharif telahn ditangkap. Lebih 1500 ahli parti Liga Muslim Pakistan telah ditahan oleh polis kerana tunjuk perasaan di Islamabad dan di Stesen Kereta api Karachi pada 7 September 2007.[1]

Nawaz Sharif mengumumkan mahu pulang dari buang negeri setelah 10 tahun tidak pulang Dia tinggal di Arab Saudi. Dahulu dia digulingkan oleh tentera pimpinan Jeneral Pervez Musharraf pada tahun 2000. Nawaz dituduh rasuah dan akan dibicarakan jika pulang ke Pakistan.

Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi Pakistan , Iftikhar Muhammad Chaudhry memutuskan Nawaz Sharif boleh kembali ke Pakistan telah dibuang negeri selama 10 tahun. Dia telah dipenjarakan selama 14 bulan.

Beratus lagi tahanan dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Semua ini dikaitkan dengan kehilangan bukti sejak peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat. Naheeda Mahboob Elahi selaku Timbalan Peguam Negara menyatakan masih mencari punca kehilangan fail-fail. Mereka yang ditahan dahulu termasuklah pengkritik kerajaan, wartawan dan ahli akademik.

Kuasa Pervez Musharraf kukuh kerana disokong oleh Presiden George W. Bush dari Amerika Syarikat. Beliau adalah sekutu Bush bagi menyerang Afghanistan dan Iraq. Sekarang kedudukan Bush goyah , begitu juga dengan Musharraf.

Nawaz mahu menyertai pilihan raya Pakistan yang dijangka diadakan pada 15 Oktober 2007. Tempoh Presiden Musharraf sehingga 31 Disember 2007 sahaja dan pilihan raya hendaklah diadakan sebelum tempoh tersebut.

Pada 7 September 2007, Pakistan menahan Shahbaz Sharif, abang kepada Nawaz Sharif kerana pulang ke Pakistan. Shabaz dituduh mengarahkan pembunuhan 5 orang militan Islam di Punjab pada 1998 dan ketika itu dia menjadi Ketua Menteri Wilayah Punjab dari 1997-1999.

Tindakan-tindakan Presiden Pervez Musharaf menunjukkan beliau semakin panik.

OIC semakin bimbang keadaan politik di Pakistan yang semakin meruncing. Saad Hariri, seorang ahli parlimen Lebanon dan anak Rafik Hariri bertemu dengan Pervez Musharraf di Rawalpindi, Pakistan. Begitu juga dengan Muqrin bin Abdul-Aziz , Ketua Perisikan Arab Saudi. Mereka berharap Pervez Musharraf berlembut dan Nawaz Sharif pula tidak pulang ke Pakistan. Sebuah lagi negara Islam akan bergolak jika mereka tetap berkeras.

Kembali dari buangan[sunting | sunting sumber]

Nawaz Sharif telah kembali ke Pakistan selepas dibuang ke Jeddah, Arab Saudi selama 7 tahun. Beliau pulang September 2007.

Tetapi beberapa jam selepas berada di Pakistan beliau telah diusir semula oleh kerajaan Pakistan yang bimbang beliau akan diserang dengan letupan bom sebagaimana nasib Benazir Bhutto.

Dalam usaha menjayakan pilihan raya Pakistan pada 8 Januari 2008, Presiden Pervez Musharraf dikatakan mahu berunding dengan Nawaz Sharif di Jeddah, Arab Saudi. Tetapi Nawz Sharif enggan berjumpa dengan beliau.

Polis menahan beratus-ratus penyokong Nawaz di Punjab yang menanti kepulangan beliau dari Arab Saudi. Polis mengingatkan perintah darurat pda 3 November masih dikuatkuasakan.

Kepulangan kali kedua[sunting | sunting sumber]

Pada 25 November 2007, Nawaz Sharif cuba kembali ke Pakistan dalam persediaan menyertai pilihan raya . Nawaz tiba di Lapangan Terbang Lahore pada 25 November 2007 jam 6.25 GMT bersama isteri dan anak-anak di Lapangan Terbang Allama Iqbal, Lahore. Beliau pulang dengan pesawat khas yang disediakan oleh Raja Abdullah, Arab Saudi. Sebuah kereta Mercedes kalis peluru turut disediakan oleh Raja Abdullah di Pakistan.[2]

1500 penyokong beliau telah menanti kepulangan beliau di tempat letak kereta Lapangan Terbang Antarabangsa Allama Iqbal. Seramai 1800 aktivis di wilayah Punjab telah ditahan oleh polis Pakistan kerana tidak mahu kekecohan berlaku lagi.

Pilihan raya Pakistan 2008[sunting | sunting sumber]

Tetapi beliau dan Benazir Bhutto masih ragu terhadap ketelusan pilihan raya 2008 kerana darurat masih berlangsung. Daruat hanya akan ditarik balik pada 6 Januari 2008.

Perdana Menteri Pakistan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990, Sharif mengetuai satu persekutuan konservatif untuk kemenangan, menyebabkan beliau menjadi Perdana Menteri. Kemudian ia dikatakan bahawa pemilihan itu dicetuskan untuk memihak kepada Sharif oleh agensi perisikan Pakistan, ISI, yang menyalurkan berjuta-juta rupee ke dalam kempen pilihan rayanya.[3] Pentadbiran pertama Sharif berakhir apabila Presiden Ghulam menuduh Sharif atas tuduhan rasuah. Sharif berjaya mencabar pemecatan itu di Mahkamah Agung,[4] tetapi kedua-dua mereka akhirnya dipujuk untuk turun pada 1993 oleh ketua tentera Waheed.[4]

Pentadbiran kedua Sharif juga melihat pertikaian dengan badan kehakiman dan tentera. Sharif juga secara paksa melepaskan jawatan Ketua Umum Karamat dan menggantikannya dengan Musharraf pada tahun 1998.[5] Walau bagaimanapun, Perang Kargil menyebabkan kemerosotan hubungannya dengan Musharraf. Ketika beliau cuba melepaskan Musharraf dari perintahnya pada 12 Oktober 1999, tentera itu menggulingkan kerajaan Sharif dan dibuang ke Arab Saudi.[5]

Pada pilihan raya 2013, Liga Muslim Sharif membentuk kerajaan gabungan. Akibatnya, Sharif dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Parlimen.[6][7] Pada tahun 2015, tentera melancarkan serangan untuk menghapuskan kumpulan ekstremis di Pakistan barat laut dan satu lagi serangan pasukan militer pada tahun 2017.[8][9] Pentadbiran ketiga Sharif juga disokong oleh sentrisme sosial dan bukannya konservatisme sosial, yang membimbing dua pentadbiran sebelum ini.[10][11] Tahun ketiga Sharif telah membawa kestabilan makroekonomi dengan bantuan pinjaman yang besar dari IMF, dan pelaburan bernilai bilion dolar dengan China. Walau bagaimanapun, beliau telah menghadapi kritikan terhadap peningkatan hutang kerajaan,[12] yang telah meningkat sebanyak 35%.[13] Keluarga Sharif telah dibicarakan ke atas Panama Papers.[14][15][16][17][18]

Pada 28 Julai 2017, Sharif telah hilang kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri oleh Mahkamah Agung Pakistan untuk tempoh 10 tahun. Sharif mengemukakan peletakan jawatannya selepas keputusan itu.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://author.voanews.com/english/2007-09-08-voa7.cfm
  2. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1126&pub=utusan_malaysia&sec=luar%5Fnegara&pg=lu_02.htm&arc=hive
  3. ^ Mehdi, Tahir (12 April 2013). "An overview of 1990 general elections: The game gets dirtier". Dicapai pada 12 September 2016. 
  4. ^ a b Story of Pakistan. "Mian Muhammad Nawaz Sharif [Born 1949] (Part-II)". Story of Pakistan Directorate. Story of Pakistan (Part II). Dicapai pada 7 February 2012. 
  5. ^ a b Story of Pakistan (1 June 2003). "Mian Muhammad Nawaz Sharif [Born 1949] (Part-IV)". Story of Pakistan Directorate. Story of Pakistan (Part IV). Dicapai pada 7 February 2012. 
  6. ^ "Nawaz Sharif's party gets majority in Pakistan Parliament". The Times of India. 19 May 2013. Dicapai pada 24 May 2013. 
  7. ^ "Nawaz Sharif to take office for third term as Pakistan PM". dna. 5 June 2013. Dicapai pada 8 January 2016. 
  8. ^ "Statistics show marked drop in terrorist attacks". Dawn. Pakistan. 5 September 2016. Dicapai pada 1 December 2016. 
  9. ^ Dawn.com (22 February 2017). "Pakistan Army launches 'Operation Radd-ul-Fasaad' across the country". Dawn. Pakistan. Dicapai pada 17 May 2017. 
  10. ^ "A liberal Nawaz Sharif". Daily Times. Pakistan. Dicapai pada 29 February 2016. 
  11. ^ "Misinterpretations: Nawaz asked to pack his bags over 'liberal' Pakistan – The Express Tribune". The Express Tribune. Dicapai pada 29 February 2016. 
  12. ^ "Nawaz dragging Pakistan deeper into debt, says Bilawal – The Express Tribune". The Express Tribune. 22 November 2016. Dicapai pada 24 January 2017. 
  13. ^ http://www.dawn.com/news/1313037
  14. ^ "Pakistan: Supreme Court hears Panama leaks case". Al Jazeera. 1 November 2016. Dicapai pada 24 January 2017. 
  15. ^ "Maryam Safdar named in Panama Papers as beneficiary". Al Jazeera. Dicapai pada 24 January 2017. 
  16. ^ "Panama Papers case: PM gave contradictory statements, says SC". Dunyanews.tv. 30 November 2016. Dicapai pada 24 January 2017. 
  17. ^ "PTI lawyer presents arguments in Panama Papers case". Dunyanews.tv. 9 January 2017. Dicapai pada 24 January 2017. 
  18. ^ JIT (Joint Investigation Team): PM Nawaz Sharif appears in front of JIT for the investigation of Panama Papers on 15 June 2017.
  19. ^ BBC. "Pakistan's Sharif disqualified by court". BBC. BBC. Dicapai pada 28 July 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan politik
Didahului oleh
Sadiq Hussain Qureshi
Ketua Menteri Punjab
1985–1990
Diikuti oleh:
Ghulam Haider Wyne
Didahului oleh
Ghulam Mustafa Jatoi
Pemangku
Perdana Menteri Pakistan
1990–1993
Diikuti oleh:
Balakh Sher Mazari
Pemangku
Didahului oleh
Balakh Sher Mazari
Pemangku
Perdana Menteri Pakistan
1993
Diikuti oleh:
Moeenuddin Ahmad Qureshi
Pemangku
Didahului oleh
Benazir Bhutto
Ketua Pembangkang
1993–1996
Diikuti oleh:
Benazir Bhutto
Didahului oleh
Malik Meraj Khalid
Pemangku
Perdana Menteri Pakistan
1997–1999
Diikuti oleh:
Pervez Musharraf
Didahului oleh
Shahid Hamid
Pemangku
Menteri Pertahanan
1997–1999
Diikuti oleh:
Pervez Musharraf
Didahului oleh
Sartaj Aziz
Menteri Kewangan
Pemangku

1998
Diikuti oleh:
Ishaq Dar
Didahului oleh
Mir Hazar Khan Khoso
Pemangku
Perdana Menteri Pakistan
2013–2017
Pemegang jawatan kini
Menteri Pertahanan
7 Jun 2013 – 26 November 2013
Diikuti oleh:
Khawaja Asif
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Fida Mohammad Khan
Ketua Liga Muslim Pakistan-Nawaz
1993–1999
Diikuti oleh:
Kalsoom Nawaz Sharif
Didahului oleh
Shahbaz Sharif
Ketua Liga Muslim Pakistan-Nawaz
2011–kini
Pemegang jawatan kini