Taco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Taco
Tiga jenis taco (dari kiri arah jam): carnitas, carne asada dan al pastor, semuanya ditabur dengan ketumbar dan bawang cincang dengan limau nipis.
JenisCekutan
Tempat asalMexico
Bahan utamaTortilla, daging, sayuran, keju
Bahan yang biasa digunakanTaco shell, daging Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Taco (disebut ['tako]) ialah hidangan tradisi masyarakat Mexico terdiri daripada tortilla kecil diisi pelbagai inti termasuk banyak jenis daging, kacang, sayuran dan keju yang dilipat dan dimakan dengan tangan. Ia sering dihadang dengan berbagai bumbu seperti salsa, guacamole, atau krim masam dan bawang lada. Ia merupakan sejenis makanan jalanan yang menjadi terkenal seluruh dunia.

Makanan ini sendiri sudah ada sebelum datangnya peneroka dan penakluk Sepanyol ke Mexico; terdapat bukti antropologi bahawa orang asli yang tinggal di kawasan tasik Lembah Mexico secara tradisional memakan taco diisi dengan ikan kecil. Bernal Díaz del Castillo dalam rombongan diketuai Hernán Cortés mendokumentasikan suatu jamuan yang menggambarkan makanan berupa ini yang dinikmati mereka semasa bertapak di Coyoacán.[1][2]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Taco daging[sunting | sunting sumber]

Taco jenis ini menggunakan perut lembu atas chorizo dipanggang sebagai inti pada dua tortilla kecil yang tumpang tindih dan kadang-kadang dihiasi dengan guacamole, salsa, [3][4] bawang dan daun ketumbar.

Taco udang (tacos de camarones)[sunting | sunting sumber]

Taco ini makanan khas dari Baja California menggunakan udang panggang atau digoreng bersama selada atau kubis, pico de gallo, avokado dan krim masam atau sos sitrus / mayonis, semuanya diletakkan di atas tortilla jagung atau tepung. [3] [4] [5]

Taco keras[sunting | sunting sumber]

Taco jenis ini menggunakan kulit agak keras atau renyah. ia mula dikembang di Amerika Syarikat tercatat dalam suatu buku masakan pada tahun 1949.[6] Taco jenis ini biasanya menggunakan tortilla jagung digoreng garing sebagai asas yang dipenuhi daging lembu, keju, selad, dan kadangkalanya tomato, bawang, salsa, krim masam dan avokado yang mentah atau dilepakan.[7] Taco jenis ini sering dijual di restoran-restoran biasa dan makanan segera, terdapat juga pek penyediaan yang tersedia dijual di kebanyakan pasar raya negara sana.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga cara penyediaan khusus dalam masakan orang Texas yang berjiranan adanya tortilla jagung lembut atau tepung yang diisi dengan daging, telur atau keju serta bahan-bahan lain,[8] ia sering dihidang pada waktu sarapan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "History of Mexican Cuisine". Margaret Parker. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 May 2008. Dicapai pada 30 January 2015.
  2. ^ "A Thumbnail History of Mexican Food". Jim Conrad. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 August 2007. Dicapai pada 30 January 2015.
  3. ^ a b Graber, Karen Hursh. "Wrap It Up: A Guide to Mexican Street Tacos (Part One of Two)". Mexico Connect. Dicapai pada 2008-07-07.
  4. ^ a b Graber, Karen Hursh. "Wrap It Up: A Guide to Mexican Street Tacos Part II: Nighttime Tacos". Mexico Connect. Dicapai pada 2008-07-07.
  5. ^ Graber, Karen Hursh. "Tacos de camaron y nopalitos". Mexico Connect. Dicapai pada 2009-08-14.
  6. ^ Freedman, Robert L. (1981). Human food uses: a cross-cultural, comprehensive annotated bibliography. Westport, CT: Greenwood Press. m/s. 152. ISBN 0-313-22901-5. Dicapai pada 27 December 2011.
  7. ^ Gilb, Dagoberto (2006-03-19). "Taco Bell Nation". Los Angeles Times. Dicapai pada 2008-07-24.
  8. ^ Stradley, Linda. "Breakfast Tacos". What's Cooking America. Dicapai pada 9 Julai 2008.