Azar Azmi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azar Azmi
Kelahiran
Siti Azar Ameerah binti Azmi

(1989-03-13) 13 Mac 1989 (umur 35)[Nota 1]
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model, usahawan
Tahun aktif2007−2021 (pengunduran sementara)

Siti Azar Ameerah Azmi (lahir 13 Mac 1989)[Nota 1] merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/2010.[1][2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Azar dilahirkan pada 13 Mac 1989[Nota 1] di Rembau, Negeri Sembilan[3] dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik kepada pasangan Azmi Mohd Yusof (1961–2017) dan Arbaayah Othman (1963–2015).[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Azar memulakan kerjaya lakonan melalui watak tambahan, menurutnya dalam temuramah bersama Utusan Malaysia: "Saya masih ingat ketika masih belajar di tingkatan tiga dan menetap di Seremban, arwah ibu pernah menemani saya ke lokasi penggambaran. Saya jadi pelakon tambahan."[4] Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa (juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.[5] Selain itu, beliau juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.[6]

Beliau pernah berlakon di samping Ashraf Muslim dan Mia Ahmad dalam drama adaptasi novel, Mr. Boss Miss Stalker di TV3 dan seterusnya berlakon bersama Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.[7]

Pada 28 Januari 2017, Azar menjayakan peranan utama bersama Fattah Amin dalam telefilem Bayangan Emilia arahan Pekin Ibrahim yang memulakan siaran di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam berlakon dalam siri drama kepolisan, Gerak Khas, yang mana Azar memegang watak sebagai Detektif Amira, di samping Raja Ilya, Sheera Iskandar, Norman Hakim dan Syamsul Yusof. Beliau meninggalkan siri itu akibat pertindihan penjadualan kerjayanya.

Azar menjadi sebahagian dari barisan pelakon termasuk Hazama, Zoey Rahman, Munna Bella dan Ruhainies yang membintangi telefilem Uniknya Cinta arahan Suhaimi Lua yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 3 Februari 2018. Azar memegang watak sebagai Amelina, anak kepada seorang pegawai polis.[8]

Beliau juga muncul dan memegang watak sebagai Ain di dalam siri drama waktu perdana, Tiada Arah Jodoh Kita di Slot Akasia TV3, yang diterajui oleh Shukri Yahaya dan Aprena Manrose bermula 13 Februari 2018.

Bermula 13 April 2018, Azar menjayakan peranan utama sebagai Wildad dalam siri drama waktu perdana iaitu, Cinta Fatamorgana yang turut bersiaran di Slot Akasia TV3, beliau menjayakan drama ini bersama-sama Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.[9]

Beliau juga telah memegang watak sebagai Haryani dalam Isteri Untuk Diiktiraf di TV1. Beliau, bersama-sama Zara Zya, Hanna Aqeela dan Syazuwan Hassan menjadi teraju utama drama Terbaik Dariku yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 14 November 2018.

Azar muncul dalam drama Nur 2, memegang watak sebagai Juita, watak yang pada asalnya diberikan kepada Nelydia Senrose sebelum menarik diri.[10][11][12]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Cuak Astro Ceria
2016 Mr. Boss Miss Stalker Linda TV3
Suri Hati Mr. Pilot Humaira Astro Ria
Biar Aku Jadi Penunggu Afia Aliyana TV3
2017 Gerak Khas (Musim 17) Detektif Amira TV2
Syurgaku Tak Sempurna Jun HyppTV
Mr. Delicious Melina Unifi TV
Red Velvet Syafiqah Astro Ria
My Coffee Prince Azar
2018 Tiada Arah Jodoh Kita Ain TV3
Cinta Fatamorgana Wildad
Isteri Untuk Diiktiraf Haryanti TV1
Terbaik Dariku Suraya TV3
Pujaan Hati Kanda Fatimah
2019 Plan Cinta Alisya
Nur 2 Juita
Penjejak Ifrit Syifa Astro Prima
Cetera Hati Diya Adelia Dayana TV3
BOMBA Hero (Musim 2) Kapten Zarra TV2
2020 Dua Takdir Cinta Sabrina Astro Prima
Maaf Tak Indah Syazan TV3
Isteri Misteri Jun
Janda Kosmopolitan Marina Awesome TV
2021 Kampung Kolestrol Solehah TV9
Derita Untuk Bahagia Alisya Astro Prima
Bila Syaitan Berbisik Dhia Astro Ria
Malaysian Ghost Stories Azizah Episod: “Pelesit”

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Hanya Aku TV3
2017 Bayangan Emilia Rita Astro Citra
2018 Unikya Cinta Emilia TV3
Ayah Zainab
Taubatku Maisarah
2019 Cinta Disertasi TV1
Syiling Opah Diana
Hijrah Cinta Erni
Batik Zakiah Hanim TV3
Kenduri Hari Merdeka Adriana
Misteri Akil Balik Hani
2020 Anak Busut Fatimah Astro Citra
2021 Rindu Atok Awesome TV
Cinta Round 1 Qiela Astro Citra

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2019 Ketuk-Ketuk Ramadan Tetamu jemputan TV1
Sepahtu Reunion Live Kalsom Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Laut Mana Tidak Bergelora"
2020 Shopee 9.9 Super Show Pengacara bersama Awal Ashaari Astro Prima, Hello Saluran 702 HD Astro & YouTube Rasmi Shopee Malaysia
Panggung Karoot Dirinya sendiri Astro Warna
Sepahtu Reunion Live Mona Artis Jemputan: Episod "Suri Hati Encik Duda"
2021 Sepahtu Reunion Al-Raya Nisa Artis Jemputan: Episod "Madu atau Racun"

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Penyanyi Tajuk Pengarah
2009 Aliff Aziz Sayang-Sayang Rashidi Ishak
2019 Baby Shima Pura-Pura Bujang Eric Fuzi

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31
Artis Baru Wanita Popular Tercalon

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Beberapa sumber memberikan tahun kelahiran beliau sebagai 1991, namun ia bertentangan dengan keseimbangan bukti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jemang Rahman (13 Januari 2017). Azar Azmi tidak ralat lambat popular Diarkibkan 2018-10-28 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 30 April 2018.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Disember 2017). Tak ralat lambat popular Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  3. ^ Meran Abu Bakar (15 Oktober 2007). Beraya di kampung satu kemestian - Azar Ameerah Diarkibkan 2018-05-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  4. ^ a b Mohd Fadhil Abdullah (9 April 2019). ‘Pelacur’ popularkan Azar Azmi Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  5. ^ Rafiz Mazlan (12 April 2019). Ramai tak tahu, 'Juita' Azar Azmi pernah menjadi finalis Dewi Remaja, sezaman Neelofa dan Anzalna Media Hiburan. Dicapai pada 26 Mei 2019.
  6. ^ Biodata Azra Azmi, pelakon kelahiran Dewi Remaja. Azhan.co. (21 Februari 2018). Dicapai pada 1 Mei 2018.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (19 Januari 2017). Hati saya pada lakonan - Azar Azmi Harian Metro. Dicapai pada 30 April 2018.
  8. ^ Rafiq Mazlan (12 Januari 2018). Papar kisah cinta dua latar belakang berbeza Sinar Harian. Diperoleh pada 2 Mei 2018.
  9. ^ Kisah cinta yang dikorbankan Diarkibkan 2018-06-23 di Wayback Machine Kosmo! (22 April 2018). Dicapai pada 1 Mei 2018.
  10. ^ Zaidi Mohamad (4 Januari 2019). Watak jahat drama Nur 2 milik Azar Azmi Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2019.
  11. ^ Ardini Sophia Sina (8 Januari 2019). Azar tak bimbang Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2019.
  12. ^ Ardini Sophia Sina (5 Januari 2019). Azar bawa watak Juita Harian Metro. Dicapai pada 8 Januari 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]