Wehrmacht Long Service Award

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pingat Khidmat Lama Kelas 4: 4 tahun perkhidmatan
Kelas 2: 18 tahun perkhidmatan

Anugerah Khidmat Lama Angkatan Tentera (Bahasa Jerman: Wehrmacht-Dienstauszeichnung atau Armed Forces Long Service Award) ialah satu pingat perkhidmatan tentera yang dikurniakan bagi menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap angkatan tentera Jerman Nazi. Pada 16 Mac 1936, Adolf Hitler memperkenalkan pingat khidmat ini dengan empat kelas yang pertama. Kemudian pada 10 Mac 1939, anugerah perkhidmatan selama 40 tahun telah diperkenalkan. Setiap cabang Wehrmacht (tentera darat, udara dan laut) mengekalkan versi Anugerah Khidmat Lama mereka sendiri dan pingat tersebut terdiri daripada empat tahun (kelas 4), dua belas tahun (kelas 3), 18 tahun (kelas 2), 25 tahun (kelas 1) dan 40 tahun (kelas khas 1939). Profesor Richard Klein yang mereka bentuk anugerah ini. Penerima anugerah tahun terendah akan memakai pingat secara serentak dengan anugerah tahun tertinggi. Cara yang ia boleh dipakai ialah:

  • Kelas 3 dengan Kelas 4
  • Kelas 2 dengan Kelas 4
  • Kelas 1 dengan Kelas 3

Pingat Khidmat Lama adalah retroaktif disepanjang kerjaya seseorang anggota tentera, merangkumi perkhidmatan Reichswehr serta perkhidmatan semasa dan sebelum zaman Perang Dunia I. Oleh itu, terdapat sebilangan kecil daripada anugerah 40 tahun dikurniakan, walaupun Reich Ketiga sendiri wujud hanya dua belas tahun sahaja. Bagi anugerah 40 tahun satu insignia Daun Oak emas di pinkan di bawah insignia Helang emas yang terletak diatas riben pingat.

Waffen-SS, dianggap sebagai sebahagian daripada angkatan tentera Jerman semasa Perang Dunia II, mengekalkan Pingat Khidmat Lama SS mereka sendiri dengan kriteria yang sama mengikut versi standard tentera. Parti Nazi dan Polis Jerman juga mempunyai anugerah khidmat yang sama. Pingat Khidmat Lama NSDAP dikurniakan dalam bentuk sepuluh tahun, lima belas dan 25 tahun. Pingat Khidmat Lama Polis pula dikurniakan dalam bentuk lapan tahun, lapan belas, 25 dan 40 tahun (tidak pernah dianugerahkan).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]