Rainilaiarivony

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rainilaiarivony
Portrait of Prime Minister Rainilaiarivony of Madagascar.jpg
Perdana Menteri Madagascar
Dalam jawatan
1864–1895
Didahului olehRainivoninahitriniony
Digantikan olehRainitsimbazafy
Butiran peribadi
Lahir30 Januari 1828
Ilafy, Madagascar
Meninggal dunia17 Julai 1896(1896-07-17) (umur 68)
Aljir, Aljazair Perancis
Pasangan

Rainilaiarivony (lahir di Ilafy, Madagascar, 30 Januari 1828 – meninggal di Aljir, Aljazair Perancis, 17 Julai 1896 pada umur 68 tahun) adalah Perdana Menteri Madagascar yang menjawat jawatan tersebut dari tahun 1864 hingga 1895 setelah mengantikan abangnya, Rainivoninahitriniony, yang menduduki jawatan tersebut selama tiga belas tahun. Jenjang kariernya mirip dengan ayahnya, Rainiharo, tokoh ketenteraan terkenal yang menjadi Perdana Menteri pada masa pemerintahan Ratu Ranavalona I.

Meskipun Rainilaiarivony dipinggirkan dari keluarganya pada zaman kanak-kanak, sebagai seorang remaja muda, beliau memperoleh jawatan dengan kekuasaan yang cukup tinggi dan mendapat kepercayaan dari istana. Beliau mengabdi kepada istana bersama dengan ayah dan abangnya. Ketika berumur 24 tahun, Rainilaiarivony ikut mengetuai ekspedisi ketenteraan yang penting bersama dengan Rainivoninahitriniony. Setelah kematian Ratu Ranavalona I pada tahun 1861, beliau diangkat menjadi Panglima Tertinggi. Beliau kemudian memimpin dengan sedaya upaya untuk mempertahankan penguasaan keluarga diraja di daerah-daerah terpencil dan berperanan sebagai penasihat untuk abangnya yang telah menjadi Perdana Menteri semenjak tahun 1852. Beliau juga merupakan salah satu tokoh yang bertanggungjawab ke atas perubahan corak pemerintahan dari sistem monarki absolut menjadi monarki konstitusional yang membahagikan kekuasaan antara ratu dengan Perdana Menteri. Pada tahun 1864, Rainilaiarivony dan Ratu Rasoherina bekerja sama untuk menggulingkan Rainivoninahitriniony dengan dalih penyalahgunaan jawatan. Rainilaiarivony kemudian menggantikannya sebagai Perdana Menteri dan memegang jawatan tersebut selama 31 tahun, menjadikannya perdana menteri terpanjang yang memegang jawatan itu. Ketika beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri, beliau pernah menikahi tiga ratu secara berturut-turut, iaitu Rasoherina, Ranavalona II, dan Ranavalona III.

Sebagai perdana menteri, Rainilaiarivony secara aktif berusaha memodenkan pemerintahan negara untuk memperkuat dan melindungi Madagascar dari politik British dan Perancis. Angkatan tentera darat dirombak untuk disusun semula dan diprofesionalkan, pembelajaran awam dimandatkan sebagai perkara wajib, undang-undang yang berdasarkan kepada undang-undang Inggeris dikuatkuasakan, dan tiga mahkamah didirikan di Antananarivo. Secara bijaknya, Rainilaiarivony cuba untuk tidak menyinggung norma-norma tradisional, tetapi pada masa yang sama beliau juga membataskan amalan-amalan tradisional secara terhad, seperti perhambaan, poligami, dan perceraian sepihak yang dilakukan suami terhadap isteri. Pada masa kekuasaan Ranavalona II, dia juga mengkristiankan kerajaannya. Berkat kemampuan diplomatik dan ketenteraannya, dia berhasil mempertahankan Madagascar pada permulaan Perang Prancis-Hova, tetapi pada akhirnya pasukan Perancis berjaya menakluk kota Antananarivo dan memaksa Madagascar menyerah pada September 1895. Meskipun Perancis menghormati Rainilaiarivony, mereka memutuskan untuk memindahkannya ke Aljazair Perancis, dan dia menemui ajal di tempat tersebut dalam waktu kurang dari setahun pada Ogos 1896.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Cuaca panas yang begitu terik ketika perayaan Hari Bastille membuatkan Perdana Menteri keletihan. Pada petang tersebut, beliau mengalami demam, dan kemudian susah tidur dan terganggu oleh mimpi ketika ia melihat mantan ratu Rasoherina berdiri di samping tempat tidurnya dan berkata, "Atas nama saudaramu, Rainivoninahitriniony, bersiaplah." Salah satu hamba Rainilaiarivony melaporkan mimpi ini kepada Vassé dan menjelaskannya sebagai firasat kematian Rainilaiarivony. Beliau tetap terbaring di tempat tidur dan kemudian keadaan kesihatannya makin teruk. Demamnya semakin parah dan beliau juga mengalami sakit kepala. Di tengah-tengah penderitaan ini, ia terus ditemani oleh sahabat-sahabat dekatnya dan orang-orang yang dicintainya. Rainilaiarivony meninggal ketika dalam tidur pada tanggal 17 Julai 1896.[1]

Jenazah Rainilaiarivony awalnya disemayamkan di sebuah makam batu di Aljir.[2] Pada tahun 1900, sisa-sisa jenazah mantan Perdana Menteri ini digali dan diangkut ke Madagascar lalu dikebumikan di makam keluarga yang dibangunkan oleh Jean Laborde di kawasan Isotry di Antananarivo. Gabenor Jeneral Madagascar Perancis Gallieni dan cucu Rainilaiarivony berpidato di pemakamannya, yang dihadiri oleh orang-orang terhormat dari Perancis dan Madagascar.[3] Dalam pidatonya, Gallieni mengungkapkan rasa hormatnya kepada mantan Perdana Menteri dengan perkataan berikut: "Rainilaiarivony memang layak memimpin kalian. Pada tahun-tahun yang akan datang, apakah akan ada sebuah tugu peringatan yang didirikan untuk mengenangnya? Ini harus menjadi kewajipan bagi orang Madagascar yang memiliki kebebasan untuk melakukannya. Perancis kini telah mengambil Madagascar, (...) tetapi Rainilaiarivony telah berjasa melindunginya sebagaimana yang dia telah lakukan."[4] Seusai pemakaman, sebuah plat peringatan dipasang di makam keluarga Rainilaiarivony, dan di plat tersebut terukir pernyataan "Rainilairivony, ex Premier Ministre et Commandant en chef de Madagascar, Commandeur de la Légion d'honneur" ("mantan Perdana Menteri dan Panglima Tertinggi Madagascar, Komandan Legiun Kehormatan").[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chapus & Mondain 1953, m/s. 387–389.
  2. ^ Randrianja 2001, m/s. 100–110.
  3. ^ Nativel & Rajaonah 2009, m/s. 126.
  4. ^ Randrianja 2001, m/s. 116.
  5. ^ Nativel & Rajaonah 2009, m/s. 125.