Portal:Sukan Olimpik/Rencana pilihan/10

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sukan Olimpik Musim Panas 1896 (Bahasa Inggeris: 1896 Summer Olympics; Yunani: Θερινοί Ολυμπιακοί Αγώνες 1896, rumi: Therinoí Olympiakoí Agónes 1896) juga Sukan Olimpiad I atau Athens 1896 merupakan acara pelbagai sukan telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896. Acara-acara yang diadakan termasuk olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.