Pittidae
Pitta | |
---|---|
Burung Pacat Gembala Pelandok di selatan Thailand | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Suborder: | Tyranni |
Infraorder: | Eurylaimides |
Superkeluarga: | Pittoidea |
Keluarga: | Pittidae Authority disputed.[a] |
Genera | |
Pitta adalah satu keluarga biologi, Pittidae, burung siul yang boleh ditemui di Asia, Australasia dan Afrika. Terdapat kira-kira 40 hingga 42 spesies pitta, semuanya serupa dari segi rupa umum dan kelakuan. Pitta merupakan suboscine Dunia Lama, and saudara paling rapat mereka adalah burung-burung dalam Smithornis dan Calyptomena. Asalnya, ia diletakkan dalam genus tunggal, apabila pada tahun 2009 mereka dipisahkan kepada tiga genera: Pitta, Erythropitta dan Hydrornis. Pitta merupakan burung siul bersaiz standard, dengan panjang 15 hingga 25 cm (5.9–9.8 in), berbadan bulat, dan kaki dan jari yang panjang dan kuat. Ia mempunyai ekor pendek dan bulat, paruh yang sedikit bengkok. Kebanyakan mempunyai bulu yang berwarna terang.
Kebanyakan spesies pitta hidup di kawasan tropika; beberapa spesies boleh ditemui di kawasan iklim berbeza. Meskipun kebanyakan spesies hidup di kawasan hutan, terdapat juga spesies yang hidup di hutan bakau dan belukar. Pitta merupakan sejenis burung yang menjaga kawasannya dan hidup bersendirian. Ia mencari makan di lantai hutan hujan yang dilindungi oleh teduhan. Ia memakan cacing tanah, siput, serangga dan serangga invertebrata sepertinya, selain haiwan vertebrata kecil. Pitta adalah spesies monogami dan burung betina akan bertelur sehingga enam biji dalam sebuah sarang berkubah yang besar di dalam batang poko atau belukar, atau kadang kala di atas tanah. Pasangan akan menjaga anak-anaknya. Empat spesies pitta merupakan burung migrasi sepenuhnya, dan beberapa spesies yang lain ada separa migrasi. Bagaimanapun, migrasi mereka hanya sedikit yang difahami.
Empat spesies pitta telah disenaraikan sebagai Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi; sembilan spesies lagi disenaraikan sebagai Ancaman Lemah dan beberapa lagi Hampir Terancam. Ancaman utama pada pitta adalah kehilangan habitat ekoran aktiviti pelupusan hutan yang pantas, selain menjadi sasaran perdagangan burung sangkar. Pitta adalah satu spesies popular dalam kalangan pemerhati burung ekoran warna bulunya yang terang dan kesukaran untuk menemuinya.
Spesies burung pitta
[sunting | sunting sumber]Terdapat 42 spesies burung pitta yang dibahagikan kepada tiga genera berdasarkan Kongres Ornitologikal Antarabangsa' (IOC) Birds of the World: Recommended English Names.[4]
Imej | Genus | Spesies hidup |
---|---|---|
Hydrornis |
| |
Erythropitta |
| |
Pitta |
|
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Walter Bock credited William Swainson, 1831 as the authority for the family name Pittidae.[1] This assignment has been disputed by Storrs Olson on the grounds that Swainson used the word Pittae as the plural form of the Latin word Pitta and did not intend to introduce a family name.[2] Charles Lucian Bonaparte used "Pittidae" for the family in 1850.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bock, Walter J. (1994). History and Nomenclature of Avian Family-Group Names. Bulletin of the American Museum of Natural History. Number 222. New York: American Museum of Natural History. m/s. 147, 262. hdl:2246/830.
- ^ Olson, Storrs L. (1995). "Reviewed Work: History and Nomenclature of Avian Family-Group Names. Bulletin of the American Museum of Natural History, Volume 222 by W.J. Bock" (PDF). The Auk. 112 (2): 539–546 [544]. doi:10.2307/4088759. JSTOR 4088759.
- ^ Bonaparte, Charles Lucian (1850). Conspectus Generum Avium (dalam bahasa Latin). Volume 1. Leiden: E.J. Brill. m/s. 253.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaIOC
Petikan teks
[sunting | sunting sumber]- Erritzoe, L.; Erritzoe, H. (1998). Pittas of the World, A Monograph of the Pitta Family. Cambridge: Lutterworth Press. ISBN 978-0-7188-2961-2.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pittidae |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Pittidae |
- Pitta videos on the Internet Bird Collection