Lee Myung-bak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Myung-bak
이명박
李明博
Lee Myung-bak presidential portrait.jpg
Presiden Korea Selatan
Memegang jawatan
25 Februari 2008
PremierHan Duck-soo
MenggantikanRoh Moo-hyun
Butiran peribadi
Lahir (1941-12-19) 19 Disember 1941 (umur 81)
Hirano, Osaka, Japan
Parti politikGNP
PasanganKim Yun-ok

Lee Myung-bak (i.mʲʌŋ.bak̚) (dilahirkan pada 19 Disember, 1941 di Osaka, Jepun) merupakan Presiden Korea Selatan ke-10 dan bekas datuk bandar Seoul. Beliau menggantikan Roh Moo-hyun sebagai presiden Korea Selatan pada 25 Februari, 2008. Beliau adalah salah seorang ahli Parti Nasional Besar. Lee menyatakan hasrat beliau iaitu mahu membaiki hubungan dengan Amerika Syarikat.[1]

Dengan 49% undi, beliau menewaskan pihak lawan Chung Dong-young (26%) dan Lee Hoi-chang (15%).[2]

Pada 29 Oktober 2020, Lee diperintahkan untuk mula menjalani hukuman penjara selama 17 tahun oleh Mahkamah Agung atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.[3] Pada 27 Disember 2022, beliau menerima pengampunan Presiden.[4]

Lee Myung-bak bertemu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Rumah Putih, 16 Jun 2009

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Lee di Thailand

Lee dilahirkan di Hirano-ku, Osaka, Jepun di mana ayahnya bekerja di ladang lembu. Keluarga beliau pulang ke Korea sejurus Perang Dunia Kedua tamat. Beliau merupakan anak ke-ima dan membesar di Pohang, Gyeongsangbuk-do. Lee menghabiskan masa kanak-kanaknya dengan membantu ibunya menjual aiskrim, kek, pakaian, buah, mancis, dan gula-gula.

Beliau berpendidikan awal di Sekolah Tinggi Komersil Dongji. Seterusnya beliau ke Seoul untuk melanjutkan pelajaran di universiti.

Politik[sunting | sunting sumber]

Lee Myung-bak dalam Perbicaraan

Lee pernah memenangi jawatan ketua majlis pelajar, juga menceburi politik jalanan. Pada 1964, beliau menyertai demonstrasi pelajar membantah pemulihan hubungan Korea-Jepun dan telah dipenjarakan selama enam bulan.

Latar belakang ekonomi[sunting | sunting sumber]

Lee menulis kepada bekas Presiden Park Chung-hee mengkritik pengamalan mengharamkan penunjuk perasaaan pelajar masuk ke persatuan utama, polisi yang diubah yang menghalang beliau mendapat kerja. Pada 1965, beliau menyertai Hyundai Engineering and Construction.

Semasa bekerja, beliau menemui mentor kepada beliau dan pengasas Hyundai, Chung Ju-Yung. Syarikat ini yang hanya mempunyai 90 pekerja berjaya meluaskan pasaran ke Timur Tengah semasa kerancakan ekonomi Korea pada tahun 1960-an dan 1970-an.Dalam masa 5 tahun, beliau menjadi eksekutif dan menjadi pengarah pada tahun 1977 . Ketika 3 dekad bersama Hyundai Group Lee mendapat gelaran "Bulldozer" untuk usaha merempuh cabaran.[5] Pada 1970-an, Lee terlibat dalam projek jambatan besar di Malaysia dan rapat dengan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad.[6][7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Lee mengahwini Kim Yun-ok pada tahun 1947 dan dikurniakan 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Lee juga membuat keputusan untuk memeluk Kristian dan menjadi Bapa pembaptisan di Gereja Presbyterian Somang di Seoul.Dia dikecualikan daripada latihan ketenteraan kerana selalu mengalami sesak nafas.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Lee Myung-bak bertemu Presiden Hungary László Sólyom di Rumah Biru, 1 Disember 2009

Caj rasuah[sunting | sunting sumber]

Lee Myung-bak pertama kali disabitkan atas tuduhan penyelewengan dan menerima rasuah pada akhir 2018 dan diperintahkan menjalani hukuman penjara.[8][9] Mahkamah Rayuan kemudian meningkatkan hukumannya kepada penjara 17 tahun tetapi membenarkan beliau dijamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Agung.[10]

Pada 29 Oktober 2020, Lee diperintahkan untuk mula menjalani hukuman penjara selama 17 tahun oleh Mahkamah Agung atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.[11][12]

Pada 28 Jun 2022, beliau diberikan pembebasan sementara dari penjara kerana usia dan kesihatannya yang semakin merosot.[13][14]

Pada 27 Disember 2022, Lee menerima pengampunan Presiden. Menteri Kehakiman, Han Dong-hoon, berkata pengampunan itu sekali gus memendekkan hukuman penjara selama 17 tahun yang dikenakan ke atasnya, atas tuduhan rasuah.[4][15][16]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The Korea Times, President-Elect Vows Creative Diplomacy
  2. ^ "Lee Myung-Bak won SKorea poll with 48.7 percent of vote - election commission". Thomson Financial News / Forbes.com. 2007-12-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-21. Dicapai pada 2007-12-20.
  3. ^ Bekas presiden Korea Selatan diperintah ke penjara
  4. ^ a b Bekas Presiden Korea Selatan diberi pengampunan
  5. ^ New South Korean president — the right man at the right time By Blaine Harden, The Washington Post [1]
  6. ^ South Korean president visits today for signings
  7. ^ 말레이시아의 ‘國父’ 마하티르 전 총리
  8. ^ Lee Myung-bak, S Korea ex-president, jailed for 15 years
  9. ^ South Korea jails former president Lee for 15 years on corruption charges
  10. ^ Ex-president Lee Myung-bak back into prison with higher jail term
  11. ^ South Korean ex-president Lee ordered back to prison for 17 years
  12. ^ Former South Korean President Ordered Back to Prison for Bribery
  13. ^ S. Korean prosecutors grant ex-president temporary release
  14. ^ Lee Myung-bak's prison sentence suspended for 3 months
  15. ^ South Korea’s former president Lee Myung-bak to be pardoned
  16. ^ South Korea Pardons Jailed Ex-President Lee