Sukan Olimpik Musim Panas 1896
Jump to navigation
Jump to search
Sukan Olimpik I | |
---|---|
| |
Bandar tuan rumah | Athens, Greece |
Penyertaan negara | 14[1] |
Jumlah atlet | 241[2] |
Acara | 43 acara dalam 9 sukan |
Upacara perasmian | 6 April |
Upacara penutupan | 15 April |
Dirasmikan oleh | George I dari Yunani |
Stadium | Panathinaiko Stadium |
Sukan Olimpik 1896 atau Sukan Olimpiad I telah diadakan di Athens, Yunani. Sukan ini merupakan Sukan Olimpik moden pertama yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Sukan Olimpik 1896 diadakan dari 6 April hingga 15 April 1896. Acara-acara yang diadakan termasuk olahraga, lumba basikal, lawan pedang, gimnastik, menembak, renang, tenis, angkat berat dan gusti.
Negara peserta[sunting | sunting sumber]
Pada masa itu, konsep negara peserta belum wujud, dan peserta dikira secara individu. Walu bagaimanapun, rekod kewarganegaraan peserta individu juga disimpan, dan berikut ialah negara-negara yang mempunyai perserta dalam Sukan Olimpik 1896:
Australia - Peserta dari Australia dicatatkan sebagai warga Australia meskipun negara tersebut masih merupakan jajahan United Kingdom pada ketika ini.
Austria - Austria masih merupakan sebahagian daripada empayar Austria-Hungary.
Bulgaria
Chile
Denmark
Perancis
Jerman
Great Britain
Yunani
Hungary - Hungary masih sebahagian daripada Austria-Hungary
Itali
Sweden - Sweden masih dalam kesatuan politik bersama dengan Norway
Switzerland
Amerika Syarikat
Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]
Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | ![]() |
11 | 7 | 2 | 20 |
2 | ![]() |
10 | 17 | 19 | 46 |
3 | ![]() |
6 | 5 | 2 | 13 |
4 | ![]() |
5 | 4 | 2 | 11 |
5 | ![]() |
2 | 3 | 2 | 7 |
6 | ![]() |
2 | 1 | 3 | 6 |
7 | ![]() |
2 | 1 | 2 | 5 |
8 | ![]() |
2 | 0 | 0 | 2 |
9 | ![]() |
1 | 2 | 3 | 6 |
10 | ![]() |
1 | 2 | 0 | 3 |
11 | Pasukan campuran | 1 | 1 | 1 | 3 |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Angka yang diberikan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berbeza-beza dari 10 hingga 15 buah negara; kerana kriteria yang membentuk pasukan negara tidak seberapa wujud pada ketika ini dan para peserta sama ada mewakili diri mahupun kelab mereka sendiri. Tambahan lagi, negara-negara peserta tidak begitu ditetpkan sejelas yang sedia ada pada zaman ini. The number of countries here reflects the number used by most modern sources. Lihat #Negara peserta untuk butiran lanjut mengenai perumusan bilangan negara ini.
- ^ Bilangan peserta menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Maklumat mengenai 179 orang peserta temasya dikenali dengan sebanyak 252 orang yang mengambil bahagian - 245 peserta menurut Mallon dan Widlund (lihat #Rujukan), 246 orang peserta menurut De Wael.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- De Wael, Herman. "Herman's Top Athina 1896 Olympians". Diarkib daripada yang asal pada 30 November 2007. Dicapai pada 3 Julai 2008.