Gurun Sahara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Imej satelit

Gurun Sahara dengan keluasan 9,400,000 km² (3,630,000 batu persegi) merupakan gurun panas terbesar di dunia, dan juga gurun kedua terbesar selepas Antartika. Sahara terletak di Afrika Utara dan berkemungkinan setua 2.5 juta tahun. Nama Sahara berasal daripada perkataan Arab - (Mengenai bunyi ini صحراء ) - yang bermaksud padang pasir.

Lautan Atlantik terletak di barat Sahara manakala Pergunungan Atlas serta Laut Mediterranean terletak di utara. Laut Merah dan Mesir terdapat di timur dan Sudan serta lembah Sungai Niger boleh ditemui di selatan Sahara.

Sahara membahagiakan benua Afrika kepada Afrika Utara dan Afrika sub-Sahara.