Platymma tweediei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Platymma tweediei
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Platymma
Spesies:
P. tweediei
Nama binomial
Platymma tweediei
Tomlin, 1938
Sinonim

Hemiplecta tweediei (Davison, 1995)

Platymma tweediei ialah sejenis siput yang wujud di kawasan hutan pergunungan Semenanjung Malaysia. Spesies ini ialah satu-satunya spesies di bawah genus Platymma. Spesies ini dikenali dengan warna cangkerang hitam serta kaki yang berwarna merah cerah.

Tiada penarafan rasmi tentang ancaman kelangsungan spesies ini, tetapi siput ini diancam oleh kehilangan habitat hutan serta cubaan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan yang sering gagal disebabkan oleh keperluan persekitaran spesies yang begitu khusus.[1]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Spesies ini ialah satu-satunya spesies di bawah genus Platymma. P. tweediei secara umumnya diletakkan di bawah keluarga Chronidae,[2] meskipun sesetengah rujukan menetapkan spesies ini di bawah keluarga Ariophantidae.[3]

Taburan habitat[sunting | sunting sumber]

P. tweediei dikenal pasti hidup di kawasan hutan Montane tropika dengan ketinggian melebihi 1,000 meter. Pada asalnya, P. tweediei dijumpai di kawasan Cameron Highlands di Pahang,[4] tetapi penemuan habitat telah dijumpai di kawasan pergunungan Hutan Simpan Temenggor (Hulu Perak) dan Kelantan.[5][3] Setakat kini, habitat ini tidak dapat dipastikan sama ada wujud secara terasing atau meliputi kawasan pergunungan utara Semenanjung secara umum.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Foon, Junn Kitt (Mac 2014). "Habitat loss and wildlife trade threaten the survival of the montane cloude forest land snail Platymma tweediei in Cameron and Lojing Highlands, Peninsular Malaysia" (PDF). Tentacle (dalam bahasa Inggeris). 22: 5–7.
  2. ^ "Chronidae". Global Biodiversity Information Facility (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2020. Dicapai pada 16 Ogos 2020.
  3. ^ a b Chew, M. Y.; Yao, T. L.; Kamarudin, S. (2008). "Platymna tweediei: A rare gem endemic to the Central Mountains" (PDF). Conservation Malaysia (dalam bahasa Inggeris) (8): 6-7.
  4. ^ Tomlin, J.R. le B. (1938). "A new Ariophantid from the Malay". Proceedings of the Malacological Society of London (dalam bahasa Inggeris). 23: 116-117.
  5. ^ Davison, G.W.H. (1995). "The terrestrial molluscan fauna of Temengor Forest Reserve, Hulu Perak, Malaysia". Malayan Nature Journal (dalam bahasa Inggeris). 48: 233-248.