Portal:Amerika Syarikat/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Amerika Syarikat
Bendera Amerika Syarikat
Jata negara Amerika Syarikat
Jata negara Amerika Syarikat
Peta Amerika Syarikat dalam Amerika.

USA, or atau Amerika Syarikat (Mal., Sin., Bru., juga Amerika Serikat Ind. - Jawi: اميريک شريکت, bahasa Inggeris: United States of America; ) ialah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara. Ia sebuah republik berperlembagaan persekutuan terdiri daripada 50 negeri, sebuah daerah persekutuan, lima wilayah yang tidak diperbadankan, 326 tanah rizab Indian, dan sembilan pulau kecil terpencil. Dengan keluasan hampir 3.8 juta batu persegi (9.8 juta kilometer persegi), negara ini merupakan negara keempat atau ketiga terbesar di dunia. USA berkongsi sempadan darat dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan serta sempadan maritim dengan Bahamas, Cuba, Rusia dan banyak lagi. Dengan populasi lebih ramai daripada 331 juta orang, ia adalah negara ketiga paling ramai penduduk di dunia. Ibu negara Amerika Syarikat ialah Washington, D.C., dan bandar yang paling padat sekaligus menjadi pusat kewangannya adalah Bandar Raya New York.