Police Long Service Award

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Khidmat Lama Polis
Polizei-Dienstauszeichnung
Pingat 8, 18 & 25 tahun
Negara Jerman Nazi
KelayakanAnggota Polis Jerman
StatusTidak lagi digunakan
MotoFür treue Dienste in der Polizei
Statistik
Ditubuhkan30 Januari 1938 (1938-01-30)

Anugerah Khidmat Lama Polis (Jerman) (Polizei-Dienstauszeichnung) adalah sejenis medal khidmat lama yang dikurniakan kepada anggota aktif Polis Jerman semasa era Jerman Nazi sebagai satu anugerah politik. Profesor Richard Klein mencipta anugerah ini, yang mempunyai pelbagai bentuk bergantung pada tempoh perkhidmatan si penerima.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Januari 1938, Adolf Hitler mengarahkan pengzahiran anugerah ini untuk anggota pasukan polis yang memenuhi kelayakan berdasarkan tempoh perkhidmatan. Anugerah ini dikurniakan dalam 3 gred kepada anggota yang berkhidmat selama 8, 18, dan 25 tahun. Reka bentuk ketiga-tiga medal ini mempunyai lencana polis, yang terdiri daripada lambang kebangsaan helang yang dikelilingi kalungan bunga, pada bahagian depan. Ketiga-tiga anugerah telah dihiasi dengan tulisan Für treue Dienste in der Polizei ("Untuk perkhidmatan setia dalam Polis") pada bahagian belakang.[2] Pada 12 Ogos 1944, satu gred lebih tinggi telah diluluskan untuk perkhidmatan 40 tahun. Ia adalah dalam bentuk bar logam emas dengan nombor 40 berserta daun oak, untuk dilekatkan pada riben anugerah 25 tahun. Tiada rekod mengenainya dianugerahkan sebelum tamat Perang Dunia II di Eropah.[3]

Untuk mendapatkan medal ini, seseorang itu perlu menjadi anggota polis yang aktif atau "pentadbir" dalam pasukan polis. Masa perkhidmatan tentera juga boleh digunakan pada jumlah masa perkhidmatan yang diperlukan untuk anugerah tersebut.[4]

Parti Nazi dan Schutzstaffel (SS) mempunyai anugerah khidmat yang serupa. Nazi Party Long Service Award diberikan dalam gred 10, 15, dan 25 tahun.[5] SS Long Service Award pula diberikan dalam gred 4, 8, 12, dan 25 tahun.[6] Anugerah Angkatan Tentera Jerman, dikenali sebagai Wehrmacht Long Service Award, telah diperkenalkan untuk 4 tahun (kelas ke-4), 12 tahun (kelas ke-3), 18 tahun (Kelas ke-2), 25 tahun (kelas pertama), dan 40 tahun (kelas khas 1939).[7]

Gred[sunting | sunting sumber]

Anugerah 8 tahun[sunting | sunting sumber]

Anugerah perkhidmatan 8 tahun adalah medal perak kelas ke-3. Ia berbentuk bulat berukuran 38 milimeter (1.5 in) yang digantung dari riben biru 35-milimeter (1.4 in) lebar. Pada bahagian depan terdapat lambang polis; manakala bahagian belakang terdapat nombor 8 yang dihiasi tulisan Für treue Dienste in der Polizei dalam bentuk huruf timbul.[1]

Anugerah 18 tahun[sunting | sunting sumber]

Pingat perkhidmatan 18 tahun adalah anugerah kelas ke-2. Reka bentuknya berupa salib berbucu empat (Ordenskreuz) berwarna kelabu perak yang berukuran 43 milimeter (1.7 in) yang digantung dari riben biru berserta lambang polis tenunan. Lebar riben berbeza-beza; ada yang berukuran 37 milimeter (1.5 in) dan ada yang berukuran 51 milimeter (2.0 in). Bahagian hadapan medal tertera lambang polis helang kebangsaan yang dikelilingi oleh kalungan bunga. Bahagian belakang medal ditulis dengan Für treue Dienste in der Polizei dalam bentuk huruf timbul.[2]

Anugerah 25 tahun[sunting | sunting sumber]

Pingat perkhidmatan emas 25 tahun adalah anugerah kelas pertama. Ia mempunyai reka bentuk yang sama dengan anugerah kelas ke-2 tetapi salib berbucu empat (Ordenskreuz) diperbuat daripada emas dan bukannya perak. Medal 18 dan 25 tahun mempunyai bekas hiasan yang serupa: kotak berengsel dengan bahagian luar berkulit hijau tiruan, tetapi dengan bahagian dalam yang berlainan. Bahagian atas bekas itu mempunyai tulisan nombor timbul samada 18 atau 25. Penutup atas bahagian dalam bekas itu berbalut kain satin putih dan bahagian bawah pula berbalut kain baldu.[8]

Insignia[sunting | sunting sumber]

Medal
Riben
Untuk 8 tahun 18 tahun 25 tahun 40 tahun

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Angolia 1989, m/s. 146.
  2. ^ a b Angolia 1989, m/s. 146, 147.
  3. ^ Angolia 1989, m/s. 150, 151.
  4. ^ Angolia 1989, m/s. 146, 151.
  5. ^ Angolia 1989, m/s. 216, 217, 221.
  6. ^ Angolia 1989, m/s. 156–159.
  7. ^ Angolia 1987, m/s. 46, 49.
  8. ^ Angolia 1989, m/s. 146, 147, 148.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Angolia, John (1987). For Führer and Fatherland: Military Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 0-912138-14-9.
  • Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 978-0-912-13816-9.