Portal:Makanan/Selected article/14

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milet mutiara di ladang
Sekoi atau milet ialah sekumpulan rumput yang mempunyai benih kecil dan ditanam serata dunia sebagai tanaman bijirin atau bijian untuk makanan manusia dan haiwan. Kumpulan ini tidak membentuk kumpulan taksonomi, tetapi lebih kepada kumpulan berfungsi atau agronomi. Sekoi dianggap tanaman penting di kawasan tropika separa gersang di Asia dan Afrika (terutamanya di India, Nigeria, dan Niger), dengan 97 peratus penghasilan sekoi adalah di negara membangun.

Sekoi atau milet yang paling banyak ditanam ialah milet mutiara, iaitu tanaman yang penting di India dan sebahagian Afrika.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...