Sarah Hildebrand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sarah Hildebrand
Sarahhildebrand.jpg
Hildebrand pada 2012.
KelahiranNur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand
(1990-08-18) 18 Ogos 1990 (umur 29)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara
PekerjaanPelakon, pengacara, model duta
Tahun aktif2013-kini
Ketinggian5ft 4in
PasanganOtto Gillen (k.2019)
Ibu bapa
  • Jeffrey L. Hildebrand (bapa)
  • Che Arbi Hashim (ibu)
Laman webwww.sarahhildebrand.com

Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand (lahir 18 Ogos 1990)[a] ialah seorang model, personaliti fesyen, pengacara dan pelakon wanita Malaysia dari keturunan Amerika, Jerman dan Melayu. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2015, dengan beberapa peranan kecil di televisyen dan filem. Beliau juga muncul dalam beberapa majalah termasuk InTrend, EH! dan Hijabista. Beliau secara rasminya telah bertudung penuh pada hujung 2015.[1][2][3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1990 di Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki darah kacukan Amerika, Jerman dan Melayu.[4][5][6][7][8]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hildebrand merupakan pemenang[9] bagi Gadis M2 pada 2013.[10] Beliau membuat kemunculan di iklan televisyen dan muzik video, dan membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan menerusi telefilem Hujan Pagi, sebagai Ati.

Filem sulung lakonannya ialah Mirip yang ditayangkan pada 2015, lakonan bersama Fezrul Khan, Ezzaty Abdullah dan Reen Rahim.

Beliau muncul bersama Kilafairy, Erwin Dawson, Cristina Suzanne dan Hefny Sahad dalam siri drama misteri, Nafas di ntv7, memegang watak Shila.[11]

Nama Sarah mula popular dan menaik menerusi drama adaptasi novel popular Pujaan Hati Kanda di samping Remy Ishak dan Mira Filzah, di mana beliau memegang watak antagonis utama bernama Nadine, dimana watak itu adalah kemunculan antagonis pertamanya.[12] Persembahan dalam drama itu mendapat pujian media, malah, watak Nadine lakonannya juga mengundang kebencian penonton atas sifat gedik watak tersebut.[13][14][15] Drama ini mendapat penarafan dengan jumlah penonton sebanyak 12 juta penonton.[16][17]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hildebrand sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pengacara TV, Nabil Mahir. Pada Februari 2019, Mereka mengumumkan perpisahan mereka selepas lima tahun bersama.[18][19][20]

Beliau berkahwin dengan Otto Gillen yang berwarganegara Filipina dan Amerika pada 3 November 2019.[21][22][23]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Mirip Jokin Filem pertama
2016 Muluk Dan Konco: Hero Malaya A Razak Mohaideen

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Hujan Pagi Ati Astro Prima
Jalan Singkat Ke Syurga Rose Astro Oasis
Dia Imamku Munirah TV3

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 Rindu Awak 200% TV3
2016 Suami Tanpa Cinta Adura Astro Ria
2018 Nafas Shila ntv7
Pujaan Hati Kanda Nadine TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian
2016 HyppTV Highlights HyppTV

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2014 "Hujung Waktu" Azhael
2015 "Rindu" Shae

Iklan[sunting | sunting sumber]

Tahun Jenama Butiran
2014 Perfecto Snacks Perfecto Crisps
2015 Nouvelles Visages Beauty Cosmetic

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Catatan
2015 Farmasi Cosmetic Duta
2016 Jubahsouq Duta

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Catatan Keputusan
2012 Female Cover Model Search Pertandingan majalah Model Finalis
2013 Gadis M2 Program TV realiti Model Menang

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi dan pemuzik, Depha Masterpiece yang 10 tahun lebih tua daripadanya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Athirah Dzulkifly (28 June 2015) "Kisah Klise Sarah Hildebrand" (in Malay) Utusan
  2. ^ Prastasi Seni Sarah Hildebrand (in Malay) Sinar TV
  3. ^ Nur Sarah Marie to show off hidden talent (in English) New Straits Times
  4. ^ Lookbook "KL Lookbook-Sarah Hildebrand"
  5. ^ Shazryn Mohd. Faizal (24 June 2015) "Dari Seorang Model Kepada Pelakon, Sarah Hildebrand Terbuka Kepada Kritikan" (in Malay) The Rakyat Post
  6. ^ Arina Azlan Bertudung Bukan Untuk Nikah (in Malay) Kosmo
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari Sarah Asah Tutur Kata (in Malay) Harian Metro
  8. ^ Izwan Mohd. Isa Facebook Platform Seni Sarah (in Malay) Kosmo
  9. ^ "Sarah GM2: Saya tak jangka menang". Harian Metro. Dicapai 7 Disember 2015. 
  10. ^ http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/83450/Program-Gadis-M2-Platform-Lahirkan-Selebriti-Anggun-dan-Menawan.aspx
  11. ^ Michelle Gun (21 Mei 2018). Kisah beri keinsafan Harian Metro. Dicapai pada 11 Jun 2018.
  12. ^ "#Showbiz: The next 'it-girl'? Meet Sarah Hildebrand". New Straits Times. 27 Disember 2018. Dicapai 6 Mac 2019. 
  13. ^ "Angry fans want to 'slap' Nadine". The Star Online. 23 Januari 2019. Dicapai 28 Mac 2019. 
  14. ^ Mohd Fadhil Abdollah (28 Januari 2019). "Terima kasih 'Nadine' – Sarah Hildebrand". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Mac 2019. 
  15. ^ Sairul Zamri Misrani (17 Mac 2019). "'Jangan ada dendam'". Kosmo!. Dicapai 28 Mac 2019. 
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Februari 2019). "12 juta layan Pujaan Hati Kanda". Harian Metro. Dicapai 28 Mac 2019. 
  17. ^ Hanisah Selamat (31 Januari 2019). "Pujaan Hati Kanda raih 12 juta tontonan". Berita Harian. Dicapai 28 Mac 2019. 
  18. ^ Zaidi Mohamad (25 Februari 2019). "Cinta lima tahun Nabil, Sarah terlerai". Berita Harian. Dicapai 6 Mac 2019. 
  19. ^ Syafil Syazwan Jefri (25 Februari 2019). "Kasih terlerai selepas 5 tahun". Harian Metro. Dicapai 6 Mac 2019. 
  20. ^ Alif Fadli Mohd Sori (17 Februari 2019). "Pernah rasa putus asa". Utusan Malaysia. Dicapai 28 Mac 2019. 
  21. ^ Ramlah Zainal (3 November 2019). Sarah Hildebrand selamat diijab kabul Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2019.
  22. ^ Ramlah Zainal (27 Oktober 2019). Sarah Hildebrand nikah 3 November 2019 Harian Metro. Dicapai pada 13 November 2019.
  23. ^ Sarah Hilderbrand kini bergelar isteri Sinar Harian (3 November 2019). Dicapai pada 13 November 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]