Portal:Makanan/Selected article/15

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Strucla, Roti manis Eropah
Roti merupakan satu kumpulan makanan ruji yang diperbuat daripada doh tepung dan air yang disediakan selalunya melalui pembakaran. Sepanjang zaman, roti sering kali menjadi makanan yang popular di seluruh dunia dan juga merupakan makanan manusia yang paling lama dan penting semenjak wujudnya pertanian.

Bergantung kepada adat tempatan dan kemudahan, roti boleh dihidangkan melalui beberapa bentuk pada bila-bila masa untuk makan. Roti juga dimakan sebagai makanan ringan, atau sebagai bahan dalam persiapan kulinari yang lain, seperti makanan bergoreng yang disaluti serbuk roti untuk mengelakkan lekitan atau rasa hambar komponen utama agar roti, ataupun bahan isian direka untuk mengisi kaviti atau mengekalkan jus yang mungkin mengalir keluar.

Salah satu sebabnya adalah kerana ilmu kepentingan roti dari dahulu lagi sebagai makanan asas, secara tradisional, amat susah untuk mendapatkan makanan, roti telah mendapat kepentingan sosial dan emosi yang menjangkaui kepentingan nutrisi. Roti memainkan peranan yang penting dalam upacara keagamaan dan budaya sekular.

Lebih banyak rencana terpilih... Baca lebih lanjut...