Plants vs. Zombies 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plants vs. Zombies 2
Fail:Plants vs Zombies 2 logo.png
PembangunPopCap Games, TalkWeb Games (China)
PenerbitElectronic Arts
KomposerLaura Shigihara
Peter McConnell
SiriPlants vs. Zombies
PlatformiOS, Android
PelepasaniOS
  • AU: 9 Julai, 2013
  • SD: 15 Ogos, 2013
Android
  • CHN: 12 September, 2013
  • AU: October 2, 2013
  • SD: 23 Oktober, 2013
GenrePertahanan menara
Strategi
ModPemain tunggal, Multi-pemain

Plants vs. Zombies 2 (tajuk semula daripada permainan video ini dikenali sebagai Plants vs. Zombies 2: It's About Time) ialah permainan video pertahanan menara percuma 2013 yang dibangunkan oleh PopCap Games dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Permainan ini ialah sekuel Plants vs. Zombies, dan telah terbit di seluruh dunia pada Apple App Store tarikh 15 Ogos 2013, dan Google Play tarikh 23 Oktober 2013. Pemain harus mempertahankan ladang daripada zombi dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan bagi menewaskan pengganas yang menyerang. Pemain mesti melawan zombi dalam tempoh masa yang berbeza-beza, di antaranya Mesir Purba, Zaman Keemasan Lanun, Wild West, Zaman Ais Terakhir, Mesoamerika, masa hadapan, Awal Zaman Pertengahan, Dasawarsa 1980, Zaman Jurassic, Dasawarsa 1960 dan masa kini.

Ikhtisar[sunting | sunting sumber]

Karakter utama dalam cerita mengguna mesin masa bernama Penny bagi melancong ke pelbagai tempat sejarah fiksyen ditemani jirannya, Crazy Dave, bagi mencari tacho Dave yang hilang. Dalam sekuel ini, sang karakter utama harus melawan Dr. Zomboss kembali, musuh daripada protagonis. Pemain juga dikenalkan dengan jenis tanaman dan zombi baharu, terdapat pusat tengah di setiap dunia yang mana pada level itu terdapat bos "Gargantuar". Di akhir tingkatan, pemain akan melawan Dr. Zomboss, yang sebenarnya mempunyai niatan bagi menghentikan paradox yang merosak keseimbangan.[1]

Gaya Permainan[sunting | sunting sumber]

Plants vs. Zombies 2 ialah permainan video percuma, berbeza dari prekuelnya, permainan ini juga mempunyai koin percuma yang dapat diguna bagi menggalakkan kuasa baharu: Plant Food, sebuah kuasa baharu, membolehkan tanaman menjadi bertambah kuat dalam masa yang telah ditentukan. Setiap tanaman mempunyai kemampuan kuasa masing-masing ketika pemain mengkongsi Plant Food. Pemain dapat menyelesaikan seluruh permainan tanpa harus membeli kuasa-kuasa itu dengan wang, beberapa kuasa boleh didapat di sepanjang permainan tanpa harus membelinya. Pilihan lain, pemain dapat menaikkan kemampuan dengan Seed Packets (ditukar dengan wang asli[2]). Pemain memulakan awal permainan dengan tutorial sekejap di depan rumah Karakter utama. Kemudian, pemain akan melaju ke masa Mesir Kuno dan harus menewaskan Dr. Zomboss bagi memenangi Kunci Masa selepas sampai di tingkatan terakhir, (bagi membuka masa baharu, perlu mengisi syarat bintang pada versi yang lebih awal). Dunia atau masa pada permain ini merangkumi Lautan Lanun, Bandar yang Hilang, Jangla Jurassic, lain-lain. Versi permainan Cina terdiri daripada lima dunia atau masa, di antaranya: Dunia Kungfu, Bandar Langit, Abad Uap, Zaman Heian, Renaisans, dan Jagad Rahsia, yang berlatar mirip Hutan pada kebanyakan genre fantasi barat.[3] semakin jauh pemain melangkah di setiap tingkatannya, maka pemain dapat membuka tanaman-tanaman baharu sederum dengan kuasa dan kemampuan unik, pengganas zombie pun akan bertambah susah bagi ditewaskan.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2012, PopCap mengisytiharkan bahawa mereka sedang mengasas kelanjutan bagi siri permainan video mereka yang mahsyur, Plants vs. Zombies, dan sekuel itu nanti akan mempunyai "ciri, latar dan tetapan baharu".[4] Pada pengisytiharan kemudian, syarikat itu memberi penjelasan bahawa permainan video baharu akan terbit 18 Julai, 2013.[5] Pada tarikh 26 Jun, 2013, PopCap kembali mengisytiharkan pada akaun Twitter permainan itu ternit lebih cepat dari pengisytiharan awal. Pada 9 Julai, permainan itu terbit di Australia and New Zealand pada iOS App Store[6] dan terbit di semua negara pada 15 Ogos, 2013.[7] Versi Android terbit bagi semua negara pada 23 October, 2013.[8]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pada hari penerbitan permainan video itu bermula di manifesto iOS pada 15 Ogos dan, lima hari selepasnya, tajuk itu berjaya melampaui semua senarai peringkat aplikasi percuma di 137 negara. Pada 12 September, PopCap Games menerbitkan permainan video mereka di Android bagi China pada pelayar talian Baidu AppSearch dan mengisytiharkan permainan akan terbit di Google Play pada akhir tahun.[9]

Bon[sunting | sunting sumber]

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic86/100[10]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Destructoid9/10
Edge9/10
Eurogamer8/10
GameSpot8.9/10
IGN8.7/10
Wired

Permainan ini mendapat banyak ulasan positif dari pengguna laman web maupun ahli kritik, meskipun permainan seakan memaksa pemain mengeluarkan wangnya agar mampu menang. Ahli kritik kebanyakan memuji pembaharuan gaya permainan dan grafik yang lebih baik dibanding prekuelnya. Ia mempunyai markah Metacritic 86/100 dirujuk dari 36 ulasan.[10] PopCap Games mengisytiharkan pada Gamescom bertarikh 20 Ogos, 2013, bahwa permainan ini berjaya di muat turun sebanyak 15 juta pengguna, permainan ini menjadi permainan bimbit EA terlaris saat penerbitan perdana. 10 hari selepasnya, PopCap Games kembali mengisytiharkan bahawa permainan ini telah menembus angka 25 juta muat turun. Melampui penjualan siri pertama setakat tahun itu.[12] Apple menunjuk Plants vs. Zombies 2 sebagai naib juara bagi anugrah "Permainan iPhone Tahunan" pada 2013.[13] Saat anugrah ke-17 Annual D.I.C.E. Awards, Academy of Interactive Arts & Sciences mengkongsikan anugrah pada Plants vs. Zombies 2 dengan rekod "Permainan Klasik Tahunan" dan "Permainan Bimbit Tahunan".[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ In-game dialogue, Modern Day, Day 32 level. "Your reckless pursuit of an already-eaten taco has shattered all of time!"
  2. ^ "'Plants Vs. Zombies 2' Power Plants Update: Seed Packets Will Strengthen Your Arsenal In New Ways". Player.One. January 10, 2017.
  3. ^ 马荣 (January 24, 2014). "《植物大战僵尸2》功夫世界地图上线". zol.com.cn. Dicapai pada August 5, 2014.
  4. ^ O'Connor, Alice (August 20, 2012). "Plants vs. Zombies 2 announced for 2013". Shacknews. Dicapai pada May 11, 2013.
  5. ^ Truta, Filip (May 7, 2013). "Plants vs. Zombies 2 Launch Date Confirmed". Softpedia. Dicapai pada May 11, 2013.
  6. ^ Timmy Feng (Julai 9, 2013). "Plants vs. Zombies 2 Launches". AppsGoer. Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 1, 2013. Dicapai pada Julai 10, 2013.
  7. ^ Clover, Juli (August 14, 2013). "Plants vs. Zombies 2 Launching Worldwide on August 15". macrumors. Dicapai pada August 14, 2013.[pautan mati kekal]
  8. ^ AndrewH (October 24, 2013). "PopCap finally plants plants vs zombies 2 andrew releases Plants vs Zombies 2, no really it is out now for everyone". DroidGamers. Diarkibkan daripada yang asal pada April 17, 2014. Dicapai pada June 24, 2014.
  9. ^ Plants vs Zombies 2 Android version gets soft launch. GamesRadar (October 3, 2013). Retrieved on October 9, 2013.
  10. ^ a b Plants vs Zombies 2: It's About Time di Metacritic. Red Ventures. Diterima pada February 18, 2021.
  11. ^ Hodapp, Eli (August 14, 2013). "'Plants vs. Zombies 2: It's About Time' Review – A Fantastic Sequel to the Classic Original, This Time for Free". TouchArcade. Dicapai pada July 5, 2018.
  12. ^ Philip (August 30, 2013). "Plants vs. Zombies 2: Big Numbers". PopCap Games. Electronic Arts. Diarkibkan daripada yang asal pada September 2, 2013. Dicapai pada September 2, 2013.
  13. ^ Corriea, Alexa Ray (December 17, 2013). "Apple names Ridiculous Fishing, Badland its 2013 games of the year". Polygon. Vox Media. Dicapai pada December 17, 2013.
  14. ^ "D.I.C.E. Awards By Video Game Details Plants vs. Zombies 2". interactive.org. Academy of Interactive Arts & Sciences. Dicapai pada 27 November 2023.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Plants vs Zombies Templat:PopCap