Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2728

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PBB Majlis Keselamatan
Resolusi 2728
Tarikh: 25 Mac 2024
Bil. mesyuarat: 9,520

Undian: Set.: 14 Kec.: 1 Ttg.: 0
Perkara: Perang Israel-Palestin 2023, Krisis kemanusiaan Gaza
Keputusan: Diterima pakai

Komposisi Majlis Keselamatan pada 2024:
ahli-ahli tetap:

 Republik Rakyat China  Perancis  Rusia  United Kingdom  Amerika Syarikat

bukan ahli-ahli tetap:
data is automatically filled in based on the year

Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2728 yang diterima pakai pada 25 Mac 2024, menggesa gencatan senjata segera perang Israel–Hamas semasa bulan Ramadan yang membawa kepada gencatan senjata yang berkekalan. Ia juga menuntut pembebasan semua tebusan tanpa syarat.[1][2] Resolusi itu mendapat kelulusan daripada 14 ahli, manakala Amerika Syarikat tidak mengundi. Resolusi itu diterima pakai di bawah Bab VI Piagam PBB, yang tidak seperti resolusi Bab VII, tidak terikat di sisi undang-undang. [3]

Latar belakang dan prosedur[sunting | sunting sumber]

Resolusi 2728 telah dicadangkan oleh pihak E-10 (anggota bukan tetap), dan mengikuti veto draf resolusi AS mengenai gencatan senjata di Gaza oleh China dan Rusia pada 22 Mac 2024.[4]

Pindaan lisan yang diperkenalkan oleh Rusia dengan memasukkan semula perkataan "kekal" untuk melayakkan gencatan senjata dalam perenggan operasi pertama resolusi itu gagal diluluskan.[5]

Ada laporan bahawa Perdana Menteri Israel menyatakan bahawa beliau akan membatalkan lawatan delegasi Israel ke AS jika ia tidak memveto resolusi tersebut.[6][7]

Teks Resoulsi[sunting | sunting sumber]

Majlis Keselamatan,

Berpandukan tujuan dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,

Mengimbas kembali semua resolusi relevannya mengenai situasi di Timur Tengah, termasuk persoalan Palestin,

Mengulangi tuntutannya supaya semua pihak mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, dan dalam hal ini mengecam semua serangan terhadap orang awam dan objek awam, serta semua keganasan dan permusuhan terhadap orang awam, dan semua tindakan keganasan, dan mengingatkan bahawa pengambilan tebusan adalah dilarang di bawah undang-undang antarabangsa,

Menyatakan kebimbangan yang mendalam tentang situasi bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza,

Mengakui usaha diplomatik yang sedang dijalankan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat, bertujuan untuk mencapai pemberhentian permusuhan, membebaskan tebusan dan meningkatkan penyediaan dan pengagihan bantuan kemanusiaan,

1. Menuntut gencatan senjata segera untuk bulan Ramadan yang dihormati oleh semua pihak yang membawa kepada gencatan senjata yang berkekalan, dan juga menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan, serta memastikan akses kemanusiaan untuk menangani keperluan perubatan dan keperluan kemanusiaan mereka yang lain, dan tuntutan selanjutnya bahawa pihak-pihak itu mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa berhubung dengan semua orang yang mereka tahan;

2. Menekankan keperluan mendesak untuk meluaskan aliran bantuan kemanusiaan kepada dan mengukuhkan perlindungan orang awam di seluruh Semenanjung Gaza dan mengulangi tuntutannya untuk menghapuskan semua halangan kepada pemberian bantuan kemanusiaan secara berskala, selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta resolusi 2712 (2023) dan 2720 (2023);

3. Memutuskan untuk kekal aktif dalam perkara itu.

Rekod pengundian[sunting | sunting sumber]

Anggota tetap Majlis Keselamatan dalam huruf tebal.

Setuju (14) Berkecuali (1) Tidak setuju (0)

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Negara[sunting | sunting sumber]

  •  Israel: Perdana Menteri Netanyahu membatalkan lawatan delegasinya ke Rumah Putih untuk membincangkan tentang hal Rafah, dengan kenyataan berkenaan "penarikan jelas daripada kedudukan US yang konsisten."[8] Mereka juga menyatakan bahawa "resolusi hari ini memberi harapan kepada Hamas bahawa tekanan antarabangsa akan memaksa Israel untuk menerima gencatan senjata tanpa melepaskan tebusan kami, sekaligus membahayakan usaha perang serta usaha melepaskan tebusan."[9]
  •  Negara Palestin: Pemerhati kekal Palestin ke PBB Riyad Mansour mengalukan resolusi sambil menggesa terhadap penguatkuasaannya.[10]
    •  Hamas: Hamas mengalukan resolusi, dan menyatakan bahawa mereka bersedia "untuk terlibat dalam pertukaran tebusan segera yang membawa kepada pelepasan banduan kedua-dua belah pihak."[11]
  •  Amerika Syarikat: Duta AS ke PBB Linda Thomas-Greenfield berterima kasih kepada para ahli kerana menambahkan sebilangan pindaan cadangan Amerika, tetapi juga menyatakan bahawa kekurangan bantahan kepada Hamas bermana mereka tidak dapat menyokong resolusi tersebut.[12][13] Jabatan Dalam Negeri menyatakan bahawa pendirian berkecuali Amerika tidak membayangkan perubahan dasar negara, dan pihak Amerika melihat resolusi gencatan senjata itu sebagai tidak terikat.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Menjawab kelulusan resolusi itu, Setiausaha Agung António Guterres menyatakan hasratnya untuk dilaksanakan, menyiarkan bahawa "kegagalan tidak boleh dimaafkan".[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UN Security Council resolution calls for Gaza ceasefire". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 25 March 2024. Dicapai pada 25 March 2024.
  2. ^ Borger, Julian (25 March 2024). "UN security council votes to demand immediate ceasefire in Gaza". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 25 March 2024.
  3. ^ "U.S. considers cease-fire resolution nonbinding, official says". NBC News.
  4. ^ "Russia and China veto US resolution on 'immediate' Gaza ceasefire". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 22 March 2024. Dicapai pada 25 March 2024.
  5. ^ "Gaza: Security Council passes resolution demanding 'an immediate ceasefire' during Ramadan". United Nations. UN News. 25 March 2024. Dicapai pada 25 March 2024.
  6. ^ "UN Security Council passes resolution demanding Gaza ceasefire". Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 March 2024.
  7. ^ Borger, Julian (25 March 2024). "UN security council votes to demand immediate ceasefire in Gaza". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 25 March 2024.
  8. ^ Chao-Fong, Léonie; Belam, Martin; Bayer, Lili (25 March 2024). "Israel-Gaza live: UN security council passes resolution calling for immediate ceasefire, as US abstains". the Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 25 March 2024.
  9. ^ Borger, Julian (25 March 2024). "UN security council votes to demand immediate ceasefire in Gaza". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 25 March 2024.
  10. ^ AFP (25 March 2024). "Palestinian Envoy Says UN Resolution Must Be 'Turning Point' For Gaza". Barron's. Dicapai pada 25 March 2024.
  11. ^ "UN Security Council resolution calls for Gaza ceasefire". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 25 March 2024. Dicapai pada 25 March 2024.
  12. ^ Roth, Richard; Kottasová, Ivana; Diamond, Jeremy (25 March 2024). "UN Security Council passes resolution calling for immediate ceasefire in Gaza". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 March 2024.
  13. ^ "UN Security Council adopts resolution demanding immediate Gaza ceasefire". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 March 2024.
  14. ^ Roth, Richard; Kottasová, Ivana; Diamond, Jeremy (25 March 2024). "Israel cancels Washington visit after US allows UN Gaza ceasefire resolution to pass". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 March 2024.