Portal:Malaysia/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalur Gemilang
Jalur Gemilang
Jata Negara
Jata Negara
Lokasi Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan serta Malaysia Timur yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dan bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Negara ini mempunyai 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur walaupun pusat pentadbirannya terletak di Putrajaya. abdulnajib ismail bsn nasional 1016401000152107 kampung perigi semporna Sabah post 91300