Renjis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Renjis adalah merupakan sebuah drama romantik komedi arahan Joeza Rashidi terbitan Asia Media Content yang disiarkan pada 2008. Dibintangi oleh pelakon Elyana, Syed Ali, Ashraf Sinclair, Ashraf Muslim, Liza Abdullah, Sherry Ibrahim dan ramai lagi. Mulai disiarkan pada 21 Mei 2008 sebanyak 13 episod bermula setiap hari Rabu pada jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Renjis
GenreCinta
Komedi
Ditulis olehMaizura Ideris
Nur Ilhan
M. Fairuz Padoli
M.F Kenchana
PengarahJoeza Rashidi
Dibintangi oleh
Elyana
Syed Ali
Ashraf Sinclair
Ashraf Muslim
Sherry Ibrahim
Liza Abdullah
Lagu pembukaan"Kalis Rindu" nyanyian Elyana
Lagu penutup"Kalis Rindu" nyanyian Elyana
PenggubahAidit Alfian
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod13
Penerbitan
PenerbitAsia Media Content
Pemasangan kamera
Tetapan kamera utama
Tempoh siaran45 minit (per episod)
Syarikat penerbitan
Asia Media Content
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal21 Mei 2008 – 13 Ogos 2008
Kronologi
Diikuti olehRenjis 2

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ia tentang Kirana yang cekap dan komited dalam menguruskan butik pengantin milik emaknya. Butik itu terletak di kawasan kelas rendah di bandaraya Kuala Lumpur. Ironi, dalam kesibukan menguruskan perkahwinan orang, Kirana sendiri masih membujang. Dia “fobia” untuk berkahwin akibat peristiwa hitam lima tahun lalu dimana Ari, bakal suami ‘menghilang’ dua hari sebelum pernikahannya!

Ibunya, Seri berusaha mencari calon suami untuknya tetapi Kirana sentiasa menolak. Kemudian, Kirana bertemu dua lelaki hebat yang pastinya tidak akan dilepaskan oleh mana-mana wanita pun. Kedua-duanya mencintai Kirana. Seperti yang dijangka, Kirana menolak mereka. Penolakannya itu sebenarnya dibuat tanpa sedar. Dia kini hanyut dibayangi kenangan silam yang mengecewakan, memalukan dan menakutkan. Justeru, drama ini berkisar tentang kehidupan Kirana bersama orang-orang yang ada sekelilingnya. Ia tentang hubungan Kirana dengan ibu yang sentiasa mendesaknya kahwin, perniagaan butik yang terancam akibat kehadiran sebuah projek mega, adik lelaki yang tidak bertanggungjawab dan cinta dua lelaki paling hebat pernah ditemuinya

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

  • Steve Yap sebagai Ari

Rujukan[sunting | sunting sumber]