Rajagopalu Thamotharapillay
Datuk Rajagopalu Thamotharapillay AMN | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan | |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Menteri Besar | Mohamad Hassan (2004-2008) Mohd Isa Abdul Samad (1999-2004) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Port Dickson | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Ravi Munusamy |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Jeram Padang | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | M Sundram |
Digantikan oleh | Krishnan Letchumanan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rajagopalu a/l Thamotharapillay 25 Mac 1951 Negeri Sembilan |
Mati | 25 Ogos 2014 | (umur 63)
Parti politik | MIC |
Pasangan | Datin V. Leelavathy |
Anak | 3 (termasuk Thinalan , Kamalan , Dineshwaran T Rajagopalu) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk T. Rajagopalu atau 'Rajagopalu A/L Thamotharapillay' (25 Mac 1951 - 25 Ogos 2014) adalah bekas Setiausaha Agung MIC pada 2010 lalu. Presiden MIC ketika itu ialah Datuk Seri S. Samy Vellu. Beliau menggantikan S. Murugesan yang dipecat daripada jawatan tersebut selepas membuat kenyataan terbuka mempertikaikan tindakan Samy Vellu yang menggunakan kuasanya sebagai Presiden untuk memecat empat anggota termasuk dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti.[1]
Beliau pernah menjadi Exco kerajaan Negeri Sembilan dari tahun 1999-2008. Selain itu pernah menjawat jawatan Presiden MIC negeri Sembilan selama 10 tahun dan bertanding beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 T. Rajagopalu menang di DUN N07 Jeram Padang
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 T. Rajagopalu menang di DUN N33 Port Dickson menewaskan John A/L Fernandez dari DAP. Tetapi tewas dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Ravy Munusamy dari PKR.
Semasa Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009, Naib Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim menegaskan BN /UMNO akan bekerjasama dengan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) jika jentera MIC tidak dapat membantu. Di Bagan Pinang terdapat 420 pengundi India di Ladang Atherton, Ladang Bradwall (313), Ladang Suabetong (573), Pekan Seliau (557), Taman Eastern (90), Kampung Bagan Pinang (500), Sirusa (219) dan Teluk Kemang (165). [2]
Meninggal dunia
[sunting | sunting sumber]Pada 25 Ogos 2014, Datuk T. Rajagopalu (63 tahun) meninggal dunia di Hospital Mawar di Rasah, Seremban pada pukul 4 pagi dipercayai akibat serangan jantung.
Adun Jeram Padang, L. Manickam mengumumkan berita sedih berkenaan menerusi Facebook.Upacara keagamaan dan pengebumian akan bermula di rumah kediaman mendiang di Taman Ujong, Rasah. Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga anak .[3]