Primer (kosmetik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Primer adalah krim atau losyen yang digunakan sebelum penggunaan kosmetik lain bagi meningkatkan perlindungan dan memanjangkan tempoh masa kosmetik bertahan di wajah.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis primer seperti primer asas, primer kelopak mata , primer bibir, dan primer maskara.

Primer asas bukan sahaja bertindak sebagai pelembap tetapi ia juga mampu menyerap minyak di wajah dan mewujudkan penampilan yang lebih rata tanpa kilauan dengan terdapatnya kandungan asid salisilik.[1] Primer membantu dalam penggunaan krim asas yang lebih sekata dan lancar serta meningkatkan tempoh masa krim asas bertahan di wajah penggunanya. Sesetengah primer mengandungi antioksidan seperti A , C, dan E, atau bahan-bahan lain seperti ekstrak biji anggur dan ekstrak teh hijau. Primer asas terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu primer berasaskan silikon dan air. Bahan-bahannya termasuk cyclomethicone dan dimethicone. Sesetengah primers tidak mengandungi pengawet , minyak atau wangian. Ada juga yang mungkin mempunyai faktor perlindungan matahari (SPF). Sesetengah primer asas mempunyai warna yang agak gelap untuk menyeimbangkan atau meningkatkan warna kulit penggunanya. Terdapat juga primer asas yang memberi kemasan mutiara menjadikan kulit lebih bercahaya. Terdapat juga primers asas yang berasaskan mineral yang mengandungi mika dan silika.

Primer kelopak mata atau primer bayang-bayang mata adalah sama, tetapi dibuat khusus untuk kegunaan berhampiran mata. Primer kelopak mata boleh membantu menyekatakan warna kelopak dan bahagian atas mata serta membantu mengurangkan kulit berminyak, menambah atau mengurangkan kilauan. Primer mata membantu dalam melancarkan penggunaan alit mata serta mengelakkannya daripada terkumpul dalam lipatan kelopak mata dan meningkatkan tempoh masa penggunaannya. Terdapat banyak jenama yang berbeza untuk primer mata di pasaran. Primer mata juga digunakan pada kelopak mata dan kawasan mata yang lebih rendah sebelum menggunakan alit mata. Primer mata membantu menyekatakan tona kulit, menyembunyikan urat dan melicinkan kulit kelopak mata. Primers mata juga membantu bagi menonjolkan warna bayang-bayang mata dan dapat megelakkan warna dari comot atau kusut dengan mengurangkan kulit berminyak pada kelopak mata. Kesan primer bayangan mata tidak terhad kepada alit mata. Mereka juga boleh digunakan bagi celak dan asas alit mata.

Maskara primer kadang-kadang tidak berwarna. Ia biasanya pekat dan membantu memanjangkan bulu mata. Primer jenis ini dipakai sebelum pemakaian maskara. Ia juga boleh membantu menjaga maskara daripada comot atau mengelupas , dan ada yang mendakwa untuk meningkatkan kesihatan bulu mata.

Primer bibir adalah bertujuan untuk melicinkan bibir dan membantu meningkatkan pemakaian gincu atau pengilat bibir, walaupun pengelupasan bibir sering disyorkan sebelum dikenakan. Mereka bertujuan untuk meningkatkan jangka masa hayat gincu warna bibir , dan untuk mengelakkan gincu daripada " bulu-bulu", iaitu, dilumur melampaui pinggir bibir, dan terutama dari beralih pada mana-mana garis halus di sekeliling bibir .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]