Siti Tanjung Perak
Siti Tanjung Perak | |
---|---|
Kelahiran | Siti Sundari Binti Samad 1914 |
Meninggal dunia | 6 Ogos 1992 (berumur 77–78) |
Warganegara | Indonesia |
Nama lain | Mak Iti |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1947–1973 |
Anak-anak | 5 |
Siti Sundari binti Samad atau lebih dikenali sebagai Siti Tanjung Perak merupakan salah seorang bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1970-an. Siti Sundari binti Samad dilahirkan di Pulau Wasi Bugis, Sulawesi.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Mula giat dalam dunia pentas bangsawan pada tahun 1927 di seluruh pulau Borneo.
Semasa di pentas, Siti terkenal sebagai pelakon bangsawan yang tercantik pada ketika itu sehingga beliau diberi gelaran Seri Panggung. Suami pertama beliau bernama M.Taib, seorang pemain saksofon bersama Siti di pentas bangsawan.
Mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan Sari Intan. Tetapi malangnya, suami Siti terkorban semasa perang Jepun. Setelah begitu lama menjanda, Siti pun mendirikan rumahtangga dengan Abdul Ghani, seorang anggota polis.
Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]
(SITI SUNDARI menjadi SITI TANJUNG PERAK)
Pada tahun 1947, Siti melangkah ke dunia filem. Filem pertama beliau ialah SERUAN MERDEKA, manakala yang kedua pula ialah SINGAPURA DI WAKTU MALAM arahan B S Rajhans dan diterbitkan oleh Shaw Brothers. Namanya DITUKAR oleh para peminatnya kepada Siti Tanjung Perak. Ini disebabkan Siti terkenal menyanyikan lagu yang berjudul TANJUNG PERAK, lagu yang dipopularkan oleh S Abdullah. Di hujung tahun 50 an, Siti telah berhijrah ke Cathay Keris. Sebagai seorang pelakon, Siti Tg Perak memang serba boleh. Watak yang dibawanya dengan berkesan sekali ialah sebagai antagonis. Beliau juga mampu menari, menyanyi dan berlawak.
Siti pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu paling baik bagi tahun 1953, di suatu pemilihan para peminat.
Dua orang daripada anak gadis Siti telah menjadi pelakon di era 50 an dan 60 an. Mereka ialah seniwati Supatri dan seniwati Zairina Abdul Ghani.
Kematian[sunting | sunting sumber]
Beliau meninggal dunia pada 6 Ogos 1992 pada usia 78 tahun di Singapura.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1947 | Seruan Merdeka | Filem pertama | |
Singapura di Waktu Malam | |||
1949 | Noor Asmara | ||
Nilam | |||
1950 | Rachun Dunia | ||
Aloha | |||
Takdir Ilahi | |||
1951 | Penghidupan | ||
Sejoli | |||
Juwita | |||
1952 | Antara Senyum dan Tangis | ||
Sedarah | |||
1953 | Siapa Salah? | ||
1954 | Merana | ||
Panggilan Pulau | |||
Perjodohan | |||
1955 | Bernoda | ||
Empat Isteri | |||
1956 | Hang Tuah | ||
Anak-ku Sazali | |||
Keluarga Tolol | |||
1957 | Bujang Lapok | ||
Kasih Sayang | |||
Mogok | |||
1958 | Satay | ||
Hantu Kubor | Milah | ||
1959 | Bawang Putih Bawang Merah | ||
1960 | Che Mamat Parang Tumpul | ||
1961 | Jalak Lenteng | ||
1962 | Mata Syaitan | ||
Mabuk Kepayang | |||
1963 | Gila Talak | ||
Rumah Itu Dunia Aku | |||
Bayangan Di Waktu Fajar | |||
Masuk Angin Keluar Asap | |||
1964 | Mat Tiga Suku | ||
Pontianak Gua Musang | |||
Dua Pendekar | |||
1965 | Tiga Botak | ||
Gurindam Jiwa | |||
Jiran Sekampung | |||
1966 | Dua Kali Lima | ||
1967 | Mat Bond | ||
1968 | Mat Lanun | ||
1973 | Hati Batu | Filem terakhir |