Portal:Binatang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat Datang ke Portal Binatang
سلامت داتڠ کڤورتل بيناتڠ
Kepelbagaian jenis binatang
Kepelbagaian jenis binatang

Binatang atau haiwan ialah organisma eukariot multisel di dalam alam biologi Animalia. Dengan beberapa pengecualian, binatang mengambil bahan organik, menghirup oksigen, berupaya untuk bergerak, boleh membiak secara seksual dan melalui peringkat ontogenetik di mana badan mereka terdiri daripada sel sfera yang berongga, blastula semasa perkembangan embrio. Lebih daripada 1.5 juta spesies binatang hidup telah diterangkan—yang mana sekitar 1 juta adalah serangga—tetapi dianggarkan terdapat lebih daripada 7 juta spesies haiwan secara keseluruhannya. Binatang mempunyai julat panjang dari 8.5 mikrometer (0.00033 in) hingga 33.6 meter (110 ka). Mereka juga mempunyai saling tindak yang kompleks di antara satu sama lain dan persekitaran mereka, serta membentuk siratan makanan. Kajian saintifik mengenai binatang dikenali sebagai zoologi.

Kebanyakan spesies binatang hidup berada dalam Bilateria, suatu klad di mana makhluk tersebut mempunyai pelan tubuh badan bersimetri secara dwisisi. Bilateria termasuklah protostomia dan deuterostomia. Di dalam protostomia terdapat haiwan-haiwan seperti nematod (cacing gelang), artropod, platyhelminthes (cacing pipih), anelid dan moluska, manakala deuterostomia pula mencakupi ekinoderma dan kordata (termasuklah vertebrat). Bentuk hidupan yang ditafsirkan sebagai binatang purba terdapat dalam biota Ediakara yang wujud pada zaman Prakambria akhir. Filum binatang moden terbentuk jelas dalam rekod fosil sebagai spesies laut semasa letupan Kambria, yang mula berlaku sekitar 539 juta tahun lalu. 6,331 kumpulan gen yang terdapat pada semua haiwan hidup telah dikenal pasti; ini mungkin timbul daripada nenek moyang tunggal yang hidup 650 juta tahun dahulu.

Rencana pilihan
Variasi morfologi anjing yang besar
Variasi morfologi anjing yang besar

Anjing atau anjing bela jinak (Canis lupus familiaris apabila dianggap sebagai subspesies bagi serigala atau Canis familiaris apabila dianggap sebagai spesies tersendiri) merupakan salah satu anggota bagi genus Canis, yang membentuk sebahagian daripada canid-canid keserigalaan, dan merupakan karnivor darat yang paling banyak. Anjing dan serigala kelabu yang ekstan merupakan takson-takson bersaudara kerana serigala moden tidak berkait rapat dengan serigala yang pertama kali dibelajinakkan, yang menandakan bahawa leluhur langsung bagi anjing telah pupus. Anjing merupakan spesies pertama yang dibelajinakkan dan telah dibiakbakakan secara terpilih selama beralaf-alaf untuk pelbagai tingkah laku, kemampuan deria, dan sifat fizikal.

Hubungan panjangnnya dengan manusia telah menyebabkan anjing menjadi sesuai secara unik terhadap tingkah laku manusia dan anjing mampu berkembang atas pemakanan yang kaya dengan kanji yang sepatutnya tidak cukup untuk spesies canid lain. Anjing sangat berbeza-beza dari segi rupa bentuk, saiz, dan warna. Anjing memainkan banyak peranan untuk manusia, seperti perburuan, penggembalaan, penarikan muatan, perlindungan, pembantu polis dan ketenteraan, teman, dan, lebih kini, pembantu individu kurang upaya dan peranan terapi. Pengaruh ini terhadap kemasyarakatan manusia telah memberinya nama gelaran "sahabat baik manusia". (Rencana penuh...)
Gambar pilihan
Angsa Kanada

Angsa Kanada (Branta canadensis) ialah satu spesies angsa liar bersaiz besar yang berasal dari kawasan Amerika Utara. Kadangkala ia bermigrasi sehingga ke utara Eropah. Seperti kebanyakan angsa-angsa lain, angsa Kanada tergolong sebagai haiwan herbivor dan selalunya berhijrah; ia boleh ditemui di kawasan berdekatan dengan air tawar.

(Gambar asal: Alan D. Wilson; Diubah suai: Diliff)

Kategori