Portal:Makanan/Selected article/11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dalam taman tema Dae Jang Geum, model dapur diraja di mana gungnyeo (wanita istana) yang sedang bekerja dipaparkan
Masakan diraja Korea (Joseon Wangjo Gungjung yori) merupakan gaya dalam masakan Korea tradisional yang digunakan di istana Dinasti Joseon, yang memerintah Korea dari 1392 hingga 1910. Terdapat kebangkitan semula gaya masakan ini pada abad ke-21. Dikatakan bahawa dua belas hidangan perlu dihidang bersama-sama dengan nasi dan sup, dengan kebanyakan hidangan disaji dalam bangjja (perkakasan gangsa).

Turut dikenali sebagai gungjung eumsik pada zaman pra-moden, makanan istana diraja mencerminkan sifat mewah raja-raja masa silam di semenanjung Korea. Sifat mewah raja-raja terbukti dalam contoh-contoh seawal kerajaan Silla, ketika tasik buatan manusia (Tasik Anapji, yang terletak di Gyeongju), telah dicipta dengan pelbagai astaka dan dewan semata-mata bertujuan untuk diadakan bankuet mewah dan saluran makan musim bunga, Poseokjeong, telah diwujudkan dengan tujuan khusus untuk mengapungkan cawan wain semasa penulisan puisi.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...