Pujaan Hati Kanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pujaan Hati Kanda
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Pujaan Hati Kanda karya Aulia Iman
PenciptaAulia Iman
Ditulis olehIntan Zarina Mohd Yasin
PengarahEoon Shuhaini
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Pujaan Hati" nyanyian Adira
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifNorley Aimi Nadiah Shaari
PenerbitArisz Ab Rahman
Tempoh siaranIsnin–Jumaat
41 minit
7:00 petang
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal20 Disember 201828 Januari 2019
Kronologi
MengikutiSeribu Rindu
Diikuti olehDia Menantu Rahsia

Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama 2018 adaptasi novel dengan judul yang sama karya Aulia Iman terbitan Karyaseni. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember 2018 menggantikan drama Seribu Rindu.

Drama 28 episod ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Azar Azmi dan Syazwan Zulkifly.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.

Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah 'hadiah' iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.    Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Lagu tema[sunting | sunting sumber]

Tajuk: Pujaan Hati
Penyanyi: Adira
Lagu & Lirik: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Pujaan Hati Kanda (TV3)". MyInfotaip. 19 Disember 2018.