Ashraf Sinclair

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ashraf Sinclair
DaniAsh Ashraf+Sinclair.jpg
KelahiranAshraf Daniel Mohammed Sinclair
(1979-09-18)18 September 1979
Croydon, London, United Kingdom
Meninggal dunia18 Februari 2020(2020-02-18) (umur 40)
Jakarta, Indonesia
Sebab kematianSerangan jantung
WarganegaraMalaysia-England
Pekerjaanpelakon, peragawan dan pengacara televisyen
Tahun aktif1997–2020
PasanganBunga Citra Lestari (2008–2020; kematiannya)
Anak1
Ibu bapa
  • Mohammed Anthony John Sinclair (bapa)
  • Khadijah Abdul Rahman (ibu)
SaudaraAishah Sinclair (adik)
Adam Sinclair (adik)
Yuna Zarai (adik ipar)

Ashraf Daniel Mohamad Sinclair (18 September 1979–18 Februari 2020)[1] ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia.[2] Beliau terkenal menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa Inggeris dan Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa Melayu. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam Youssof (lahir 1984).

Adik beliau, Adam Sinclair berkahwin dengan penyanyi Yuna Zarai.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997, Ashraf merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1996/1997 pada usia 18 tahun. Selepas Hero Remaja tamat, beliau muncul dalam iklan Kasut Gombak terbitan Petronas yang turut dibintangi oleh Vanida Imran. Iklan ini diarahkan oleh Yasmin Ahmad bersempena hari kemerdekaan Malaysia ke-41 pada 31 Ogos 1998.[4]

Enam tahun kemudian, Ashraf muncul dalam filem SH3 lakonan bersama Fasha Sandha arahan Zek Zukry. Beliau mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempa nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga. Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 2007, Ashraf terjebak dalam kontroversi apabila didapati bercium mulut dengan kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari di Bali. Tindakan beliau didapati sebagai mencabul sensitiviti sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Islam.[5][6] Hubungan mereka berdua akhirnya disambut baik dan mereka berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta.[7][8] Anak sulung pasangan ini, Noah Aidan dilahirkan pada 22 September 2010.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada 18 Februari 2020, jam 04:51 pagi, pada usia 40 tahun, akibat serangan jantung.[9][10] Jenazah beliau dikebumikan di Sandiego Hills pada jam 8:04 pagi waktu Indonesia.[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2004 SH3 Khairul Zek Zukry Filem pertama malaysia
2005 Gol & Gincu Eddy Bernard Chauly Filem malaysia
2008 Saus Kacang Fredo Indrayanto Kurniawan Filem Indonesia
2009 The Real Pocong Ivan Hanny R. Saputra
2012 Eee...Hantu!!!!! Majed Salleh Filem malaysia
2018 Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati Rafa Rizal Mantovani Filem indonesia
2020 Bulan dan Pria Terhebat Filem dan drama yang belum dikeluarkan Ashraf Ghaz Abu Bakar Pos-produksi
Dikeluarkan secara anumerta Filem malaysia
Proksi

Filem dan drama yang belum dikeluarkan

Aman Zulkarnain Azhar
J2:J Retribusi Filem dan drama yang belum dikeluarkan Taufik

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2006 Gol & Gincu The Series (Musim 1) Eddy 8TV
Realiti Burn Ramli
2007 Gol & Gincu The Series (Musim 2) Eddy
Tidak Pernah Ku Sesali Dr. Farid TV1
2008 Renjis (Musim 1) Ungku Alauddin / Dean Astro Ria MEGADRAMA
2009 Renjis (Musim 2) Kameo: Episod akhir
2018 Dosa: Sacred Sin Fuad Astro First Eksklusif

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2008 Sekar Brama RCTI SinemArt ditayangkan sejak 2011 hingga 2012
2009 Cinta dan Anugerah Reza
2010 Sejuta Cinta Marshanda Abel
2011 Anugerah Arya
Kasih dan Cinta Atar
Binar Bening Berlian Dimas Adam
2012 Putri Bidadari Jefri
2013 Tukang Bubur Naik Haji: The Series Rayhan
2014 Pashmina Aisha Juna
2016 Catatan Hati Seorang Istri: (Musim 1) Eddie Bramantyo
Catatan Hati Seorang Istri: (Musim 2)
2018 Cinta yang Hilang Firman MNC Pictures
2019 Dewi Dr. Fahri

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Rangkaian Catatan
2005 Box Office Now NTV7
2006 Beat TV Astro Ria bersama Sazzy Falak
Mentor (musim 2) TV3
Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA - Di Putrajaya
2009 Anugerah Planet Muzik 2009 Astro Ria
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pencalon

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Actor Ashraf Sinclair dies of heart attack aged 40 New Straits Times (18 Februari 2020). Dicapai pada 18 Februari 2020.
  2. ^ Aref Omar (13 September 2017). A secretless affair does it for celebrity couple Ashraf Sinclair and Bunga Cinta Lestari New Straits Times. Dicapai pada 18 Februari 2018.
  3. ^ Afiq Ariffin (18 Februari 2020). Industri seni Malaysia, Indonesia terkesan pemergian Ashraf Sinclair Astro Awani. Dicapai pada 18 Februari 2020.
  4. ^ Saraya Mia (18 February 2020). "Iklan 'Kasut Gombak' perkenalkan Ashraf Sinclair dalam industri seni". Astro Awani.
  5. ^ http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_116d70ae-c0a85062-146b0710-5fe52682
  6. ^ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/9/18/nation/18914644&sec=nation
  7. ^ Ellyna Ali (2008-11-10). "Ashraf Dan Bunga Sanding Penuh Adat". murai.com.my. Dicapai pada 2008-11-11.
  8. ^ Retrieved 10 February 2008. Ashraf pilih bulan Jun. Kosmo (article in Malay)
  9. ^ https://www.kompas.com/hype/read/2020/02/18/065211866/manajer-bcl-ungkap-waktu-kematian-ashraf-sinclair
  10. ^ Media, Kompas Cyber. "Suami BCL, Ashraf Sinclair, Meninggal karena Serangan Jantung". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-02-18.
  11. ^ Afiq Ariffin (18 Februari 2020). Jenazah Ashraf Sinclair dikebumi di Sandiego Hills Astro Awani. Dicapai pada 18 Februari 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]