Pergi ke kandungan

Planet karbon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsep artis bagi planet karbon. Permukaan adalah gelap dan kemerahan hasil mendakan hidrokarbon.

Planet karbon (Jawi: ڤلانيت کربون), juga dirujuk sebagai planet berlian atau planet karbid,[1] adalah jenis planet theori yang dikemukakan oleh Marc Kuchner yang boleh terbentuk sekiranya cakera protoplanet adalah kaya dengan karbon dan kekurangan oksigen. Menurut sains planet, ia akan terbentuk berbeza dari Bumi, Marikh dan Zuhrah, planet yang sebahagian besarnya terdiri daripada sebatian silikon-oksigen. Teori ini menjadi semakin popular dan kini dikatakan oleh para penyelidik seperti Jade Bond[2] sebagai dibina berasaskan idea berpatutan, khususnya bahawa sistem suria berbeza akan memiliki kadar karbon dan oksigen yang berbeza, dan planet bumian sistem suria kita sebenarnya condong ke arah "planet oksigen". Planet PSR J1719-1438 b, dijumpai pada 25 Ogos 2011, kemungkinannya planet yang sedemikian.

Planet sedemikian kemungkinannya memiliki teras yang kaya dengan besi atau keluli seperti planet bumian. Mengelilinginya kemungkinannya silikon karbida dan titanium karbida cair. Di atasnya, lapisan karbon dalam bentuk grafit, kemungkinannya dengan substratum setebal satu kilometer berlian sekiranya terdapat tekanan yang mencukupi. Semasa letusan gunung berapi, adalah mungkin berlian dari dalam akan keluar ke permukaan, menghasilkan gunung berlian dan silikon karbida. Permukannya akan memiliki hidrokarbon beku atau cair (contoh: tar dan metana) dan karbon monoksida.[3] Terdapat kemungkinan planet karbon ketiadaan air. Kehidpuan makhluk ruang angkasa mungkin ada sekiranya air hadir, tetapi persekitaran yang berkurangan menyebabkan metabolisme mengambil pendekatan bertentangan dari hidupan bumi, dengan sebatian mengandungi oksigen dimakan sebagai makanan bagi bertindak balas dengan atmosfera berasaskan karbon.

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Planet karbon dijangka memiliki jejari yang sama dengan planet silika dan air berjisim yang sama, berpotensi menyukarkan bagi membezakan antara mereka.[4] Ciri geologikal yang setaraf dengan Bumi juga mungkin wujud, tetapi dengan komposisi berlainan. Sebagai contoh, sungai mungkin terdiri dari minyak. Sekiranya suhu cukup rendah (di bawah 350 K), gas mungkin boleh disintesis fotokimia menjadi hidrokarbon rantaian panjang, yang mampu menghujani permukaan..

NASA membatalkan misi, yang digelar Pencari Planet Bumian (TPF - "Terrestrial Planet Finder"), yang akan menjadi pencerapan lebih besar dari Hubble yang mungkin berupaya mengesan planet sedemikian. Spektra planet karbon akan kekurangan air, tetapi menunjukkan kehadiran sejumlah besar bahan berkarbon, seperti karbon monoside.

  1. ^ http://www.firstpost.com/tag/carbon-planet
  2. ^ Bond; Lauretta; O'Brien (2010). "The Diversity of Extrasolar Terrestrial Planets". arXiv:1001.3901 [astro-ph.EP].
  3. ^ http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=a-large-lump-of-coal
  4. ^ Seager, S. (2007). "Mass-Radius Relationships for Solid Exoplanets". ApJ. 669 (2): 1279. arXiv:0707.2895. Bibcode:2007ApJ...669.1279S. doi:10.1086/521346. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]