Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur
BIMP-EAGA
JenisKerjasama ekonomi serantau
Anggota
4 negara
Pendirian24 Mac 1994
Keluasan
• Jumlah
1,600,000 km2 (620,000 bt2)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$322.8 billion

Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur - Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) ialah sebuah inisiatif kerjsama yang ditubuhkan pada 1994 untuk menyuntik pembangunan di kawasan-kawasan kurang membangun di empat buah negara anggota ASEAN.

Ia merupakan pusat tumpuan bagi kawasan ekologi yang penting. Jantung Borneo, yang meliputi Indonesia, Malaysia, dan sebahagian Brunei, ialah kawasan hutan bersempadan terbesar di Asia Tenggara. Laut Sulu–Sulawesi ialah unit biogeografi penting kepada dunia dan berbiodiversiti tinggi di Segi Tiga Terumbu Karang — pusat biodiversiti marin tumpuan utama dunia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1992, Presiden Filipina, Fidel Ramos mengutarakan konsep EAGA kepada ketua kerajaan ASEAN Timur di Brunei. Tiga bulan kemudian, Presiden Ramos sekali lagi membincangkan EAGA bersama Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad semasa lawatannya ke Malaysia. Usaha usaha EAGA bermula pada Mei 1993 di mana pegawai kerajaan dan ahli perniagaan dari Mindanao pergi ke Sulawesi dan Sarawak. Pada 1993, EAGA dibincangkan oleh Menteri Kewangan semasa Mesyuarat Menteri Kewangan di Singapura dan sebulan kemudian Sultan Brunei menyatakan persetujuan baginda untuk menyertai EAGA.

Pusat bandar terpilih[sunting | sunting sumber]

 Brunei

Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque in Bandar Seri Begawan.

 Indonesia

 Malaysia

A bird's eye view of Kota Kinabalu from Penampang.

 Filipina

Pertubuhan berkaitan[sunting | sunting sumber]

Majlis Perniagaan BIMP-EAGA[sunting | sunting sumber]

Majlis Perniagaan BIMP-EAGA merupakan komponen swasta BIMP-EAGA. Badan ini dikorporatkan di Brunei Darussalam pada 1996. Pada 2001, pejabat sekretariat BIMP-EAGA BC dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Majlis Perniagaan BIMP-EAGA mewakili sektor swasta dan bertindak sebagai penggerak dalam mempromosikan perdagangan dan pelaburan dalam dan luar EAGA.

Sukan Persahabatan BIMP-EAGA[sunting | sunting sumber]

Sukan Persahabatan BIMP-EAGA telah diadakan buat julung kali pada 1996 dengan Filipina menjadi negara tuan rumah.

# Negara tuan rumah Bandar Tarikh
1  Filipina Bandar General Santos, Mindanao 25-27 April 1996
2  Malaysia Kuching, Sarawak 24-26 Oktober 1997
3  Filipina Puerto Princesa, Palawan 23-24 Ogos 2003
4  Malaysia Kota Kinabalu, Sabah 13-15 September 2004
5  Indonesia Makassar, Sulawesi Selatan 24-26 November 2006
6  Brunei Bandar Seri Begawan 28-30 November 2008
7  Filipina Bandar General Santos, Mindanao 8-11 Disember 2012
8  Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan 6-11 Disember 2014
9  Indonesia Samarinda, Kalimantan Timur 6-12 Disember 2016
10  Brunei Bandar Seri Begawan 7-9 Disember 2018

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]