Portal:Hal semasa di Asia/2007
Penampilan
2007
[sunting sumber]- Benazir Bhutto disahkan terbunuh dalam serangan berani mati di Rawalpindi, Pakistan.
- Lee Myung-bak dipilih sebagai Presiden Korea Selatan.
- Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan bahawa darurat di Pakistan telah berakhir.
- Tumpahan minyak di Korea Selatan terjadi apabila sebuah baj kren yang ditunda terlanggar kapal tangki Hebei Spirit.
- Taufan Sidr melanda Teluk Benggala terutama pantai Bangladesh.
- Presiden Pervez Musharraf mengisytiharkan darurat di Pakistan, lalu menggantung perlembagaan negara.
- Temasya Sukan Dalam Dewan Asia 2007 berlangsung di Macau, Republik Rakyat China.
- 126 penyokong Benazir Bhutto terbunuh dalam serangan bom di Karachi.
- Pervez Musharraf berjaya dipilih semula sebagai Presiden Pakistan oleh pihak Parlimen. Namun perlantikannya ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tertinggi terhadap kesahihan pemilihan itu.
- 85 penganut Hindu dalam perjalanan ke Kuil Ramdev terbunuh apabila trak mereka jatuh ke dalam gaung di India.
- Dua bom meletup di Hyderabad, Andhra Pradesh, India dan 19 lagi dijumpai di seluruh bandar.
- Banjir dahsyat yang berlaku di India, Pakistan, Nepal dan Bangladesh telah mengorbankan 1,400 jiwa.
- Pratibha Patil menjadi wanita pertama dilantik menjadi Presiden India.
- Temasya Sukan Asia Musim Sejuk 2007 berlangsung di Changcun, China.
- Nepal memperkenalkan lambang negara yang baru sebagai tanda perdamaian sejurus berakhirnya Perang Saudara Nepal.