SS Long Service Award

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Khidmat Lama SS
SS-Dienstauszeichnungen
Anugerah 12 tahun
JenisMedal
StatusTidak lagi digunakan
MotoFür treue dienste in der SS
Statistik
Ditubuhkan30 Januari 1938 (1938-01-30)

SS Long Service Awards atau Anugerah Khidmat Lama SS (Jerman: SS-Dienstauszeichnungen) ialah sejenis medal yang dikurniakan dalam gred 4 tahun, 8 tahun, 12 tahun, dan 25 tahun. Anugerah khidmat 4 dan 8 tahun ini berbentuk medal bulat manakala anugerah 12 dan 25 tahun pula dalam bentuk swastika. Anugerah khidmat SS telah direka di Munich oleh Profesor Karl Diebitsch. Reka bentuk anugerah ini berbagai-bagai bergantung pada tempoh perkhidmatan si penerima.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ia pertama kali diperkenalkan oleh Adolf Hitler pada 30 Januari 1938,[1][2] Pada bahagian belakang, setiap medal dihiasi tulisan Jerman: FÜR TREUE DIENSTE IN DER SS ("Untuk Perkhidmatan Setia dalam SS"). Medal ini dikurniakan kepada anggota SS dalam SS-Verfügungstruppe, SS-Totenkopfverbände yang sedang dalam perkhidmatan aktif.[1] Parti Nazi dan Polis Jerman mempunyai anugerah khidmat yang serupa. Nazi Party Long Service Award telah diberikan dalam gred 10, 15, dan 25 tahun.[3] Police Long Service Award diberikan dalam gred 8, 18, 25, dan 40 tahun (diluluskan tetapi tidak pernah dikurniakan).[4]

Anugerah 4 dan 8 tahun adalah anugerah yang paling biasa. Walaupun fakta keseluruhan pergerakan Nazi berlangsung selama 25 tahun (1920-1945) dan SS hanya ditubuhkan pada 1925, anugerah versi 25 tahun telah dibuat sebelum 25 tahun perkhidmatan sebenar selesai. Ini kerana tempoh antara tahun 1925 dan 1933 (yang diistilahkan oleh Nazi sebagai Kampfzeit ("Masa Perjuangan") dikira dua kali ganda,[5] dan sebarang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera dalam Perang Dunia I dan selepasnya, serta Polis, turut disertakan. Namun begitu, ia merupakan salah satu anugerah yang jarang diberikan oleh Jerman Nazi.[perlu rujukan] Anugerah ini tidak lagi diberikan pada penghujung tahun 1941.[6]

Gred[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah khidmat 4 tahun mempunyai kemasan hitam dan hanya dikurniakan kepada PTT dan lain-lain pangkat. Medal khidmat 4 tahun telah dihasilkan oleh firma Petz & Lorenz.[7]
  • Anugerah khidmat 8 tahun diperbuat daripada gangsa dan dikurniakan kepada semua Pegawai, PTT dan lain-lain pangkat. Medal khidmat 8 tahun telah dihasilkan oleh firma Deschler.[2]
  • Anugerah khidmat 12 tahun adalah dalam bentuk lambang swastika, mempunyai kemasan perak dan dikurniakan kepada semua Pegawai, PTT dan lain-lain pangkat.[8]
  • Anugerah khidmat 25 tahun adalah dalam bentuk lambang swastika, mempunyai kemasan emas dan dikurniakan kepada semua Pegawai, PTT dan lain-lain pangkat.[8]
Medal
Riben
Untuk 4 tahun 8 tahun 12 tahun 25 tahun

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Angolia 1989, m/s. 156.
  2. ^ a b Ailsby 2003, m/s. 134.
  3. ^ Angolia 1989, m/s. 216, 217, 221.
  4. ^ Angolia 1989, m/s. 146, 150, 151.
  5. ^ Angolia 1989, m/s. 158.
  6. ^ Ailsby 2003, m/s. 134, 135.
  7. ^ Ailsby 2003, m/s. 133, 134.
  8. ^ a b Ailsby 2003, m/s. 135.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ailsby, Christopher (2003) [1994]. A Collector's Guide To: World War 2 German Medals and Political Awards. Ian Allan Publishing, Inc. ISBN 9780711021464.
  • Angolia, John (1989). For Führer and Fatherland: Political & Civil Awards of the Third Reich. R. James Bender Publishing. ISBN 978-0912138169.