Portal:Binatang/Gambar pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini memaparkan semua Gambar pilihan yang ditampilkan di Portal Binatang. Sila tekan di sini untuk melihat senarai gambar pilihan.

Anda juga boleh menambah gambar-gambar yang telah dipilih sebagai Gambar pilihan, Imej bermutu dan Imej bernilai di Wikimedia Commons atau memilih daripada mana-mana versi portal ini di dalam bahasa lain untuk ditampilkan pada portal.

Parameter[sunting sumber]

Templat {{Portal/Gambar pilihan}} digunakan untuk memaparkan gambar pilihan, dan berikut merupakan parameternya.

{{Portal/Gambar pilihan
| imej       = 
| saiz       = 350x250px
| subjek     = 
| teks       = 
| pautan     = 
| pautan2    = Portal:Binatang/Gambar pilihan<!--- Jangan diubah --->
| kredit     = 
}}

Senarai gambar pilihan[sunting sumber]

Gambar pilihan 1 Gambar pilihan 2 Gambar pilihan 3
Itik melewar

Itik melewar (Anas platyrhynchos) merupakan sejenis itik yang biasa dijumpai di kawasan beriklim sederhana dan subtropika di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Itik jantan mempunyai kepala berwarna hijau, perut dan kepak yang berwarna kelabu. Itik betina pula hampir keseluruhan warnanya adalah perang.

(Kredit gambar: Richard Bartz)

Vanessa kershawi

Vanessa kershawi, diberi julukan Australian Painted Lady, adalah spesies kupu-kupu yang biasanya hanya ditemui di Australia, namun angin dari arah barat turut menyebarkannya ke pulau-pulau di timur Australia, termasuk New Zealand. Pada musim luruh, kupu-kupu dewasa akan bermigrasi ke arah selatan.

(Kredit gambar: Fir0002)

Helang botak

Helang botak (Haliaeetus leucocephalus) adalah sejenis burung helang daripada genus Haliaeetus yang terdapat di benua Amerika Utara. Burung ini merupakan burung kebangsaan dan simbol bagi negara Amerika Syarikat.

(Kredit gambar: Saffron Blaze)

Gambar pilihan 4 Gambar pilihan 5 Gambar pilihan 6
Kuda di gunung Bianditz

Kuda (Equus ferus caballus) di gunung Bianditz, Navarra, Sepanyol dengan pemandangan latar pergunungan Aiako terlihat di belakang.

(Gambar asal: Mikel Ortega di Flickr; Diubah suai: Richard Bartz)

Angsa Kanada

Angsa Kanada (Branta canadensis) ialah satu spesies angsa liar bersaiz besar yang berasal dari kawasan Amerika Utara. Kadangkala ia bermigrasi sehingga ke utara Eropah. Seperti kebanyakan angsa-angsa lain, angsa Kanada tergolong sebagai haiwan herbivor dan selalunya berhijrah; ia boleh ditemui di kawasan berdekatan dengan air tawar.

(Gambar asal: Alan D. Wilson; Diubah suai: Diliff)

Rapang pasir jantan

Rapang pasir (Charadrius peronit) adalah sejenis burung randuk kecil (kira-kira 35–42 gram) yang membina sarang di pantai dan dataran garam di Asia Tenggara. Sebesar 15 sentimeter (5.9 in), burung rapang pasir jantan dan betina boleh dibezakan menerusi warna jalur nipis yang terdapat pada leher burung ini. Burung jantan mempunyai jalur nipis berwarna hitam, manakala betinanya pula mempunyai jalur berwarna perang. Kakinya pucat dan suara kecipannya halus.

(Kredit gambar: JJ Harrison)