Wartawan Tanpa Sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Reporters Without Borders)
Reporters Without Borders
[Reporters Sans Frontières] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Kerangka
KependekanRSF Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahnonprofit organization, non-governmental organization with consultant status at the United Nations
IndustriQ112166189 Sunting ini di Wikidata
PergerakanKebebasan media Sunting ini di Wikidata
Anggota bagiInitiative Transparent Civil Society Sunting ini di Wikidata
Tapak webrsf.org
Facebook: reporterohnegrenzen Twitter: reporterog Instagram: reporterohnegrenzen Youtube: UCqnkfAaM9RA2uNwTB5MnNrA Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk1985
PengasasRobert Ménard, Rémy Loury, Jacques Molénat and Émilien Jubineau
Pengurusan
PengerusiPierre Haski, Éric Chol, Alain Le Gouguec, Dominique Gerbaud Sunting ini di Wikidata
Setiausaha agungChristophe Deloire, Jean-François Julliard, Robert Ménard Sunting ini di Wikidata
Director GeneralChristophe Deloire
(since July 2012)
Tokoh pentingChristian Mihr, CEO RWB Germany
Rubina Möhring, President RWB Austria
Thérèse Obrecht Hodler, President RWB Switzerland
Perangkaan
Belanjawan Income: €4.2 million (2011)
Expense: €4.6 million (2011)
Hasil/pendapatan 6,166,135 euro (2019), 1,549,381 euro (2017) Sunting ini di Wikidata
Kakitangan/pekerja Approximately 120
Anugerah
Lorenzo Natali Journalism Prize (1996), Charlemagne Medal for European Media (2009), Hadiah Sakharov (2005), Dawit Isaak award (2007), Dr. Erich Salomon Prize (2002), Premi Antonio Asensio de Periodisme (2006), Roland Berger Award for Human Dignity (2009), Siebenpfeiffer Award (2007), Monismanien Prize (2014) Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatParis, France
Lokasi
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Wartawan Tanpa Sempadan (Perancis: Reporters sans frontières, atau RSF, bahasa Inggeris: Reporters Without Borders, atau RWB, Sepanyol: Reporteros Sin Fronteras, atau RSF, Jerman: Reporter ohne Grenzen atau ROG , Parsi: گزارشگران بدون مرز) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa bertapak di Paris yang mendukung kebebasan akhbar, seiras dengan tujuan Jawatankuasa Perlindungan Wartawan. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1985 oleh Robert Ménard (kini Setiausaha Agung pertubuhan ini), Rony Brauman (ketika itu juga merupakan presiden Doktor Tanpa Sempadan) dan wartawan bernama Jean-Claude Guillebaud.[1]

Indeks kebebasan akhbar sedunia[sunting | sunting sumber]

Kedudukan kebebasan akhbar 2007
Kedudukan kebebasan akhbar 2007

RWB menyusun dan menerbit kedudukan tahunan negara-negara berasaskan penilaian rekod kebebasan akhbar oleh pertubuhan ini. Negara-negara kecil seperti Malta dan Andorra tidak tercatat dalam laporan ini. Senarai tahun 2007 diterbit pada 16 Oktober 2007.

Laporan ini berdasarkan soal selidik yang dikirim kepada pertubuhan sekutu Wartawan Tanpa Sempadan (14 kumpulan kebebasan bersuara di lima buah benua) dan 130 korespondennya di seluruh dunia, serta kepada wartawan, penyelidik, pakar undang-undang dan aktivis hak asasi manusia.[2]

Pemantauan ini mengemukakan soalan mengenai serangan langsung terhadap wartawan dan media serta punca-punca tidak langsung tekanan terhadap kebebasan akhbar. RWB dengan telitinya mengingatkan bahawa index ini hanya berkenaan dengan kebebasan akhbar, bukannya mengukur mutu kewartawanan. Oleh sebab sifat kaedah pantauan yang berasaskan pemandangan individu, selalu ada jurang besar dalam kedudukan negara dari tahun ke setahun. Penyusunan kedudukan ini juga menyatakan bahawa tekanan terhadap wartawan oleh golongan bukan kerajaan juga diambil kira, contohnya kumpulan pengganas Basque ETA di Sepanyol atau kongsi gelap di Rusia, boleh mendatangkan ancaman serius terhadap kebebasan akhbar.

Makin tinggi indeks sesebuah negara, makin banyak kekangan terhadap kebebasan akhbar di negara itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reporters sans frontières, RFO, 6 November 2006 (Perancis)
  2. ^ Reporters Without Borders. How the index was compiled

Pautan luar[sunting | sunting sumber]