Pusat Perdagangan Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Perdagangan Sabah
Map
Maklumat umum
JenisPusat perdagangan
AlamatJalan Istiadat, Teluk Likas, 88400
Bandar/pekanKota Kinabalu, Sabah
NegaraMalaysia
Koordinat5°59′28.0″N 116°05′30.5″E / 5.991111°N 116.091806°E / 5.991111; 116.091806Koordinat: 5°59′28.0″N 116°05′30.5″E / 5.991111°N 116.091806°E / 5.991111; 116.091806
PemilikSabah Trade and Industry Consultancy Sdn. Bhd. di bawah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Negeri, Kementerian Pembangunan Perindustrian Kerajaan Sabah
Maklumat lain
Letak kenderaan
400

Pusat Perdagangan Sabah ialah sebuah bangunan pusat perdagangan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Bangunan yang terletak pada keluasan lebih kurang 100,000 kaki persegi mencapai ketinggian 70 kaki dan terbahagi kepada dua tingkat. Ia diuruskan oleh Sabah Trade and Industry Consultancy Sdn. Bhd. (STIC), di bawah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan Negeri, Kementerian Pembangunan Perindustrian Kerajaan Sabah.[1]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Aras pertama bangunan ini mempunyai 50,000 kaki persegi ruang boleh guna yang terdiri daripada dewan pameran utama, ruang legar, bilik mesyuarat, pejabat dan bilik persediaan manakala aras kedua mempunyai 35,000 kaki persegi ruang boleh guna yang terdiri daripada kawasan pameran tetap, ruang pejabat dan kafeteria. Bangunan ini dibuka untuk tempahan pameran, persidangan, seminar dan mesyuarat.[1]

Acara[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini menjadi pusat pameran BIMP-EAGA antara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina.[2] Pada tahun 2019, pesta buku utama negara Big Bad Wolf Books mengadakan pameran di bangunan itu.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Social Amenities [Trade Centre]". Borneo Trade. Dicapai pada 31 July 2019.
  2. ^ "Speech by the Chief Minister of Sabah, Right Honorable Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, at the Opening Ceremony of the BIMP-EAGA Expo 2011 at the Mini Theatre, Ground Floor Sabah Trade Centre Kota Kinabalu". Kerajaan Sabah. 13 March 2011. Dicapai pada 31 July 2019.
  3. ^ Joanne Lee (29 May 2019). "The Big Bad Wolf Sale Arrives in Sabah For the First Time". Sabah Eats. Dicapai pada 31 July 2019.