Pururawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pururawa (Sanskrit:पुरूरवस्) ialah raja pertama daripada wangsa Cendera atau Somavamsha. Menurut kitab-kitab Veda, beliau merupakan makhluk daripada mitologi Hindu disekutukan dengan Dewa Surya (matahari) dan Usha (fajar), dan dipercayai tinggal di tengah-tengah alam semesta. Rig Veda (X.95.18) mengatakan beliau ialah putera kepada Ilā[1] dan merupakan raja yang mulia. Tetapi, Mahabharata menyatakan bahawa Ila ialah ibunya dan bapanya. Menurut Vishnu Purana, bapanya ialah Dewa Budha, dan dia ialah keturunan daripada puak Pururawa, yang menurunkan puak Kaurawa and Pandawa.

Kisah Urwasi dan Pururawa[sunting | sunting sumber]

Urwasi dan Pururawa, lukisan oleh Raja Ravi Varma

Versi awal kisah Urwasi dan Pururawa ditemui dalam Rig Veda (X.95.1–18) dan Satapaṭha Brahmaṇa (XI.5.1). Versi kemudian dapat dijumpai dalam Mahabharata, Hariwangsa, Bisnu Puraṇa, Matsa Purana,[2] dan Bhagawata Purana.

Dalam sastera Veda[sunting | sunting sumber]

Rig Veda, X.129 mengandungi sedikit perbualan, ditulis dalam gaya puitis yang sangat elok. Gita puja mengatakan bahawa Usas (juga dikenali sebagai Urwasi) ialah seekor atau bidadari. Setelah bersatu dengan seorang raja manusia, Pururawa, dan setelah hidup bersama selama empat musim luruh, tiba-tiba meninggalkannya setelah dengan tidak sengaja melanggar syarat yang telah ditetapkan atas perkahwinan mereka. Kemudian Pururawa merayu dengan sia-sia untuk kembali kepadanya.

Kisah ini memperagakan pelbagai simbolisme dengan menggunakan kata-kata yang mempunyai banyak maksud dalam bahasa Sanskrit. Walaupun ia sebuah puisi cinta, menunjukkan pertentangan antara kekasih dan dikasih, yang menolak cintanya, ia juga menunjukkan hubungan antara Matahari (Pururawa) dan Fajar (Urwasi). Tambahan pula, ia juga memberi mantra upacara untuk dilahirkan semula sebagai seekor bidadara atau bidadari.

Dalam sastera Sanskrit klasik[sunting | sunting sumber]

Kisah cinta antara raja Pururawa dan bidadari Urwasi dapat dijumpai dalam drama Sanskrit, Vikramōrvaśīyam, ditulis oleh penyajak terulung Kalidasa.

Kehidupan dan keturunan[sunting | sunting sumber]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Pururawa ialah anak kepada Dewa Budha dan Ila. Budha ialah anak kepada Dewa Cendera, dewa bulan maka Pururawalah raja wangsa Cendera yang pertama. Oleh kerana beliau dilahirkan di Gunung Puru, beliau digelar Pururawa.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Mengikut Purana, Pururawa memerintah di Pratisthana (Prayaga). Beliau persembahkan tebusan dosa kepada Brahma dan sebagai balasan, beliau dijadikan raja Bumi sejagat. Pururawa meraikan seratus Ashwamedha Yajnas (pengorbanan kuda kepada dewa). Asura ialah pengikut beliau, manakala Dewa rakannya. Beliau mempunyai enam (atau tujuh atau lapan, mengikut sumber-sumber berbeza) anak lelaki. Nama mereka ialah, Ayu (atau Ayus), Amawasu,[3] Bisbayu, Srutayu, Shatayu (atau Satayu), dan Dridayu. Nahusa, anak lelaki kepada Ayu, ialah nama yang dikenali ramai dalam Rig Veda[4]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Misra, V.S. (2007). Ancient Indian Dynasties, Mumbai: Bharatiya Vidya Bhavan, ISBN 81-7276-413-8, p.57
  2. ^ Dandekar, R.N. (1962). Indian Mythology in S. Radhakrishnan ed. The Cultural Heritage of India, Calcutta: The Ramakrishna Mission Institute of Culture, ISBN 81-85843-03-1, pp.229–30, 230ff
  3. ^ Pargiter, F.E. (1972). Ancient Indian Historical Tradition, Delhi: Motilal Banarsidass, pp.85–6.
  4. ^ Misra, V.S. (2007). Ancient Indian Dynasties, Mumbai: Bharatiya Vidya Bhavan, ISBN 81-7276-413-8, pp.59–61

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • A Dictionary of Hindu Mythology & Religion by John Dowson