A. Wahid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wahid Satay)
Jump to navigation Jump to search
Wahid Satay
Photo of Wahid Satay in 1962.jpg
KelahiranAbdul Wahid bin Haji Ahmad
1930 (umur 88–89)
Indragiri, Hindia Timur Belanda, Indonesia
KediamanEunos Crescent, Singapura
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak
Tahun aktif1958 - 2005
MajikanCathay-Keris Film Productions
Maju Filem Productions
Pesona Pictures
Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Abdul Wahid bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai "A. Wahid" atau "Wahid Satay" merupakan seorang penyanyi dan pelakon filem Melayu Malaysia. Wahid Satay dilahirkan di Indragiri, Indonesia[1] pada tahun 1930 dan pindah ke Singapura pada tahun 1935.

Gelaran Wahid Satay itu diberikan mendiang Loke Wan Tho, pemilik Pertubuhan Cathay dan digunakan sejak beliau berlakon dalam filem Pontianak bersama Maria Menado yang dapat bertahan selama tiga bulan di Panggung Cathay dan memberikan saingan kepada filem Hollywood, Samson and Delilah.

Sewaktu menjadi pelakon filem di Cathay keris, Wahid banyak membintangi filem-filem bercorak lawak jenaka, malah digelar Jerry Lewis Malaya.

Wahid juga berlakon dalam banyak filem seperti filem Pak Pandir, Jula Juli Bintang Tiga, Masuk Angin Keluar Asap, Serangan Orang Minyak dan Cucu Datuk Merah yang dikeluarkan oleh Studio Cathay Keris.

Pada tahun 1958, Wahid berlakon dalam filem Sumpah Orang Minyak sebagai pelakon pembantu. Pada 1959, beliau juga menjadi pelakon pembantu dalam filem Rasa Sayang Eh. Wahid mula memegang peranan utama dalam filem Pak Pandir pada tahun 1960. Pada tahun 1960 juga sebagai pelakon utama dalam filem Che Mamat Parang Tumpul.

Puas hati dengan kelakonannya, beliau dihantar oleh Cathay Keris Film bersama Rose Yatimah, Latifah Omar dan pengarah, Hussein Haniff, ke Pesta Filem Asia ke-10 pada 1963 di Tokyo.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 1961 beliau berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang memegang watak sebagai awang, dan dalam filem Puteri Gunung Ledang sebagai watak utama pada tahun 1961. Dalam Chelorong Cheloreng (1962) memegang sebagai watak utama. Filem Badang, 1962, pelakon utama sebagai Badang. Dalam filem Mabuk Kepayang (1962) sebagai pelakon Utama. Filem Pontianak Gua Musang (1964) memegang sebagai watak utama. Filem Tiga Botak (1965) memegang sebagai watak utama. Filem Naga Tasik Chini (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Dua Kali Lima (1966) memegang sebagai watak utama.Filem Mat Tenggek (1979) memegang sebagai watak utama. Filem Tuan Besar (1980) memegang sebagai watak utama sebagai Tuan Wahid. Filem Pontianak Harum Sundal Malam (2004) sebagai artis jemputan, pembesar istana. Filem Senario XX (2005) memegang sebagai pelakon pembantu, watak sebagai tok ketua.

Selain berlakon, Wahid juga berbakat sebagai pelukis dan penyanyi serta pernah mencipta lagu untuk M. Ishak dan Ahmad Jais. Wahid Satay mengarang lagu "Sumpah Setia" untuk rakaman Ahmad Jais & The Antartics di tahun 1967.

Filem Badang, 1962 merupakan filem terakhir beliau.

Selain berlakon, beliau pernah melakukan pelbagai kerja lain seperti memunggah kelapa ke perahu Bugis yang berlabuh di Sungai Kallang, mencuci pinggan di Satay Club di Beach Road dan menjadi kelasi kapal mengelilingi dunia.

Ketika itu, jika tidak belayar, Wahid menyumbangkan suara dan bermain alat muzik dengan pancaragam Sri Pemuda Harmonian Party.

Wahid kini menetap di di Eunos Crescent, Singapura.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1957 Pontianak Ali
1958 Satay Kamil
Serangan Orang Minyak Baning
Sumpah Pontianak Ali
1959 Rasa Sayang Eh Baning
1960 Pak Pandir Moden Kulop
Che Mamat Parang Tumpul Che Mamat
1961 Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Awang Pelakon tambahan
Puteri Gunong Ledang
Seri Mersing Jalak
Gado-gado
Lela Satria
1962 Chelorong Cheloreng Cheloreng
Badang Badang
Mabuk Kepayang Hassan
Jula Juli Bintang 7 Mertoh
1963 Gul Bakawali
Gila Talak Wahid / Wahab
1964 Pontianak Gua Musang Ali
1965 Muda Muda
Tiga Botak Wahid
1966 Naga Tasik Chini Belitong
Dua Kali Lima Wahid
Anak Dara Laba
1979 Mat Tenggek Wahid
Dendang Perantau Wahid Pelakon sampingan
1980 Tuan Besar Tuan Wahid
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Pembesar Istana Kemunculan khas
2005 Senario XX Tok Ketua Pelakon sampingan

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Selamat Tinggal (1967) diiringi oleh The Blue Beats.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Oskar Black Gold bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia di Manila pada 1963
  • Pelawak Terbaik dalam Pesta Filem Asia di Taiwan pada 1966.
  • Anugerah Perdana Emas oleh MediaCorp dalam acara Pesta Perdana 2007

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]