Puteh Lawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puteh Lawak atau nama sebenarnya Puteh bin Mohammad (1900 – 17 November 1963) merupakan pelakon filem dan pelawak melayu era 40an - 60an.

Puteh Lawak
Puteh Lawak pada 1950an
Kelahiran
Puteh bin Mohammad

1900 (1900)
Meninggal dunia17 November 1963(1963-11-17) (umur 62–63)
Jalan Nenas, Singapura
Sebab kematianSakit Beri-Beri dan Lemah Jantung
Tempat ditanamTanah Perkuburan Bidadari, Singapura
PekerjaanPelakon, Pelawak
Tahun aktif1941–1963

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal Mula[sunting | sunting sumber]

Puteh bin Mohammad atau lebih dikenali sebagai Puteh Lawak dilahirkan pada tahun 1900. Beliau mula kerjaya sebagai pelawak dan pelakon filem pada tahun 1940an.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketika beliau mula kerjayanya sebagai pelawak, semenjak teredarnya filem Pontianak, nama S.M. Wahid atau Wahid Satay berlakon sebagai Ali Wak Satay dan Puteh Lawak berlakon sebagai Dol. Kedua pelakon ini dengan serta-merta diakui oleh para penonton sebagai pasangan lawak filem Melayu yang terbaik sekali buat masa.

Oleh kerana kejayaan ini maka dalam filem Dendam Pontianak, Wahid Satay dan Puteh Lawak dipasangkan lagi untuk memberikan gelak ketawa bagai memenangkan perasaan penonton apabila melihat kerjadian-kejadian yang menakutkan dalam filem Dendam Pontianak yang penuh kengerian, ketakutan, dan keseraman.

Lawak Wahid Satay yang menarik hati dalam filem ini ialah apabila ia membohongi anak-anak kecil dalam lagu Kuda Terbang manakala Puteh Lawak pula hampir tanggal pakaiannya dari lari kalam kabut bila nampak akan Pontianak.

Apa sebab lawak dua jenakawan ini sangat disukai para penonton dari segala bangsa. Yang utama sekali lawak mereka tidaklah berlebihan, lawak mereka diberikan dengan cara yang bersahaja tetapi penuh dengan bahan yang membawa para penonton terbahak-bahak. Mereka bertambah jaya lagi terutama sekali Wahid Satay, dan patut digabungkan dalam filem Che Mamat Parang Tajam yang sedang diselenggarakan di masa itu. Memperkuatkan lawak merekan dalam filem Dendam Pontianak ialah Aman Belon, Hassan Temberang, Raden Sudiro dan Sulaiman S.S .[1]

Bila dua orang ahli lawak yang handal bertemu sebuah filem yang berjiwa hiburan, maka dapat mengharapkan bahawa layar perak akan menjadi kalam kabut dengan kelucuan dengan lawak jenaka. Kedua pelawak handal Wahid Satay dan Puteh Lawak yang memegang peran utama dalam filem Jula Juli Bintang Tujuh. Kelakar utama Wahid Satay memegang peranan sebagai Melepop, Seorang tukang kayu yang hidupnya selama ini seperti katak dibawah tempurung dan mengembara bersama Tengku Mahrain untuk mencari Jula Juli Bintang Tujuh.

Pengembaraan Wahid Satay adalah memberi kelucuan pada filem tersebut, seperti dia berhadapan dengan kesaktian tujuh anak raja penjelmaan dari Mambang Cendana dan berasa gemetar berhadapan dengan Jin Afrait, dan sampailah pada kemuncak lawak jenaka bila Wahid Satay bertelagah dengan Puteh Lawak.

Pelawak perut gendut, Puteh Lawak bersama dengan Minah Yem berlakon sebagai sepasang suami isteri yang miskin yang hidup ditengah rimba raya, dan tiba-tiba mendapati kehidupan mereka ditimpa berbagai perubahan yang ganjil. Seperti Minah Yem yang mendol selama ini tiba-tiba menggendong kerana makan sebiji buah delima sakti, dan pada hari itu juga melahirkan 7 orang anak kembar. Hari ini anak besok menjadi Onak kerana anak-anak kecil serta merta menjadi 7 pari-pari yang mempunyai paras yang jelita. Mereka inilah menjadi Jula Juli Bintang Tujuh.

Cukup gamat sekali kerana dalam filem ini Puteh Lawak berkemudi dihaluan, dan kerana ini maka sewaktu dia diajak tinggal dikayangan, maka soal pertama yang jadi pertanyaannya ialah apakah dikayangan wanita menguasai lelaki?. Orang-orang tentu tak dapat melupakan lagak lawak Puteh Lawak dalam filem Jalak Lenteng tetapi dalam Jula Juli Bintang Tujuh, Puteh Lawak mengatasi dirinya sendiri.[2]

Sesungguhnya suatu kenyataan yang tidak dapat disangka lawak diantara Wahid Satay dan Puteh Lawak, merupakan pasangan lawak dunia filem Melayu yang paling disukai ramai. Kedua pasangan lawak ini berlakon sama dalam filem mereka yang terbaharu sekali Che Mamat Parang Tajam. Kalau dalam filem-filem mereka yang lepas, Wahid dan Puteh selalu menjadi sahabat baik yang bertolong-tolongan, tetapi dalam filem ini merekan menjadi musuh yang tak boleh bertemu roma.

Permusuhan mereka disebabkan perebutan terhadap seorang wanita. Wahid membayangkan sukanya terhadap wanita ini dengan cara menyanyikan lagu-lagu jenaka yang riang gembira manakala Puteh Lawak pula dengan kata-katanya yang menyindir Wahid dan gadis tersebut. Pertelagahnya mereka untuk merebut gadis tersebut bersifat suatu pertelagahan yang paling gamat yang pernah disaksikan dilayar perak. Seperkara lagi ialah dalam filem Wahid menjadi mangsa wanita, dicakar, ditarik rambut, dan belasah oleh wanita. Atas segala penderitaan ini, Wahid tersenyum sahaja kerana katanya tujuannya semata-mata memberikan gelak ketawa pada orang ramai, kalau ini sudah berjaya, maka dia merasa puas.[3]

Ketika Mak Dara berusia 55 tahun, dan mempunyai cucu cicit. Ada diantara mereka menjadi seniwati-seniwati filem yang utama, walaupun setahu Mak Dara ini, Mak Dara bercumbu-cumbuan dengan Puteh Lawak dalam filem Cathay Keris, Jalak Lenteng arahan Salleh Ghani. Dan Mak Dara merasa megah mengatakan bahawa cara mereka berasmara biar pun lengoh tetapi hebat, biarpun dikatakan kolot, menurut pendapat mambang dan kumbung zama sekarang. Dimasa muda-muda Mak Dara, Waktu ia menjadi Sri Panggung bangsawan, banyak benar orang yang jatuh hati dan tergila-gila kepada dia.

Babak percintaan Mak Dara dengan Puteh Lawak dalam filem Jalak Lenteng tidaklah hangat atau lucah. tetapi bersih, lucu dan akan membuat orang serak dengan ketawa. Dengan Siti Tanjung Perak ditengah-tengahnya maka pasti akan wujud lawak jenaka yang jempul sungguh menggelikan hati suatu kelapangan untuk kesah drama yang tegang tersebut.[4]

Kedua-dua filem Pontianak dan Dendam Pontianak ahli lawak Wahid Satay dan Puteh Lawak menjual sate dan paku, tetapi dalam filem Che Mamat Parang Tajam, Wahid menjuat botol-botol kosong. Nampaknya Wahid terus menerus menjadi saudagar dari filem ke filem.[5]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 17 November 1963, Puteh Lawak telah menghembuskan nafas terakhirnya dirumahnya di Jalan Nenas, Singapura akibat Sakit Beri-Beri dan Lemah Jantung pada usia 63 tahun.[6]

Beberapa orang pelawak Melayu telah menyatakan dukacita atas kematian Puteh Lawak. Mereka disamping menyatakan kesedihannya itu, telah mensifatkan "Kematian Allahyarham itu sebagai satu kehilangan besar bagi dunia lawak Melayu".

Pelawak radio, pentas, filem dan televisyen yang terkenal, Alias Kongo, menyatakan kepada Berita Harian "Saya mengucapkan ta'aziah atas kematian itu". Menurut Alias, Allahyarham ialah seorang pelawak yang sudah lama terkenal didunia. lawak tanah air, hingga banyak dari bahan-bahan lawak jenakanya setengah-tengah pelawak yang baharu muncul.

Alias menambah "Mudah-mudahan keharuman nama yang telah dibuat oleh Allahyarham semasa hidupnya sebagai pelawak itu, akan tetap menjadi kenangan kita selama-lamanya". Pelawak Aziz King Godobel (teman Alias tiga sekawan), pun turut menyatakan rasa sedihnya atas kehilangan pelawak veteran Puteh Lawak.

Jenazah Puteh Lawak telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari, Singapura.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1941 Terang Bulan Di Malaya Filem pertama
1957 Pontianak Dol
Dendam Pontianak Dol
1958 Sumpah Pontianak Dol
Selendang Delima
1959 Jula Juli Bintang Tujuh Lapok
Bawang Putih Bawang Merah Pak Mat
Satay Yusof
1960 Pak Pandir Moden Pak Pandir
Hantu Rimau
1961 Puteri Gunung Ledang
Jalak Lenteng Sinar
1962 Lanchang Kuning Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-30.
  2. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-04-30.
  3. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-01.
  4. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-01.
  5. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-01.
  6. ^ "NewspaperSG". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2024-05-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]