Tanah Tinggi Cameron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cameron Highlands)
Lompat ke: pandu arah, cari
Cameron Highlands
Tanah Tinggi Cameron
تانه تيڠڬي كمايرون
Chighlandlogo.PNG
Daerah di Pahang, Malaysia
Negara  Malaysia
Negeri Flag of Pahang.svg Pahang Darul Makmur
Kerusi Tanah Rata
Kerajaan
 • Pegawai daerah Dato Hj. Ahmad Daud
Luas
 • Jumlah 712 km2 (275 batu persegi)
Populasi
 • Jumlah 38,471 orang[1]
Pemandangan ladang teh

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.

Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama Cameron Highlands diambil dari Sir William Cameron, seorang juruukur British yang telah diarahkan oleh kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu untuk melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak pada tahun 1885[2]. Cameron memulakan ekspedisi beliau berdekatan Estet Waterloo yang terletak di Kuala Kangsar, Perak dan melalui Gunung Chabang yang terletak di Batu Gajah, Perak[3]. Beliau kemudiannya meneruskan pemetaan melalui Pahang dan berakhir di kawasan Ulu Bertam atau Selangor. Dalam ekspedisi tersebut, Cameron membina beberapa jalan belukar baru merentasi Lembah Telom dan menjumpai satu dataran yang luas[3]. Cmaeron menyatakan bahawa beliau melihat "suatu dataran yang luas di kawasan tinggi serta bercerun-cerun seperti pusaran."[2] Walau bagaimanapun, Cameron gagal menentukan lokasi kawasan tersebut di atas peta[4].

Beliau kemudian berjumpa dengan Sir Hugh Low, pegawai tinggi British di Perak pada ketika itu dan Sir Hugh Low menyatakan minatnya untuk membangunkan kawasan itu sebagai kawasan peranginan serta ladang terbuka. Jalan hutan untuk ke "tanah Cameron" telah dibina yang melalui kawasan hutan belantara. Namun begitu, tiada perubahan direkodkan selepas itu[5].

Selepas 40 tahun, kawasan tanah Cameron dikaji sekali lagi oleh Sir George Maxwell apabila beliau mengadakan siri lawatan ke tanah Cameron dan bertanya kepada orang tempatan untuk melihat jika kawasan ini boleh dibangunkan bagi tujuan perlancongan[6]. Beliau menghabiskan lebih kurang 9 hari melakukan kaji selidik terhadap kawasan ini[7]. Selepas beliau pulang, Maxwell menyatakan kawasan tanah Cameron ini memiliki bentuk seperti bujur[7]. Maxwell bersetuju bahawa kawasan tanah Cameron ini perlu dibangunkan setelah beliau melakukan perbandingan kawasan ini dengan beberapa kawasan tanah tinggi lain seperti Nuwara Eliya di Sri Lanka dan Baguio di Filipina[6].


Iklim[sunting | sunting sumber]

Cameron Highlands merupakan antara lokasi di Malaysia yang beriklim tropika di tanah tinggi (Pengelasan iklim Köppen). Purata suhu tahunan dianggarkan sebanyak 18 darjah Celcius. Pada bulan Februari 1978, Cameron Highlands melakar sejarah mencatatkan suhu paling rendah setakat ini dengan bacaan 7.8 darjah Celcius[8].

Data iklim untuk Cameron Highlands
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 21.4
(70.5)
22.3
(72.1)
23.0
(73.4)
23.3
(73.9)
23.2
(73.8)
22.8
(73)
22.3
(72.1)
22.0
(71.6)
21.9
(71.4)
21.8
(71.2)
21.7
(71.1)
21.1
(70)
22.2
(72)
Purata rendah °C (°F) 14.6
(58.3)
14.6
(58.3)
15.2
(59.4)
15.8
(60.4)
16.1
(61)
15.6
(60.1)
15.2
(59.4)
15.3
(59.5)
15.3
(59.5)
15.3
(59.5)
15.3
(59.5)
14.9
(58.8)
15.3
(59.5)
Curahan hujan mm (inci) 95.3
(3.752)
144.0
(5.669)
220.6
(8.685)
257.5
(10.138)
273.5
(10.768)
174.4
(6.866)
173.2
(6.819)
229.5
(9.035)
278.4
(10.961)
373.0
(14.685)
316.8
(12.472)
209.8
(8.26)
2,746.0
(108.11)
Purata hari hujan (≥ 1.0 mm) 11 11 16 17 18 13 14 16 20 23 21 17 197
Sumber: Jabatan Metrologi Dunia[9]


Akses[sunting | sunting sumber]

Kenderaan[sunting | sunting sumber]

Sebelum tahun 1990, laluan tunggal untuk ke Cameron Highlands adalah melalui jalan FT59 Jkr-ft59.png yang bermula di Tapah, Perak dan disambung kepada Lebuhraya Utara-Selatan Mes-e1.png melalui Persimpangan Tapah (EXIT 132). Pada tahun 2004, laluan baru dibuka iaitu jalan FT185 Jkr-ft185.png yang menghubungkan Simpang Pulai sehingga ke bahagian utara Cameron Highlands dan ke Gua Musang di Kelantan sebelum berakhir di Kampung Kuala Jenderis di Hulu Terengganu.

Pada tahun 2010, laluan ketiga telah dibuka iaitu jalan FT102 Jkr-ft102.png yang menghubungkan Ringlet ke FELDA Sungai Koyan, berdekatan Kuala Lipis, Pahang. Laluan FT102 merupakan laluan yang terletak di negeri Pahang secara keseluruhannya, berbanding dua laluan terdahulu yang merentasi dua buah negeri.


Pengangkutan awam[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa perkhidmatan bas ekspres yang menyediakan laluan dari beberapa bandar utama ke Cameron Highlands. Kuala Lipis merupakan bandar terdekat bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api KTM.


Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati di tempat lain. Hal ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja, contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands; Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang yang menawarkan pakej penginapan 'homestay' untuk para pengunjung.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sana juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Tempat-tempat lain ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam. Stesen Janakuasa Elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik utama untuk penduduk di sana.


Pekan[sunting | sunting sumber]

Daerah Cameron Highlands terdiri daripada sembilan pekan dan kampung:

  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • P078 Cameron Highlands - YB. Dato' Seri G. Palanivel Barisan Nasional BN

Dewan Undangan Negeri Pahang[sunting | sunting sumber]


  • Taman bunga: Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh: Ladang Teh BOH, Bharat tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran: Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga: Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry.
  • Taman rama-rama.
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar Sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.


Galeri[sunting | sunting sumber]


Pautan Luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Table 3.6: Total population by ethnic group, sex, administrative district and state, Malaysia, 2010 (PDF). Population Distribution and Basic Demographic Characteristics 2010, Department of Statistics, Malaysia. pp. 67 (in PDF).  |title= hilang atau kosong (bantuan)
  2. ^ a b "Sejarah Cameron Highlands". Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands. 8 Februari 2013. Dicapai pada 29 Jun 2017. 
  3. ^ a b "William Cameron pencetus kemasyhuran". Utusan Malaysia. 17 Oktober 2015. Dicapai pada 28 Jun 2017. 
  4. ^ Charles de Ledesma, Mark Lewis, Pauline Savage (2003). The Rough Guide to Malaysia, Singapore & Brunei 4. Rough Guides. p. 154. ISBN 978-1843530947. 
  5. ^ De Souza, Edward Roy (2010). SOLVED! The "Mysterious" Disappearance of Jim Thompson, the Legendary Thai Silk King (2nd ed). Word Association Publishers. p. 18. ISBN 978-1-59571-505-0. LCCN 2009944204. 
  6. ^ a b "Cameron Highlands: Malaysia's enduring 'Little England'". CNN. 27 Jun 2013. Dicapai pada 28 Jun 2017. 
  7. ^ a b "CAMERON'S HIGHLANDS. COMPARISONS WITH OTHER STATIONS., The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884–1942), Tuesday, 19 Mei 1925". p. 11. 
  8. ^ "Cameron Highlands kawasan paling sejuk di Malaysia". Utusan Malaysia. 2 Februari 2017. Dicapai pada 28 Jun 2017. 
  9. ^ "World Weather Information Service — Cameron Highlands". World Meteorological Organization. Dicapai pada 6 Mei 2014.