Portal:Sukan/Biografi pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh (Bahasa Panjabi: ਸਰਬੇਤਥ ਸਿੰਘ; 20 Ogos 1960 – 12 Januari 2022) merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia berketurunan Punjabi dari 1978 hingga 1996. Beliau juga merupakan kapten Kuala Lumpur F.A. membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989.

Kerjayanya di dalam liga bola sepak Malaysia telah berlangsung kira kira lapan belas tahun daripada 1978-96. Beliau telah memenangi banyak anugerah tempatan, termasuklah Piala Malaysia, Piala FA Malaysia dan kejohanan Liga Malaysia. Beliah pernah bermain menentang Bayern Munich, Hamburg SV, Aston Villa dan Newcastle. Beliau pernah menjadi pengulas sukan di saluran Astro - ESPN. Beliau juga pernah menjadi jurulatih untuk pasukan MyTeam, sebuah pasukan bola sepak realiti TV pada tahun 2006-2007 dan juga kelab Telekom Melaka. Malah, beliau juga pernah berada dalam jawatankuasa pengurusan bola sepak kebangsaan FAM pada 2004.

Pada 19 Jun 2012, beliau memegang jawatan Penasihat Global dan Pengarah Bola Sepak Blackburn Rovers F.C., sebuah kelab bola sepak terkemuka di Liga Inggeris / kelab divisyen satu England. Pelantikan beliau dilaporkan oleh akhbar 'Daily Mail' United Kingdom dan disahkan oleh pemilik kelab, Venky's (India) Limited. • ArkibSelanjutnya...