Pujaan Hati Kanda (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pujaan Hati Kanda
PengarangAulia Iman
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreCinta
PenerbitKarya Seni
Tarikh penerbitan
Mac 2016
Jenis mediaCetakan
e-Buku
Halaman678
ISBNISBN 9789670890913

Pujaan Hati Kanda ialah sebuah novel nukilan penulis novel kelahiran Malaysia, Aulia Iman. Novel ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Karya Seni.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Lelaki mata keranjang? Gelaran itu pernah tergalas di bahunya. Dan kerana kejahatan masa silam, dia terhukum dan termalu sendiri. Siapa sangka, ketika dia sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru, dirinya dihidangkan dengan dugaan yang paling besar.

Anak ini perlukan ayahnya. Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang. Selamat pengantin baru. - Gadis Misteri

Hadiah yang tidak terduga itu hadir meranapkan mahligai yang ingin dibina. Majlis pernikahan yang bakal berlangsung, akhirnya terhenti tanpa ijab dan kabul. Calon isterinya enggan meneruskan perkahwinan selagi misteri kehadiran bayi kecil itu tidak terungkai. Dengan tanggungjawab sebagai ‘bapa segera’, Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga si kecil itu pagi dan petang, siang dan juga malam. Dan pencariannya berakhir apabila dipertemukan dengan Tiara. Seorang pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit.

“Tiara pesan susu, Pampers dengan puting susu aje, bang. Ni berat semacam aje. Abang beli stok untuk berapa bulan?”- Tiara

Semuanya berjalan lancar sehinggalah Tiara tamat pengajian semester akhir dan akan pulang ke kampung halaman. Hendak atau tidak, dia sudah tiada pilihan. Status palsu sebagai duda kematian isteri, terpaksa diakui demi meraih simpati keluarga kepada pengasuh ‘anak segeranya’ itu agar membenarkan Tiara terus mengasuh.

“Masalahnya aku tak kenal siapa gadis misteri tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni?” - Danny

Sementara itu pula, dia sudah berjanji untuk meneruskan misi menjejak gadis misteri yang menyusahkan hidupnya itu dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.[1]

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Pujaan Hati Kanda

Mulai 20 Disember 2018, sebuah drama bersiri berdasarkan novel ini telah diterbitkan dan dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Adik Aydeen Mikael, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly serta Azar Azmi.

Drama ini telah mencetuskan fenomena dan menjadi topik hangat di media sosial pada setiap episod dan akhirnya mendapat rating yang tinggi melalui jumlah 12 juta penonton.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]