Pokok Mambu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pokok Mambu
Neem (Azadirachta indica) in Hyderabad W IMG 6976.jpg
Bunga Pokok Mambu
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Magnoliopsida
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. indica
Nama binomial
Azadirachta indica

Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama-nama lain bagi pokok ini termasuk Neem (Benggali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (Parsi), Nimba (Sanskrit dan Marathi), DogonYaro (sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (Telugu), Bevu (Kannada), Kohomba (Sinhala), Vempu (Tamil), Tamar (Burma) dan Indian Lilac (Inggeris). Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Perubatan tradisional[sunting | sunting sumber]

Pokok Mambu dianggap sebagai pokok perubatan dan telah digunakan dengan tujuan ini di India selama lebih 2,000 tahun lalu.[2]

Namun begitu, kajian-kajian masih kurang mencukupi untuk mengesahkan manfaat kesihatan minyak mambu. Amalan minyak mambu secara kecil-kecilan dalam kalangan orang dewasa adalah selamat, tetapi amalan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati; minyak mambu adalah beracun terhadap kanak-kanak dan boleh membawa maut.[3]

Pemakanan minyak mambu secara banyak boleh membawa kepada suatu jenis ensefalopati dan oftalmopati beracun.[4]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Pucuk dan daun pokok mambu dimakan sebagai ulam-ulaman di India dan tanah besar Asia Tenggara.

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Pokok mambu juga digunakan dalam upacara keagamaan Hindu dan banyak ditanam berhampiran kuil.

Galeri[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Barstow, M.; Deepu, S. (2018). "Neem". IUCN Red List of Threatened Species. IUCN. 2018: e.T61793521A61793525. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T61793521A61793525.en.
  2. ^ Anna Horsbrugh Porter (17 April 2006). "Neem: India's tree of life". BBC News.
  3. ^ Neem, WebMD.
  4. ^ M.V. Bhaskara; S.J. Pramoda; M.U. Jeevikaa; P.K. Chandana; G. Shetteppa (6 May 2010). "Letters: MR Imaging Findings of Neem Oil Poisoning". American Journal of Neuroradiology. 31 (7): E60–E61. doi:10.3174/ajnr.A2146. PMID 20448012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]