Pokok Murad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Murad
Hadas
Myrtus communis
Murad (M. communis)[1]
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Myrtus

Spesies jenis
Myrtus communis
Species

Myrtus communis L.
Myrtus nivellei Batt. & Trab.

Sinonim[4]

Myrthus Scop.

Myrtus communis

Murad (serapan Parsi: مورد) atau hadas (Arab: هَدَس‎, rumi: hadas, Ibrani: הֲדַס, rumi: hadás) adalah suatu genus Myrtus dalam famili Myrtaceae. Pertama kali dicatatkan oleh Linnaeus pada tahun 1753.[3]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Lebih dari 600 nama pernah diusulkan termasuk ke dalam jenis pokok ini, tetapi hampir semuanya telah dipindahkan ke genus lain atau dianggap sinonim.

Genus Myrtus beranggotakan 2 spesies yang dikenal sekarang:[4]

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Myrtus communis, dibiakkan luas sebagai suatu tanaman hias dalam bentuk perdu di kebun dan taman. Sering menjadi tanaman pagar, di mana daun-daun kecilnya dicukur rapi.

Jika lebih jarang dicukur, bunganya lebat pada akhir musim panas. Membutuhkan musim panas yang lama dan terik untuk menghasilkan bunga, dan perlu dilindungi dari frost musim dingin.

Spesies dan subspesies M. communis subsp. tarentina telah memperoleh penghargaan Award of Garden Merit dari Royal Horticultural Society.[6][7]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Myrtus communis diseduh memerisakan arak mirto di pulau Sardinia dan Corsica tersedia dalam dua jenis: mirto rosso (merah) dari seduhan buah masak, dan mirto bianco (putih) dari buah mentah dan dedaun yang kurang lazim ditemukan.[8]

Buahnya baik penuh atau dikisar telah digunakan sebagai pengganti merica.[9]

Ubatan[sunting | sunting sumber]

Murad menempati posisi utama dalam tulisan-tulisan Hippokrates, Plinius, Dioskorides, Galen, dan penulis-penulis Arab.[10]

Ia ubat tradisi di beberapa kawasan terutamanya Eropah and China untuk merawat jangkitan hidung (sinus infections). Suatu tinjauan sistematik ubatan murad yang digunakan untuk mengubati rhinosinusitis menyimpulkan bahawa kandungan dijamin merawat rhinosinusitis sangat terbatas bahkan tidak cukup untuk memastikan hasil klinikal yang penting.[11]

Buah murad yang belum masak, dari varietas biru ("hitam").
Buah murad yang ranum, dari varietas biru ("hitam").

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Dalam agama[sunting | sunting sumber]

Ia antara empat pokok yang dipersembahkan pada Hari Raya Pondok Daun diamalkan umat Yahudi melambangkan "wangian" mereka yang beramal baik meskipun tidak mengaji kitab Taurat. Agama Kristian yang samawi turut mengulang kepentingan murad atau "hadas" dalam kitab Wasiat Lama.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ilustrasi tahun 1885 dari Prof. Dr. Otto Wilhelm Thomé "Flora von Deutschland, Österreich und der Schweiz" 1885, Gera, Jerman
  2. ^ lectotype designated by A.P. de Candolle, Note Myrt. 7 (1826)
  3. ^ a b Tropicos, Myrtus L.
  4. ^ a b Kew World Checklist of Selected Plant Families
  5. ^ Uicnmed.org: Myrtus nivellei - Batt & Trab. - Myrtaceae . accessed 1.10.2014.
  6. ^ "RHS Plant Selector - Myrtus communis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-10. Dicapai pada 25 May 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  7. ^ "RHS Plant Selector - Myrtus communis subsp. tarentina". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-10. Dicapai pada 25 May 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  8. ^ "Liquore di mirto" (dalam bahasa Italian). Italian Wikipedia. Dicapai pada 2007-06-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Myrtle". The Epicentre. Dicapai pada 16 July 2014.
  10. ^ Pharmacographia Indica (1891 edition), London
  11. ^ Guo, R; Canter, PH; Ernst, E (2006). "Herbal medicines for the treatment of rhinosinusitis: A systematic review". Otolaryngology--head and neck surgery : official journal of American Academy of Otolaryngology-Head and Neck Surgery. 135 (4): 496–506. doi:10.1016/j.otohns.2006.06.1254. PMID 17011407.
  12. ^ "Myrtle". Encyclopedia of The Bible (dalam bahasa Inggeris). Bible Gateway. Dicapai pada 2023-11-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]