Puck (bulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Puck
Puck.png
Penemuan
Ditemui oleh Stephen P. Synnott / Voyager 2
Tarikh penemuan 30 Disember 1985
Ciri-ciri orbit
Purata jejari orbit 86,004.444 ± 0.064 km[1]
Kesipian 0.00012 ± 0.000061[1]
Tempoh orbit 0.76183287 ± 0.000000014 d[1]
Kecondongan 0.31921 ± 0.021° (kepada khatulistiwa Uranus)[1]
Satelit bagi Uranus
Ciri-ciri fizikal
Min jejari 81 ± 2 km[2]
Luas permukaan ~82,400 km² [a]
Isi padu ~2,225,000 km³ [a]
Jisim ~2.9 × 1018 kg[a]
Min ketumpatan ~1.3 g/cm³ (anggapan)
Graviti permukaan khatulistiwa 0.028 m/s² [a]
Halaju lepas 0.069 km/s [a]
Tempoh putaran segerak[2]
Kecondongan paksi 0[2]
Albedo
  • 0.11 ± 0.015 (geometri)
  • 0.035 ± 0.006 (ikatan) pada 0.55 μm[3]
Magnitud ketara 20.5 [4]

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Puck adaalah sebuah bulan dalaman Uranus yang ditemui pada 30 Disember 1985 oleh kuar angkasa Voyager 2.[5] Nama Puck dipercayai dipetik dari nama seorang watak karya Shakespeare, seperti mana bulan-bulan Uranus yang lain. Orbit Puck terletak di antara gelang-gelang Uranus dan bulan besar pertama Uranus iaitu Miranda. Puck berbentuk sfera lebih kurang dengan diameter 162 km.[2] Permukaannya gelap-gelita dan penuh dengan kawah yang menunjukkan tanda-tanda air beku.[6]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Puck adalah bulan dalaman terbesar Uranus yang mengorbit di dalam orbit Miranda. Besarnya adalah antara Portia (bulan dalamam kedua terbesar) dan Miranda (bulan utama terkecil). Orbit Puck terletak di antara gelang-gelang Uranus dan Miranda. Tidak banyak yang diketahui tentang Puck selain orbitnya,[1] jejarinya yang sekitar 81 km,[2] dan albedo geomteri dalam cahaya nampak kira-kira 0.11.[3]

Daripada bulan-bulan yang ditemui oleh pasukan pengimejan Voyager 2, hanya Puck yang ditemui seawal-awalnya supaya kuar boleh diprogramkan untuk mengimejkannya dengan secukup butiran.[5] Imej-imejnya menunjukkan bahawa Puck mempunyai bentuk sferoid yang sedikit lonjong (nisbah antara paksi adalah 0.97 ± 0.04).[2] Permukaannya lebat dengan kawah[4] dan berwarna kelabu.[2] Terdapat tiga kawah yang bernama pada permukaan Puck, yang mana yang paling besarnya berdiameter sekitar 45 km.[5] Pemerhatian dengan Teleskop Angkasa Hubble serta teleskop-teleskop bumian besar menemui ciri-ciri penyerapan air batu di dalam spektrum Puck.[3][6]

Tidak banyak yang diketahui tentang struktur dalaman Puck yang mungkin diperbuat daripada campuran air batu dengan bahan gelap yang serupa dengan yang ditemui pada gelang-gelang Uranus.[6] Bahan gelap ini mungkin diperbuat daripada batu-batan atau bahan-bahan organik prosesan radiasi. Ketiadaan kawah bersinar terang membayangkan bahawa Puck tidak dibezakan, iaitu komponen ais dan bukan ais tidak terasing untuk membentuk teras dan mantel.[5]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota penjelasan
  1. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan calculated tidak disediakan
Petikan
Sumber

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Moons of Uranus Templat:Solar System moons (compact)