Putera George dari Cambridge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Putera George
Yang Teramat Mulia Putera George dari Cambridge
Prince George of Cambridge with wombat plush toy (crop).jpg
Putera George semasa lawatanya ke New Zealand pada April 2014
Keputeraan (2013-07-22)22 Julai 2013 (Umur &&&&&&&&&&&&&&05.&&&&&05 tahun, &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 hari)
Hospital St Mary, London, England.
Nama penuh
George Alexander Louis
Kerabat House of Windsor
Ayahanda Putera William, Duke Cambridge
Bonda Catherine, Duchess Cambridge

Putera George dari Cambridge (George Alexander Louis; lahir 22 Julai 2013) ialah satu-satunya anak lelaki kepada Putera William, Duke Cambridge dan isterinya Catherine, Duchess Cambridge. Beliau merupakan satu-satunya cucu lelaki kepada Charles, Putera Wales, dan menduduki tempat ketiga dalam susunan pewaris takhta British dibelakang datuk dan ayahnya.

Pengumuman dan kelahiran[sunting | sunting sumber]

Easel diluar Istana Buckingham. Pengumuman itu berbunyi : "Yang Teramat Mulia, Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 4.24 pm. Kedua - dua mereka berada dalam keadaan selamat"

Pada 3 Disember 2012, Istana St James mengumumkan bahawa Catherine, Duchess Cambridge mengandungkan anak pertama pasangan diraja tersebut. Kurang daripada dua belas minggu, pengumuman tersebut telah dibuat lebih awal dari kebiasaannya kerana Kate telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap alahan yang teruk.

Duchess of Cambridge telah dikejarkan ke Hospital St Mary, London, pada peringkat awal kelahirannya pada pagi 22 Julai 2013. Diumumkan bahawa Duchess of Cambridge telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 16:24 BST (11:24 malam waktu Malaysia) pada 22 Julai dengan berat 8 pound dan 6 auns. Duke of Cambridge juga hadir disisi isterinya sewaktu Kate melahirkan anak sulung mereka dan Putera William dijangka akan mengambil cuti penuh selama dua minggu dari tugas beliau sebagai juruterbang di RAF Search And Rescue Force dan telah disahkan oelh Menteri Pertahanan United Kingdom. Tempat kelahiran Putera George merupakan tempat yang sama, dimana Putera William dan adiknya Putera Harry dilahirkan iaitu di Londo Wing, Hospital St Mary, London, oleh Diana,Puteri dari Wales pada 1982 dan 1984. Bekas pakar sakit puan kepada Ratu Elizabeth II iaitu Marcus Setchell merupakan doktor yang menyambut kelahiran Putera George serta dibantu oleh Guy Thrope-Beeston, Sunit Godambe dan John Chunningham.

Putera George bersama ibunya pada 23 Julai 2013

Buletin rasmi yang digunakan untuk mengumumkan kelahiran diraja telah diletakkan diluar Istana Buckingham, walaupun mereka telah memecahkan tradisi kerana mengumumkan menggunakan media elektronik sebelum diumumkan secara rasmi oleh pegawai - pegawai Istana. Tembakan hormat bersempena kelahiran Putera George telah dilakukan di Bermuda, London, New Zealand dan di Kanada, begitu juga dengan loceng di Gereja Westminster Abbey dan beberapa gereja lagi dibunyikan untuk menandakan kelahiran putera sulung itu serta mercu tanda ikonik di seluruh negara Komanwel diterangi dalam pelbagai warna, kebanyakannya biru untuk menandakan kelahiran bayi lelaki.

Sebelum kelahiran terdapat spekulasi bahawa ia akan meningkatkan ekonomi negara dan memberi fokus kepada kebanggaan negara. Komposer Welsh Paul Mealor, yang menciptakan "Ubi Caritas et Amor" untuk perkahwinan ibu bapanya, menciptakan sebuah lullaby bertajuk "Sleep On", dengan lirikya oleh komposer Irish, Brendan Graham. Rakaman tersebut telah dibuat oleh Hayley Westenra sebagai hadiah kepada bayi Diraja tersebut. The Royal Mint telah menghasilkan 10,000 keping perak sterling mahkota bersaiz 5 £ dan 2,013,22 syiling karat emas untuk memperingati kelahiran itu. Ia merupakan kelahiran pertama Diraja yang menggunakan syiling sebagai tanda kelahiran.

Dengan kelahiran Putera George, tiga generasi pewaris utama hidup dalam masa yang sama, kali terakhir berlakunya kejadian sedemikian ialah pada tahun 1894 dan 1901, sewaktu tujuh tahun terakhir pemerintahan Ratu Victoria.

Pada 24 Julai, sehari selepas Duke dan Duchess muncul di luar hospital untuk membenarkan media berkumpul untuk melihat bayi yang baru dilahirkan itu, nama putera tersebut diumumkan sebagai George Alexander Louis.

Gelaran formal dan pengayaan[sunting | sunting sumber]

  • 22 Julai 2013 – sekarang: Yang Teramat Mulia Putera George dari Cambridge

Di bawah paten surat yang dikeluarkan oleh Raja George V pada tahun 1917 dan Ratu Elizabeth II pada 2012, Putera George merupakan salah seorang putera British dan berhak digayakan dengan Royal Highness (Yang Teramat Mulia). Sebagai seorang anak kepada Duke yang berketurunan Diraja, Putera George akan mengambil nama bagi kawasan gelaran formal bapa beliau, (seperti yang dinyatakan dalam nota yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham pada 22 Julai 2013) dalam kes ini, "Cambridge" iaitu dari gelaran formal bapanya; Duke of Cambridge.

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Datuk dan nenek sebelah bapa Putera George, iaitu, Charles, Putera Wales, dan Diana, Puteri dari Wales, ialah berketurunan diraja dan bangsawan. Melalui datuk sebelah bapa beliau, beliau adalah seorang ahli House of Windsor dan merupakan keturunan lelaki House of Glücksburg, cawangan House of Oldenburg, yang memerintah sebagai raja-raja Greece dan Denmark. Melalui nenek sebelah bapa, beliau ialah dari keluarga Spencer, yang mana ahli-ahlinya termasuklah Earl of Spencer, Earl of Sunderland, dan Duke of Marlborough. Putera George merupakan pewaris ketiga dalam susunan takhta British dan 15 negara Komanwel yang lain yang didahului oleh datuknya, Charles dan bapanya, William. George merupakan cicit ketiga Ratu Elizabeth II selepas Savannah Philip dan Isla Philip dan merupakan cicit lelaki pertama Ratu Elizabeth II.

Putera George dari Cambridge
Tarikh keputeraan: 22 July 2013
Susunan penggantian
Didahului oleh
The Duke of Cambridge
Senarai Pewarisan Takhta British
kedudukan ketiga
Diikuti oleh:
Putera Henry dari Wales

Templat:Putera William, Duke Cambridge Templat:Catherine, Duchess Cambridge Templat:British princes