Mohd Faiz Subri
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Mohd Faiz Subri | ||
Tarikh lahir | 8 November 1987 | ||
Tempat lahir | Air Hitam, Kedah, Malaysia | ||
Ketinggian | 1.72 M (5ka 7 inci) | ||
Posisi permainan | Attacking Midfielder, Striker | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Pulau Pinang | ||
Nombor | 13 | ||
Kerjaya remaja | |||
2006-2009 | Kedah FA (Piala Presiden) | ||
Kerjaya senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
2009-2010 | KSK Tambun Tulang | ||
2010-2011 | Perlis FA | 30 | (6) |
2012 | T-Team FC | (11) | |
2013 | Kelantan FA | 0 | (0) |
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga November 21, 2012. † Kemunculan (Gol). |
Mohd Faiz Subri, ASK, (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah atau penyerang. Mohd Faiz merupakan pemain bola sepak pertama dari Benua Asia yang memenangi Anugerah Puskás FIFA 2016 yang mana diumumkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam majlis anugerah yang berlangsung di Zurich, Switzerland.
Isi kandungan
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Ayer Hitam, Kedah.[1] Beliau adalah yang ketiga daripada lima adik beradik. Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di Kedah, di Sekolah Kebangsaan Tengku Laksamana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bonglai, sebelum memindahkan ke Sekolah Menengah Teknik Arau di Perlis.[2]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Faiz bermain bersama skuad muda Kedah FA dari 2006 hingga 2009. Dia beralih ke KSK Tambun Tulang, sebuah kelab di Perlis pada 2009 yang bermain di Liga FAM, dan juga skuad Piala Emas Raja-Raja Perlis.[3] Kemudian Faiz bersama skuad Perlis FA pada awal 2010.
Musim 2012, Faiz menandatangani kontrak satu tahun dengan pasukan T-Team FC.[4] Bagi musim 2013 pula, Faiz menandatangani kontrak bersama rakan sepasukan di T-Team, Zairo Anuar Zalani. Pada bulan April 2013, Faiz menyertai pasukan Kelantan FA. Selepas beliau menabur bakti bersama Kelantan sehingga akhir 2014, Faiz kemudiannya menandatangani kontrak bersama Pulau Pinang FA untuk musim 2015. Beliau membantu Pulau Pinang dinaikkan ke Liga Super Malaysia 2016 selepas muncul naib juara Liga Perdana Malaysia 2015.
Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2012 dan 2013, Faiz buat pertama kalinya dipanggil mewakili skuad kebangsaan Malaysia ketika dibawah kendalian Datuk K. Rajagobal. Walaupun dipanggil, beliau tidak pernah membuat penampilan dan seringkali memanaskan bangku simpanan. Pada Ogos 2015, beliau kembali dipanggil mewakili skuad kebangsaan dibawah kendalian Dollah Salleh. Beliau dipanggil berikutan aksinya yang mantap bersama Pulau Pinang FA.[5]
Gol sepakan percuma[sunting | sunting sumber]
Pada 16 Februari 2016, beliau mencipta kejutan apabila melakukan sepakan percuma yang sungguh luar biasa ketika menewaskan Pahang FC 4-1 dalam perlawanan kedua saingan Liga Super Malaysia 2016. Gol tersebut menjadi tular di seluruh dunia lalu menganggap jaringan tersebut semirip dengan jaringan sepakan percuma bekas pertahanan Brazil, Roberto Carlos ketika Brazil bertemu Perancis pada tahun 1997. Gol itu juga telah memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 sebagai jaringan gol tercantik dunia melalui undian dari seluruh dunia.
Anugerah[sunting | sunting sumber]
- FIFA Puskás Awards 2016 Baca sini: http://www.blogammar.com/teks-ucapan-penuh-faiz-subri/
- Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) - 27 Februari 2017[6]
Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]
Kelab[sunting | sunting sumber]
Kelab | Musim | Liga | Piala FA | Piala Malaysia | Benua | Jumlah | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
Tambun Tulang | 2009 | 14 | 6 | – | 14 | 6 | |||||
Perlis | 2010 | 13 | 2 | 1 | 0 | 8 | 3 | – | 22 | 5 | |
Perlis | 2011 | 21 | 3 | 1 | 0 | – | 22 | 3 | |||
T–Team | 2012 | 26 | 9 | 4 | 1 | 6 | 1 | – | 36 | 11 | |
Kelantan | 2013 | 15 | 2 | 3 | 2 | 6 | 0 | 4 | 1 | 28 | 5 |
Terengganu | 2014 | 9 | 1 | 0 | 0 | 5 | 0 | – | 14 | 1 | |
Penang | 2015 | 21 | 9 | 2 | 1 | – | 23 | 10 | |||
Penang | 2016 | 16 | 2 | 1 | 0 | – | 17 | 2 | |||
Penang | 2017 | 20 | 2 | 2 | 0 | – | 22 | 2 | |||
Jumlah kerjaya | 155 | 36 | 14 | 4 | 25 | 4 | 4 | 1 | 198 | 45 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Mohd. Firdaus Ismail (19 February 2016). "Faiz idam sarung jersi Harimau Malaysia" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 20 December 2016. Dicapai 21 December 2016.
- ^ Mohamed Basyir (20 February 2016). "Wonder' goal striker Faiz finally on target". The Malay Mail. Diarkibkan daripada asal pada 21 February 2016. Dicapai 4 December 2016.
- ^ Sentuhan Faiz jadi rebutan, Harian Metro.
- ^ Terengganu T-Team sign striker Simukonda for Super League, The Star.
- ^ Subkhi Sudarji (4 December 2016). "Faiz pendekkan percutian bersama keluarga" (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. Diarkibkan daripada asal pada 4 December 2016. Dicapai 27 August 2015.
- ^ Faiz Subri terima ASK daripada Sultan Kedah
- ^ "...........................................TranungNelang.blogspot.com: Piala FA : Faiz Subri Wira T-Team". Dicapai 1 December 2016. [sumber tak boleh dipercayai?]
- ^ See 2011 Malaysia Cup.
- ^ [1]
Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]
- Faiz Subri Memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016, Koleksi Viral
- Biodata Penuh Mohd Faiz Subri Pemenang The FIFA PUSKAS Award 2016
- Profil Dan Biodata Mohd Faiz Subri, Pemenang FIFA Puskas Award 2016
- Teori Fizik Sepakan Faiz Subri. Baca: https://semuanyabola.com/teori-fizik-di-sebalik-sepakan-percuma-faiz-subri/
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Profile at theredwarriorsfc.com
- Zairo Anuar Zalani at SoccerPunter.com
- Zairo Anuar Zalani at www.ganusoccer.net
- Zairo Anuar Zalani profile at F.A.M. official website
- Zairo Anuar Zalani at Goal.com