Mohamad bin Hasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mohamad Hassan)
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat Dato' Seri Utama Haji
Mohamad Bin Haji Hasan
PSD (Pers); SPNS, DSNS (NS); DSSA (Sel)
EXCO-tok mat.jpg
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk N27 Rantau
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 16 November 2018
Didahului olehAbd Ghani Hassan
Timbalan Presiden UMNO
Dalam jawatan
30 Jun 2018 – kini
PresidenAhmad Zahid Hamidi
(Serah tugas Presiden kepada Timbalan Presiden mulai 18 Disember 2018)
Didahului olehAhmad Zahid Hamidi
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5
Dalam jawatan
25 Mac 2004 – 9 Mei 2018
RajaTuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Didahului olehMohd Isa bin Hj. Abdul Samad
Digantikan olehAminuddin Harun
Butiran peribadi
Lahir (1956-05-02) 2 Mei 1956 (umur 62)
Flag of Negeri Sembilan.svg Rembau, Negeri Sembilan
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Seri Utama Raja Salbiah binti Tengku Nujumudin
PekerjaanAhli korporat, Ahli politik

YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) adalah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga Mei 2018. Pelantikan semula beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandakan penggal ke-3 jawatannya. Di peringkat akar umbi, beliau ialah Timbalan Presiden UMNO dan juga ialah Ketua UMNO Bahagian Rembau.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).

Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).

Politik[sunting | sunting sumber]

Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Sembilan: N27 Rantau[2][3][4][5][6][7][8]
Tahun Undi Pct Opponent(s) Undi Pct Jumlah pengundi Majoriti Turnout
2004 Mohamad Hasan (UMNO) 8,031 79.30% Badrulhisham Shaharin (KeADILan) 1,832 18.09% 10,127 6,199 72.77%
2008 Mohamad Hasan (UMNO) 7,739 66.17% Aisah Lamsah (PKR) 3,956 33.83% 12,216 3,783 80.77%
2013 Mohamad Hasan (UMNO) 10,126 64.75% Aisah Lamsah (PKR) 5,513 35.25% 15,878 4,613 87.09%
2018 Mohamad Hasan (UMNO) 1 Kosong Kosong Unopposed Kosong Kosong Kosong Kosong Kosong

Nota: 1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.

Menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Biografi MB | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan Dicapai 8 Julai 2014.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 4 February 2017.  Angka peratusan berdasarkan based jumlah keluar undi.
  3. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Keputusan hanya boleh didapati di pilihan raya 2004.
  4. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Piliha Raya Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 
  5. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2014. Dicapai 9 April 2014. 
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai 26 October 2014. 
  7. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 17 May 2018.  Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.
  8. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai 24 May 2018.  Angka peratusan berdasarkan jumlah undi.
  9. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/21/mohamad-promises-credible-effective-opposition-from-umno/ Dicapai pada 22 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
25 Mac 2004 – 9 Mei 2018
Penyandang Kemudian
Tan Sri Isa Abdul Samad Aminuddin Harun