Wartawan Tanpa Sempadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Reporters Without Borders
[Reporters Sans Frontières] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Reporters Without Borders.png
Pembentukan1985
PengasasRobert Ménard, Rémy Loury, Jacques Molénat and Émilien Jubineau
Jenisnonprofit organization, non-governmental organization with consultant status at the United Nations
Ibu pejabatParis, France
Director General
Christophe Deloire
(since July 2012)
Orang penting
Christian Mihr, CEO RWB Germany
Rubina Möhring, President RWB Austria
Thérèse Obrecht Hodler, President RWB Switzerland
BelanjawanIncome: €4.2 million (2011)
Expense: €4.6 million (2011)
KakitanganApproximately 120
Laman sesawangrsf.org

Wartawan Tanpa Sempadan (Bahasa Perancis: Reporters sans frontières, atau RSF, Bahasa Inggeris: Reporters Without Borders, atau RWB, Bahasa Sepanyol: Reporteros Sin Fronteras, atau RSF, Bahasa Jerman: Reporter ohne Grenzen atau ROG , Bahasa Parsi: گزارشگران بدون مرز‎) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa bertapak di Paris yang mendukung kebebasan akhbar, seiras dengan tujuan Jawatankuasa Perlindungan Wartawan. Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1985 oleh Robert Ménard (kini Setiausaha Agung pertubuhan ini), Rony Brauman (ketika itu juga merupakan presiden Doktor Tanpa Sempadan) dan wartawan bernama Jean-Claude Guillebaud.[1]

Indeks kebebasan akhbar sedunia[sunting | sunting sumber]

Kedudukan kebebasan akhbar 2007

RWB menyusun dan menerbit kedudukan tahunan negara-negara berasaskan penilaian rekod kebebasan akhbar oleh pertubuhan ini. Negara-negara kecil seperti Malta dan Andorra tidak tercatat dalam laporan ini. Senarai tahun 2007 diterbit pada 16 Oktober 2007.

Laporan ini berdasarkan soal selidik yang dikirim kepada pertubuhan sekutu Wartawan Tanpa Sempadan (14 kumpulan kebebasan bersuara di lima buah benua) dan 130 korespondennya di seluruh dunia, serta kepada wartawan, penyelidik, pakar undang-undang dan aktivis hak asasi manusia.[2]

Pemantauan ini mengemukakan soalan mengenai serangan langsung terhadap wartawan dan media serta punca-punca tidak langsung tekanan terhadap kebebasan akhbar. RWB dengan telitinya mengingatkan bahawa index ini hanya berkenaan dengan kebebasan akhbar, bukannya mengukur mutu kewartawanan. Oleh sebab sifat kaedah pantauan yang berasaskan pemandangan individu, selalu ada jurang besar dalam kedudukan negara dari tahun ke setahun. Penyusunan kedudukan ini juga menyatakan bahawa tekanan terhadap wartawan oleh golongan bukan kerajaan juga diambil kira, contohnya kumpulan pengganas Basque ETA di Sepanyol atau kongsi gelap di Rusia, boleh mendatangkan ancaman serius terhadap kebebasan akhbar.

Makin tinggi indeks sesebuah negara, makin banyak kekangan terhadap kebebasan akhbar di negara itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reporters sans frontières, RFO, 6 November 2006 (Perancis)
  2. ^ Reporters Without Borders. How the index was compiled

Pautan luar[sunting | sunting sumber]